Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Yok Jenjalan : Lata Seri Pulai, Pontian

Imej
Yok Jenjalan : Lata Seri Pulai, Pontian. Hari ni. Sepanjang pagi aku sibuk berbalas mesej. Aku dah janji ngan kebudaks untuk bawa mandi manda. Habis satu Johor aku search. Legoland. Austin Height. Lotus Desaru. Dinosaur KSL. Forest City. Sampai ke Desaru Cove yang bukak tahun depan pun aku layan. Semua harga memang kurang mampu milik la senang cerita bagi aku. At last aku gi Lata Seri Pulai ni. Berbalas mesej dengan admin dia. Salam dari Lata Seri Pulai Swimming Pools. Waktu operasi kami dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Pengguna dibenarkan bawa makanan tapi tidak dibenarkan makan di pinggir atau di dalam kolam. (Restoran kami masih dalam pembinaan). Pakaian renang, tidak menyerap air, tidak tebal dan menurun warna. Dewasa RM10 Kanak kanak RM5 Tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo atau chalet yang telah disewa. Penting ***** Keselamatan atas tanggungjawab sendiri. Pihak Lata Seri Pulai tidak bertanggungjawab  atas kemalangan atau kehilangan nyawa serta kehilangan ba

Yok Jenjalan : Perniagaan Indah Muara

Imej
Yok Jenjalan : Perniagaan Indah Muara. Nak beli roti aje pun. Kekeke. Sekali dah abis liau kat kedai cik ani. Nak tak nak kena la mengembara jauh sikit. Dah kena pau aiskrim upin ipin pulak ngan si ici.

Semakan Pusat Ujian Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018

Imej
Semakan Pusat Ujian Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018 boleh dibuat mulai 30 Nov 2017 di  www.sst1.moe.gov.my Tarikh menduduki UKSBP adalah pada 11-15 Dis.2017 kecuali di Selangor pada 12 - 16 Dis 2017 di 154 pusat ujian. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) 2018 secara online telahpun dibuka dari 16 Oktober hingga 19 November 2017. Bagi mereka yang tidak berkesempatan memohon, talian e-Rayuan bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018. Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my .

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rasulullah Penyelamat Umat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rasulullah Penyelamat Umat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang dan kelekatu berjatuhan ke dalamnya. Maka aku mencegah kalian, namun kalian melemparkan diri ke dalamnya. (HR Bukhari No: 6483 / HR Muslim No: 2284) Status : Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW diutus untuk memberitahu kita akan ancaman azab api Neraka yang menanti di Akhirat bagi mereka yang tidak beriman. 2.  Rasulullah SAW berusaha untuk menyelamatkan kita dari menjadi ahli Neraka. Baginda SAW menyampaikan Islam sebagai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. 3.  Imam An-Nawaw

Gebooz Gedikz : 20171129 Team Kucen Kayo in the wild

Imej
Gebooz Gedikz : 20171129 Team Kucen Kayo in the wild. Dah beberapa hari aku menghendap. Akhirnya. Pagi ni dapat jugak aku snap gambo team kucen kayo ni. Signature pose dekat kereta wajib la ada kan. Kekeke. Hutan pun hutan rumput sama lalang aje depan rumah. Reramai deme main main dalam semak tu. Apa la nak jadi. Kekeke. Paling best sebab aku sempat main dua kamera. Ultra wide dan Telephoto. Belasah aje ler. Adakah lepas ni aku akan jual gambo kucen pulak? Tak sampai tarap lagi ni. Jauh lagi. Kui kui kui.

Home Sweet Home Renovation : 20171129 Work Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171129 Work Progress.

