Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ETS

ETS KL-Padang Besar bermula esok

Imej
ETS KL-Padang Besar bermula esok. Ni antara berita yang cambest jugak ni. 4 jam leh sampai Padang Besar dari KL. Satu idea menarik dari dok hadap jem, terutama pada masa puncak. Amacam... Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula esok. Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur. "Perkhidmatan ini bermula esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita jangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa. "Perkhidmatan ini juga akan dijalankan secara tetap," katanya dalam sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini hari ini. Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS d