Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA

KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA SEDIA HADIAH MENARIK

Imej
KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA SEDIA HADIAH MENARIK TERMA DAN SYARAT CABUTAN BERTUAH KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA 1. Cabutan Bertuah Kaji selidik Kepuasan Pengguna Malaysia ini dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) bagi mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan kerajaan, dan untuk mengenalpasti tahap penggunaan kaunter berbanding dengan perkhidmatan dalam talian. Cabutan Bertuah ini dianjurkan bagi menyokong Kaji selidik Kepuasan Pengguna Malaysia. Cabutan Bertuah adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat serta butiran yang disertakan dan / atau garis panduan (jika ada sebagaimana yang dikeluarkan dan ditentukan oleh MDeC. Dengan menghantar satu penyertaan, responden bersetuju bahawa dia telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat ini dan bersetuju untuk terikat dengannya. 2. Kelayakan Kecuali bagi mereka yang dinyatakan di bawah, mana-mana pengguna (rakyat Malaysia atau bukan warganeg