Yok Jenjalan : Aeon Mall Tebrau City

Imej
Yok Jenjalan : Aeon Mall Tebrau City. Masih lagi semalam. Last sekali baharulah kami singgah ke Aeon Mall. Nak sangat cari beg kat Kaison katanya. Sekali sampai lobi, ada sale untuk beg Universal Traveller's. Sesambil dok nunggu kat depan Kaison tu aku search sale online. Dapat dua beg dengan harga RM299. Satu 24 inch satu 20 inch. Singgah Universal Traveller's, dia bagi aku dua beg dengan mana-mana saiz dengan harga RM299 jugak. Terus suruh iqa cari. Mulanya nak amik dedua 28 inch. At last kami gerak dengan 28 dan 24. Mana nak taruk beb. Kereta dah penuh kot. Saleman siap ucap Good luck kat Jakarta pada Iqa. Kekeke.

Yok Jenjalan : Mini Kelantan @ Bazar Kota Tinggi

Imej
Yok Jenjalan : Mini Kelantan @ Bazar Kota Tinggi. Semalam. Masih lagi meronda. Setelah semua bersetuju. Kami lajak ke atas sikit. Kota Tinggi. Meronda lagi kat Mini Kelantan ni. Masih arah tuju yang sama. Memang menarik la sikit. Beg, kasut, baju tidur yang sampai malam ni sibuk kebudaks berdua tu tak sabo nak tunggu malam. Baju spiderman dan baju ultraman. Siap lengkap bertopeng tu yang tak tahan tu. Cuma. Tak banyak aku ngambik gambo. Banyak lepak kat kereta aje. Makan tengahari kat Idda Aping. Pakat tenung je reramai belangkas tu takde sapa nak amik. Kekeke. Setel lunch sambung lagi meronda. Alhamdulillah. Attire kebudaks semua dah setel kecuali Iqa/

Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai. Balik dari Pekan Nenas kami singgah kedai pakcik ni. Gerai pertama selepas korang masuk dari simpang pekan nenas ulu pulai tu. Kalau diikutkan memang sepanjang jalan tu penuh dengan gerai menjual durian. Dulu boleh kata kami berenti setiap gerai dan gerai pakcik ni yang bagi best price. Semalam tanya pun range dari RM10 ke RM20 untuk sekilo. Durian yang terbaik dia pun dia jual RM30 sekilo. Terus duduk dan makan dengan gembira terutama si iqi. Kami amik setiap range harga tu dan ambil sebiji yang terbaik. Makcik tu memang super ramah la. Aku kira dia sangat suka nengok orang makan. Selesai semua dia kira pukul rata aje RM20 untuk durian yang kami makan. Sangat tak berkira. Ambil sekali rambutan sebab dedua lelaki tu sibuk pulak nak makan rambutan. Kekeke. Untung la sapa yang ada dusun kat JB ni kan.

Yok Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nenas. Semalam. Setel aje makan kat cafe tu terus sambung menapak masuk ke Pasar Selasa. Nak cari beberapa benda untuk kebudaks dan mama serta nenek kebudaks. Aku jalan sekejap aje. Pastu lepak kat wakaf tepi kolam tu. Sekali dengo best pulak pakcik jual minyak kelapa dara tu. Try ngetest jap. Hehehe. Sempat la kena ngetest picit tangan dan kaki.

Jenjalan Cari Makan : Cafe Anjung Masjid Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cafe Anjung Masjid Pekan Nenas. Kalau singgah pasar selasa mesti nak makan kat sini. Lempeng cicah asam pedas. Semalam. Nasib kurang baik. Pagi ni ada nasi lemak aje. Maybe kami sampai a bit late sikit. Aku, Iqa dan Inaz makan roti canai aje. Tu pun dah last kopek. Alhamdulillah. Sempat pulak ici ngepau ais krim. Kekeke.

Gebooz Gedikz : 20171128 Selia projek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171128 Selia projek. Pepagi lagi dah merayap. Nengok progress projek renovasi rumah. Sempat borak ngan kucen kawasan gitu. Kekeke.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"(HR Bukhari No: 15) Pengajaran: 1.  Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman: a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya. b.  A

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Dari Anas r.a. ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW. 2.  Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya. 3.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2018

Imej
Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2018. Kepada yang layak, jangan lupa mohon dan kemas kini #BR1M2018 untuk dapatkan  pembayaran sehingga RM1,200, bermula hari ini, 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019

Imej
PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019 Untuk makluman, Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai: Buka: 5 FEBRUARI 2018 Jam 12.00 Tengah hari Tutup: 10 APRIL 2018 Jam 11.59 Malam Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU. https://upu.mohe.gov.my Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBRUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018 Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/ Jom ikuti kami di ; INSTAGRAM @kemasukanbpkp TWITTER @twt_upu #SoaringUpwards #MOHE #KPT #twtkpt --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mencintai Rasulullah SAW

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mencintai Rasulullah SAW عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sampai ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya.” (HR Bukhari No: 13) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW memulakan dengan sumpah “demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya”, menunjukkan apa yang akan disampaikan oleh baginda adalah suatu yang amat penting. 2.  Pesanan penting tersebut ialah tentang syarat kesempurnaan iman pada seseorang, dengan mencintai Rasulullah SAW melebihi kasih dan sayang kepada kedua orang tua serta anak-anak. 3.  Cinta kepada orang tua melahirkan rasa hormat serta berbakti, dan cinta k

Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman

Imej
Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman. 30 Oktober lepas kami buat majlis khas di Mersing. Sempoi sempoi aje. Khusus untuk meraikan kedua-dua pegawai ICT dan Maklumat Mersing yang akan bersara tahun ni. Masak pun sendiri sendiri aje. Janji kita dapat bersama dengan dua pegawai paling otai dalam group ICT ni. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar malam ni. Dua chef terkenal dengan bakat terpendam berjaya dikenalpasti. Siap pakai topi bruno mars gitu. Fotografer pun kita import khas dari pertubuhan fotografer terkenal dunia. Sakan la si mus dengan adi berposing. Hehehe. Layan. Seronok dengar cerita dari awal pembabitan keduanya. Of coz dari zaman pakai floppy disk 5.25 inch tu. Kekeke. Jutaan terima kasih pada keduanya atas sumbangan dan penglibatan selama ini. Tahniah dan terima kasih. Selamat bersara for both. 

Home Sweet Home Renovation : 20171119 Pak Atan

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171119 Pak Atan. 11 Nov dah mula operasi dapur lama dipecahkan. Selesai semua kita tunggu Pak Atan aje bak kata Ici. 19 Nov baru dapat Pak Atannya. Aku pun tak paham dari mana datang ayat Pak Atan ni. Hahaha. Tapi Ici takut nak gi dekat. Sampai aku balik opis baru dia berani berani gitu. Ajak naik tak mau pulak. Depan pun jadi la kan.

Air melimpah @ Jalan Wawasan

Imej
Air melimpah @ Jalan Wawasan. Jam 2.15 petang tadi hujan lebat sungguh. Dalam 2.20 petang tu dah mula air menitis masuk. Haisshhh! Bangun. Nengok belakang. Rumah Is dah bergenang air. Gi depan nengok parit. Tu aku nyer penanda aras. Sah! Sampai ke atas. Terus capai payung. Aku lalu ja sepanjang jalan. Bukan apa. Nak pastikan takde yang tersumbat. Kekadang kalau ada pelepah atau buah kelapa sangkut, lagi cepat dia melimpah. Alhamdulillah. Semua clear. Air banyak sangat. Laluan dah sempit. Hujung sekali aje ada pelepah yang sangkut. Alihkan ke tepi. Sesambil dok perati lagi, Alhamdulillah. Hujan pun makin reda. Nak tunggu air mula turun aje. Sempat la borak borak dengan orang lalu lalang on the way back. Hehehe.

