mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label princess. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label princess. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Julai 2010

Iqa, Inaz dan Princess

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarIqa memang dah takleh berpisah ngan princess nih. Pantang jumpa barang ada label princess, semua dia nak. La ni dah berjangkit la pulak ke Inaz. Jadinya, semua barang kena beli dua. sama lak tu. Nak share jauh sekali. Kalau setakat botol air ke apa ok la lagi. Ni sampai majalah princess pun nak kena beli dua jugak. Pening la jugak kepala.

Pastu jumpa lak buku sticker panini. Nostalgia tuh. Tak sangka dari aku kecik main nih, anak-anak aku pun dapat merasa jugak. Siap mintak belikan sticker sorang 5 bungkuih.. Parah wooo.. Harga dah dekat 3 kali ganda masa aku memula main dulu. Layan ajer la..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 20 Disember 2009

Bergumbira di Baling

 
Bestnyer bebudak ni cuti kali ni. Nenek ajar banyak permainan baru. Memula nenek ajar main getah ni. Ala yang baling-baling getah tu. Sapa kena getah yang bertabur tu dia boleh ambik semua. Syok wooo.. Memula Iqa ngan Batun jer yang main. Pastu Inaz pun main, baru si Adam join sekali. Pastu reramai main kat tepi keter Pakcik. Syiokkk..

Malam tu nenek ajak main batu seremban la pulak. Kat sini kami main 7 biji batu. Iqa tak pandai main lagi. Nenek suruh main timbang batu jer.. Pastu Abah sama Mak Ngah pakat tayang skill la pulak. Hahahaha.. Takpa.. Tunggu la nanti Iqa ngan Batun terer nanti.. Pastu mama datang.. Tapi mama pelik pasal apa abah main 7 batu. Mama kata kat Johor main 5 batu jer. Mana-mana la.

Malam ni mak yang pulak balik. Esoknya kami main layang-layang. Best tau.. Iqa lari laju-laju. Layang-layang naik tinggi. Yang tak best angin takde sangat. So, kena lari-lari la. Paling laju lari, adik inaz. Laju betul dia lari. Kejap ke sana, kejap ke sini. Best la. Kaki iqa sakit malam ni. Sapa suruh asik lari-lari jer kan. Pastu ada geng bebudak laki lak datang join. Iqa ngan batun main hantu-hantu ngan diorang, sampaila abah suruh semua balik pasal dah petang sangat.

Malamnya mak yang ajak buat baju princess la pulak. Tapi abah cakap cam baju orang asli la pulak. Takpe la. Janji Iqa suka kan..


Posted by Picasauploaded via picassa