Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Anugerah Cemerlang 2009

Hari yang hangat!!!

Imej
Hangat sungguh hari ni. Kata member aku yang dok kat perelih pun, suhu kat sana pun ada cecah 40 darjah celcius dah. Pergghhh.. Memang hangat. Aku rasa bdan aku pun dah tak tahan gak la dengan perubahan suhu sekarang ni. Tetambah badan aku pun lum cukup rehat lagi ni. Dari hujung bulan dua tu, aku rasa aku dapat rehat hari maulidur rasul tu jer.. pastu trus direct sampai ke hari ni. Adoohaii.. Penat weii.. Hidung pun dah mula selsema dah ni. Pagi ni pulak aku dapat relief class pepagi. Pastu aku ada kelas jam 9.20. Malas aku nak naik pusat akses.. Rugi tenaga aku yang dah memang kurang dah ni jer naik. Setakat setengah jam tu nak naik tingkat paling atas pastu turun balik ke bawah.. penat weiii.. Panas lak tu. Tu yang aku lepak jap kat bilik pendidikan khas. Sesambil memasukkan markah bebudak lam laptop aku. Pastu dengaq s hazim dok keloi nama aku. Apa kess!!... Hahaha.. ropernyer budak sorang ni dok melaram ngan kasut aku.. Hahaha.. layan jer ler. Tadi dok sibuk mengetest kasut guru

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie Tarikh : 6 Mac 2010 Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda Paling lama haplod video setakat tahun 2010 ni.. Mula jam 11.00 malam.. Hari ni kul 6.20 baru siap.. Setakat jam 6.25 ini, video ini masih diproses oleh youtube.. kualiti masih so-so.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru

Imej
Bertempat di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda, pada pagi ini berlangsung dengan gahnya..Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru.. Seawal jam 7 lagi sudah kelihatan kereta-kereta memenuhi ruangan tempat letak kereta SMK Bandar Baru Uda. Tepat jam 8 majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah JPN Johor. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa johor dan selangkah ke hadapan . Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Norzaidi. Seterusnya ucapan ringkas dan padat disampaikan oleh tuan PPD sebelum majlis dirasmikan oleh tuan pengarah. Majlis pentauliahan pada pagi ini dimulakan dan seramai 320 orang pegawai pemimpin KRS daerah Johor Bahru terlibat. Seterusnya acara kemuncak iaitu Anugerah Hari Q mula mengambil tempat. Selepas itu majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku . Majlis ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Semua hadirin dijemput ke kantin unt