Yok Jenjalan : Pasar Tani Mega Gelang Patah

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Tani Mega Gelang Patah. Dulu. Zaman dok kat sekolah. Selalu ada masa untuk ke sini. Bila dah kerja opis, tetambah cuti pun dah tukar. Memang jarang dapat ke sini. Kecuali kalau Ahad tu cuti la kan. Pasar Tani ni letaknya kat Taman Nusa Perintis. Bersebelahan dengan Petronas Gelang Patah dan kini Medan Selera Iskandar Malaysia yang sampai sekarang masih belum dibuka tu. Waktu perniagaan untuk pasar tani mega ni bermula dari jam 7 pagi sampai la ke jam 12 tengah hari. So. Hari ni dapat la jenjalan ke sini kan. Paling seronok si ici la. Dapat jalan ke pasar tani sama mama. Biasanya dengan atuknya aje. Siap ada busker tu. Nyanyi lagu Baby Shark masa ici lalu depan dia tadi. Hehehe.

Sluban for the kids

Imej
Sluban for the kids. Ni antara menan yang aku beli semalam untuk diaorang. Iqi beli helikopter, Ici Jeep dan Angah Food Truck. Bagus untuk perkembangan koordinasi. Zaman aku dulu memang la Lego aje yang dibeli. La ni memacam ada. Nengokkan Sluban ni pun hampir cun macam lego. Angah dah takde problem. Selamba aje pasang. Sambil selamba jugak kena bebel. Dah nak darjah enam pun main mainan kebudaks lagi ke. Ala. Takde la dik. No problem la bagi aku. Iqi dah boleh pasang. Cuma dia buat berdasarkan gambar, tak ikut instruction. Bila aku pasangkan untuk ici baru aku perasan. Perghh. Instruction dia quite high la untuk tahap umur kebudaks ni. Aku pun terkial jugak nak pahamkan, lagi la pulak dengan iqi kan. Apapun. Enjoy. La ni pun dah jadi lain dah memasing. Hahaha. Dah nama pun building blok kan. Layan aje ler.

Jenjalan Pagi : Jalan Wawasan

Imej
Jenjalan Pagi : Jalan Wawasan. Pagi ni keluar ronda jap. Keliling rumah aje. Regangkan kaki. Sesambil nengokkan progress rumah. Alang alang dah terlanjur. Merayap jap sampai ke hujung. Sekali. Masa balik ternampak semalu. Mekar serimbun gitu. Balik. Amik kamera. Sambung snap.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemilikan Harta dan Pembayaran Hutang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemilikan Harta dan Pembayaran Hutang عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا لَسَرَّنِي أَنْ لَا تَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثُ لَيَالٍ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْئًا أَرْصُدُهُ لِدَيْنٍ Dari 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah, Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, maka aku tidak suka jika ia masih berada disisiku selama tiga hari, dan sekiranya aku memiliki sedikit saja dari itu, nescaya aku telah membayarkan untuk hutang." (HR Bukhari No: 5964) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rezeki yang dimiliki adalah kurniaan Allah. 2.  Rasulullah SAW seorang yang pemurah, akan segera membantu orang lain yang memerlukan dengan rezeki yang dimiliki. 3.  Rasulullah SAW tidak suka harta yang dimiliki berada lebih dari ti

Tunku Laksamana Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dimasyhur sebagai Raja Muda Kedah

Imej
Tunku Laksamana Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dimasyhur sebagai Raja Muda Kedah. Daulat Tuanku! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ici : Pepagi dah sibuk ngan sepitol

Imej
Ici : Pepagi dah sibuk ngan sepitol. Bangun je pagi tadi dah merengek suruh load pistol dia. Aiyooo. I have created a monster. Hahahaha. Dah mula nembak sana sini dah. Takpe. Nanti cam semalam la. Penat main, tido la. Dia main depan fridge. Tembak. Lari balik jumpa aku suruh load. Gitu je la ulang ulang. Layan aje ler.

