Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mh17

Dua Lagi Jenazah Mangsa Nahas MH17 Dijangka Tiba Di Tanah Air Pada Ahad

Imej
Dua Lagi Jenazah Mangsa Nahas MH17 Dijangka Tiba Di Tanah Air Pada Ahad THE HAGUE, 22 Ogos (Bernama) -- Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia - satu beragama Islam dan satu lagi Buddha - dijangka tiba di tanah air pada Ahad ini. Kedua-dua jenazah akan dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada 12 tengah hari Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad. Difahamkan kedua-dua jenazah, yang identitinya belum boleh diumum itu, sudah diletak di dalam keranda dan bekas abu mayat serta dipindah ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol. Pihak Kedutaan Malaysia di sini mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut. Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia mangsa nahas MH17, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air hari ini. Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas

Senarai nama kumpulan pertama mangsa nahas MH17 22 Ogos 2014

Imej
Senarai nama kumpulan pertama mangsa nahas MH17 22 Ogos 2014 Berikut merupakan senarai nama daripada kumpulan pertama mangsa nahas MH17 yang akan tiba esok, 22 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, KL International Airport. Krew: 1) Mastura Mustafa (F) 2) Ahmad Hakimi Hanapi (M) 3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (F) 4) Nur Shazana Mohamed Salleh (F) 5) Dora Shahila Kassim (F) 6) Lee Hui Pin (F) 7) Angeline Premila Rajandaran (F) 8) Chong Yee Pheng (F) 9) Azrina Yakob (F) Penumpang: 1) Foo Ming Lee (M) 2) Karamjit Singh Karnail Singh (M) 3) Ng Qing Zheng (M) 4) Mabel Anthony Samy (F) 5) Paul Rajasingam / Sivagnanam (M) 6) Elisabeth Ng Lyeti (F) 7) Ariza Ghazalee (F) 8) Muhammad Afif Tambi (M) 9) Noor Rahimmah Mohd Nor (F) 10) Mohd Ali Md Salim (M) 11) Hasni Hardi Parlan (M) sumber : BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

Imej
Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17. Hari Perkabungan Negara telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17. Ini bertujuan untuk menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan garis panduan Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jumaat ini, 22 Ogos 2014; iaitu seperti berikut : Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam m

Berita tergempar : Tragedi MH17

Imej
Berita tergempar : Tragedi MH17. Kita baru sahaja kehilangan sebuah lagi kapal terbang selepan ianya ditembak jatuh di Ukraine. Urutan Masa MH17 KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis. Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat. Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu. 17 Julai (Khamis) * 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam. * 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia t