mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 6 Belum Dapat Dikesan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 6 Belum Dapat Dikesan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 September 2015

10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah

10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah


Datuk Seri Jamil Khir Baharom PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki.

"Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan," katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana Jaya di sini Sabtu.

TH, katanya, sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah - dua lelaki dan empat wanita - berkenaan.

"Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti...menurut andaian dan pengalaman kita mungkin mereka ada dalam masjid, beriktikaf dan sebagainya atau ada yang lewat balik ke maktab masing-masing," jelasnya.

Laporan awal menyebut enam rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang Jumaat (10 malam di Malaysia). Menurut laporan terkini, 107 orang maut dan 238 cedera dalam kejadian itu.

Jemaah haji Malaysia yang cedera ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.

Yang lain ialah Mat Deris Mohd Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.