Jenjalan Cari Makan : Ikan Celup Tepung Pantai Penyabung, Mersing

Imej
Jenjalan Cari Makan : Ikan Celup Tepung Pantai Penyabung, Mersing. Lewat petang 30 November tu Abang Halil wak jenjalan. Sampai Pantai Penyabung kami jenjalan. Layan sungguh. Line? Pikir sendiri la. Hahaha. Semua kaput. Boleh tahan tempatnya. Aku tak makan sebarang haiwan laut kat sini. Kasi can la yang lelain makan. Pisang goreng aje le. Kekeke. Sakan nengok deme yang lain makan. Tempatnya nyaman. Terbaeekkk!!!!

Back To School 2018 Preparation : KIP Mart Tampoi Getaway

Imej
Back To School 2018 Preparation : KIP Mart Tampoi Getaway. Maka. Bermula la sesi mencari kelengkapan persekolahan 2018 bahagian pertama. Esok memang nak lepak aje. Penat weh. Dari KIP Mart, lunch @ Marry Brown, masuk Mr DIY, singgah Al-Ikhwan, Everjoy, Pit, Nasi Ayam Talib. Leh tahan la gerakan hari ni. Paginya kami keluar around 10 or 11. Terus ke KIP Mart. Ramai pulak ngadu lapo. Takpo. Ini hari den belanjo. At last semua nak Marry Brown. OK aje la. Masuk. Makan. TQ pada staf siap tolong snap picas. Hehehe. Macam tak biasa kan dengan pesen aku ni. Selfie, wefie dan last sekali kena la ada orang tolong snap sekali. Kekeke. Pastu sempat singgah beli sport shoes untuk Iqa. Bukan senang nak cari saiz kaki dia. Alhamdulillah selesai. Then kami pecah dua. Team menan dan team uniform. Sakan si ici. Pak Atan beso dia amik. Jumpa semula kat uniform. Selesai. Tinggal Iqa je yang tak dapat lagi. Keluar terus ke Mr DIY kat tingkat atas. Siap amik ironing board super duper beso. Sib baik m

Fishing Bay Resort : A short trip

Imej
Fishing Bay Resort : A short trip. Ni aku pergi bulan lepas. 30 Oktober. Masa bengkel verifikasi yang akhir untuk 2017. Banyak sebab kami pilih mersing. Antaranya untuk meraikan sekali dua orang pegawai ICT dari Mersing yang akan bersara tahun ni. Alhamdulillah. Kami pilih lokasi ni untuk bermalam. Ada ruang yang luas untuk majlis sebelah malamnya kelak. Overall. Tempatnya OK. A bit sunyi sikit. Accomodation quite OK. Ada kolam renang. Ada tempat nak memancing pantai. Boleh try la. Terutama bagi yang berkehendakkan privacy space.

Jenjalan Cari Makan : Durian Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Gelang Patah. Semalam. Balik je dari mydin. Mata a bit meliar jugak cari derian ni. Sekali nengok kat pekan lama tu, kedai seberang jalan depan shell; port biasa singaporean beli derian, nampak penuh jugak dengan kereta. Tawaf sekali pekan lama. Dapat berenti depan kedai dia. D24. Sekilo RM25. Ambik la dua bijik buat lepas kempunan kan. Dekat RM60 jugak. Setel ja makan. Calculate balik lebih kurang seulas RM5 jugak. Pergghhh. Ni yang semua orang dok bising la ni tu. Derian macam emas kot. Hahaha.

Edisi Lampau : Lepaking @ Pesta Konvo UTM

Imej
Edisi Lampau : Lepaking @ Pesta Konvo UTM. Punya la lama terbiar kan. Baru ni aku dapat hapdet. Tunggu giliran katakan. Hehehe. Memula pakat gi draw duit dulu. Sesambil ngejas Apam Balik Comel depan Maybank tu. Meme marbeles. Korang kena test rasa weh. Setel kat situ, terus kami gerak ke UTM. Kali ni aku lepak aje kat pondok tunggu bas tu. Sempat la gi beli menan untuk ici dulu. So. Lepak sambil main la jadinya kan. Selesai semua. Sempat kami gi makan dulu kat tapak konvo ni. Apa yang ada aje le. OTW balik singgah Tesco. Beli susu sama sos extra hot Linggam.

