mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label cult. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cult. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2009

Chap Goh Mei


Chap Goh Mei disambut pada hari kelima belas selepas Tahun Baru Cina. Biasanya aku tengok langit jer. Kalau bulan dah bulat penuh sahihlah malam tu malam chap goh mei. Sama cam Thaipussam yang juga disambut pada 15 hari bulan. Pelik tak. Kalau kita lihat bebetul kalendar lama semuanya kalendar lunar. Yang pakai matahari cuma kalender yang kita pakai sekarang yang guna Jan, Feb tu lah.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Kira malam ni memang happening tul la. Tak tahan aku ngan asap yang keluar secara besar-besaran nih. Malam ni jer kat rumah aku ni, dari jam 8 pm tadi sampaila ke la ni yakni jam 10 pm; masih tak berenti-renti lagi pesta bunga api nih. Iqa dah berapa kali dah kuar masuk tengok bunga api kat langit.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay". Apapun.. esok dah kerja. Jangan monteng haaaa....






Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Selasa, 3 Februari 2009

Dragonball Evolution



Adakah filem ini akan dapat memuaskan hati semua nanti. Ataupun bakal mengecewakan? Sama-sama kita nantikan. Yang pasti aku dah nampak satu jalan cerita yang lain. Mesti aku tak puas hati giler babi nyer. Tak kena langsung. Wajib la Goku ni tak bodoh-bodoh alang cam Son Goku manga. Yang tak tahan tu ada kamehameha tang last tu





Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Ahad, 1 Februari 2009

Cuti tahun baru cina yang panjang / Pasang air di rumah baru


Hari ni aku dah wat appointment untuk pasang air di rumah baru kat pulai perdana. Patutnya semalam tapi tukang paip cuti. Takpe la. Janji dapat pasang kan. Kul 8.50 aku sampai dan tukang pun sampai lam 5 minit kemudian. Dia mula pasang. Sekali aku naik bilik atas. Ehhh.. berkunci lak.



Aku try la bukak. 3 kali aku cuba semua kunci. Tak boleh. Apa kehal lak ni. Bengkek tul. Aku cakap kat indon pasang paip tu. Ko pecahkan jer pintu ni. Aku dah bengang dah ni. Dia kata takpa bang nanti buat report je kat Mah Sing. Banyak rumah jadi kes cam abang ni. Nanti hari isnin aku wat report.




Iqa lak dah bosan pasal dah lama sangat. Dia ajak gi taman jengjalan. Rumah aku ngan taman ni selang 3 pintu jer. So lepak situ la. Sekali tokei dia datang. Aku ajak borak. Aku panggil dia uncle jer. Aku tanya apasal cuti raya lama sangat tahun ni. Dah jadi cam melayu lak.

Jawapan dia yang aku tunggu-tunggu dan cari-cari selama ni. Aku tak terpikir pun jawapan ni. Jawapan dia simple jer. Bukan mau cuti lama-lama tapi terpaksa maa.. Sekarang musim ekonomi gawat. Kerja tarak. Kalau kasi berhenti pekerja lagi kesian loo. Baik kasi sorang kerja 4 hari gilir-gilir. Kalau berenti lagi kesian. Tak boleh makan. Kurang-kurang ada gaji empat hari.


Dia cakap lagi lepas raya nanti lagi nampak kot kesan ekonomi ni. Nak wat camner kan. Lepas borak-borak lebih kurang iqa ajak aku ronda-ronda lak. Aku tanya uncle mau minum ka. Takpe la. Aku jumpa indon tu cakap aku keluar jap pastu terus kita keluar. Boleh tahan gak kedai kat pulai perdana ni. Senang gak nak pegi. Yang aku suka sebab ada kedai buku. Iqa seperti biasa mintak buku princess dia la apa lagi.


Pas dapat buku dia. Haram tak bising lagi. Tekun jer membaca. Masa nak balik tu dua-dua jiran aku datang. Layan borak-borak jap. Bila nak pindah. Aku cakap tunggu dapat seru dulu la.. Hahahaha.. Dah semua settle aku beransur...



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Jumaat, 23 Januari 2009

Street Fighter IV - 17 Februari 2009



Hulamek.. Jangan tak caya. Street Fighter kembali menyengat. Selepas geng-geng belakang tabir tak reti-reti mengira, akhirnya diaorang berjaya gak menjumpai nombor empat. Yang pasti dia punya trailer memang nampak kelas habis. Orang-orang lama memang berjaya ditonjolkan dengan baik. Nice jobs.


Leh tahan line up dia
4 watak asal
Ryu, Ken, Chun Li & Guile
Coming back
E. Honda, Dhalsim, Zangief, Blanka, Sakura, Dan, Fei Long, Rose, Gen & Cammy
Newcomer - C. Viper, Abel, El Fuerte & Rufus
4 raja - Balrog, Vega, Sagat & M. Bison
New boss Seth
Sampaikan ke tok-tok guru pun ada
Especialy Gouken (aliran baik, tok guru ryu & ken) & Gouki aka Akuma (aliran maut, super power) 

Aku akan menanti-nanti kehadiran nombor 4 ni dengan hati yang berdebar-debar...
Hadoken!!!



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com