Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HURAIAN TEMA HARI GURU

MAJLIS PRAPELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015

Imej
MAJLIS PRAPELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015 Majlis disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 30 April 2015 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tema untuk tahun ini adalah GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK HURAIAN TEMA HARI GURU 2015 GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK 1. DEFINISI 1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. 1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu mu