Bazar Mydin Anjung Nusajaya : 20171124 Belanja bulan

Imej
Bazar Mydin Anjung Nusajaya : 20171124 Belanja bulan. Semalam. Singgah mydin dulu untuk belanja bulan. Singgah jap RZ food untuk beli rempeyek. Nenek nak sedekah kat member. Lepas tu baru gerak ke sini. So. Mama dengan kebudaks masuk berbelanja. Aku? Meronda jap snap snap.

Home Sweet Home Renovation : 20171124 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171124 Progress. Jenjalan lihat alam jap semalam keliling rumah. Dah makin nampak dah rupa asasnya tapak. All the best. Petangnya. Siap ada kucen yang dah merasmikan tapak kaki macam kat hollywood gitu. Sapa la gamaknya ye.

Gebooz Gedikz : 20171124 Misi Selamat Member

Imej
Gebooz Gedikz : 20171124 Misi Selamat Member. Pagi semalam sesaja keluar meronda jap. Sekali dengar bunyi kucen nak gaduh. Sekali nengok. Si Gebooz. Wah dah pandai ko yek. Saja ja aku duduk sebelah dia sambil snap snap. Nak gaduh ngan Sitam Gangsta Kampung Dusun rupanya. Nengok aku aje sitam dah mula tak keruan. Gebooz terus relaks ja. Tetambah bila sitam mula ngundur diri. Sekali. Nampak la si Gatei keluar kat hujung papan tu. Wooo. Rupanya gebooz nak backing si gatei ni. Semangat setiakawan yang tinggi weh.

Philips Steam Generator GC7805 : The arrival

Imej
Philips Steam Generator GC7805 : The arrival. Tak sempat aku sampai rumah lagi pada 22 November ituhari mama dah call. Iron dah sampai katanya. Dua kotak gitu. Sampai je rumah kebudaks dah nunggu. Tak sabo katanya. Aku pasang Hanging Rack dulu. Dapat free dengan pembelian iron tu. Bleh tahan jugak ni. Lepas tu baru aku ngetest iron. Hmmm. Boleh tahan. Baca instruction sekali lalu. Ada eco safe. Jimat karen dengan kuasa yang sama. Ada calc clean. Yang lama sikit baca. Siap datang dengan mangkuk pencuci. Kena guna sama dengan fungsi button ni. Ok jugak. On. Dan terus ngetest. Nak ulas tunggu bila aku naik kerja minggu depan lagi sekali ye. Dah cuti baru sampai. Hehehe. Keupayaan tak teruji lagi ni.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ Telah bercerita kepada kami Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya berkata; Kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air, kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat baginda sedang bahagia. Rasulullah SAW  bersabda: "Benar." Kemudian orang-orang membincangkan kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang ber

Kunjung Bantu Pelaporan Profil Murid @ SK Batu 3, Kluang

Imej
Kunjung Bantu Pelaporan Profil Murid @ SK Batu 3, Kluang. Selesai aje di Batu Pahat, aku terus gerak ke Kluang. SK Batu 3. Sekolah seliaan aku untuk PPM ini. Ini format baharu Kementian di mana ada 6 buah sekolah terpilih untuk Johor yang akan melaksanakan rintis pelaporan bersepadu untuk PPSR ini. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat, en Radzif dan krewnya dari PKG, cikgu Kahar dengan teamnya, terutama cigu Ain yang komited dalam memastikan kelancaran majlis penyerahan pada keesokan harinya. Dah selesai semua baru dapat bertenang. Duduk minum jap di kedai makan dan baru la semak henpon. Rupanya dah ada arahan baharu dan aku diminta pulang ke pejabat. Dah jadi sesi perpisahan pulak lewat petang tu. Ish ish ish. Takpe. Semua perancangan terbaik datang daripadaNya. Aku keluar tu baru terasa sakit kat kaki. Dan esoknya seperti yang korang semua tau, pepagi aku dah kat klinik. Apa pun. Tahniah pada semua yang terlibat dalam memastikan PPSR semalam

