Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bil.10

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pembangunan Murid dengan tema Bulan Sukan Negara. Selaras dengan tema, pelbagai aktiviti melibatkan kecergasan telah disusun dari awal pagi. Program dimulakan dengan senamrobik di Dewan Jauhar. Semua warga seterusnya naik ke Dewan Seminar dengan menaiki tangga. Boleh tahan la. Sib baik setiap aras ada ditampal bacaan motivasi. Sampai aje di Dewan Seminar sesi cool down pula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Memang terbaeekkk!!!! Akhirnya terlerai persoalan siapa Timbalan Pengarah Perancangan yang dilantik dan diserahkan arahan penempatan dalam majlis perhimpunan kali ini. Tahniah Tuan Haji Shaharuddin bin Saari atas pelantikan. Semoga kecemerlangan Johor diteruskan. Tahniah pada urusetia kali ini. Next ... Sektor Pembelajaran.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik dengan tema Bulan Bahasa Kebangsaan. Layan. Baru tahu yang Bulan Bahasa dah dijenamakan kepada yang baharu. Ada persembahan seloka yang menarik. Ada kuiz yang dikuasakan menerusi quizizz.com. Hehehe. Sempat la melonjak ke nombor satu sebelum dipotong diselekoh habis habisan malah dicincang sehingga keputusan akhir aku nombor 25. Kekeke. Tahniah pada SPA atas penganjuran perhimpunan kali ni.