Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 23 September

Majlis Angkat Sumpah MB Selangor Baharu Selasa depan

Imej
Majlis Angkat Sumpah MB Selangor Baharu Selasa depan Majlis akan dijalankan pada Selasa depan 23 September 2014. Istana walaubagaimanapun masih merahsiakan identiti MB Selangor yang baharu. SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu. Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan. Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali adalah calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu. Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya. Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan leb