Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ucapan Hari Pekerja 2015 YAB Timbalan Perdana Menteri

Ucapan Hari Pekerja 2015 YAB Timbalan Perdana Menteri

Imej
Ucapan Hari Pekerja 2015 YAB Timbalan Perdana Menteri 'Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat' telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Sesungguhnya tema tersebut amat tepat kerana hanya pekerja yang sihat dapat menyumbang kepada produktiviti di tempat kerja. Menyedari pentingnya peranan pekerja sebagai penentu aras produktiviti, maka sambutan Hari Pekerja diteruskan demi menghargai sumbangan golongan pekerja terhadap pembangunan negara. Sumbangan golongan pekerja di negara ini menjadi asas utama kepada pembangunan ekonomi negara di bawah Dasar Transformasi Nasional yang telah diperkenalkan Kerajaan. Tanpa pekerja, apa sahaja yang dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pastinya tidak akan menjadi realiti. Saya yakin bahawa pekerja yang produktif adalah merupakan salah satu tunjang kepada segala kejayaan GTP dan ETP sehingga kini, sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri beberap