Mesyuarat Berangkai di Batu Pahat

Imej
Mesyuarat Berangkai di Batu Pahat. Bermula 21 hingga 22 November yang lepas, aku ke Batu Pahat untuk 3 mesyuarat; bermula dengan Meayuarat Kurikulum sepanjang hari pada 21, Dialog Prestasi pada sebelah malamnya dan diakhiri dengan Mesyuarat PAK21ada 22. Banyak isu diperbincangkan terutamanya selaras dengan halatuju baharu 2018. Memang banyak penambahbaikan sedang berlangsung dan kita bertuah kerana menjadi sebahagian daripadanya.

Sekolah Tun Fatimah : 20171123 Selesai sesi 2017

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20171123 Selesai sesi 2017. Sekejap ja masa berlalu. Dalam tak diam dah dua tahun iqa kat sini. Alhamdulillah. Lepas kerja semalam terus gerak ke STF. Ramai pulak parent yang ada. Biasanya masa macam ni dah lengang. Hujan renyai renyai dan semakin lebat. Tunggu iqa load 6 beg ke kereta. Siap kira dua tiga kali. Pengalaman lama tertinggal beg dan kami terpaksa berpatah balik ke sekolah. Lagi tiga minggu kami akan kembali. Prepare untuk ke Jakarta. All the best.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017

Imej
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017. Muat turun Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017 di  https://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3669-pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah-2017 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

Imej
Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Hidayah, Taqwa, ‘Afaf dan Ghina

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Hidayah, Taqwa, ‘Afaf dan Ghina أنَّ النبيَّ  صلى الله عليه وسلم  كَانَ يقول : اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى  والتُّقَى  والعَفَافَ  والغِنَى Dari Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata, Sesungguhnya Nabi SAW berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina. (HR Muslim No: 2721). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina. 2.  An Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim: mengatakan, “”Afaf dan ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.” 3.  Marilah kita mengamalkan doa ini: اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى  والتُّقَى  والعَفَافَ  والغِنَى Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk dan ketakwaan, serta diberikan sifat ‘afaf d

One full day

Imej
One full day. Semalam. Bila dah sampai ofis ja dah rasa cam bercelaru. Antara tugas dan diri. Mana taknya. Baru sampai pintu belakang dah berkecamuk diri. Menahan sakit berjalan ke situ. Nak pulak berjalan atas ramp tu. Perghhh. Jumpa pulak ustaz azman. Pelik apasal aku takde kat Kluang. Takpe la. Ada ketentuan lain kataku. Sampai opis. Abiskan donut yang aku beli kat spital tadi. Telan ubat. Tengok jap perjalanan PPM. Alhamdulillah. Semua jalan cantik. Terus mulakan design untuk bos. Sambil sambil sesi pertemuan untuk PBPPP pun dah leh jalan. Stop jap design untuk sesi penilaian akhir. Setel ja sambung balik pemantauan PPM dan setelkan design bos. Setel ja terus bagi bos untuk approval. Baru ja nak tarik napas, KS ajak jumpa KS SJQ. Nak bincang pasal Johor Showcase dan halatuju 2018. Yang ni perit sikit. Akhirnya aku kena jalan jugak. Rasa nyesal tak ikut cakap doktor untuk balik pun ada. Kekeke. Aku turun kaki ayam aje. Dah macam kes Sabah dulu la pulak. Tapi tu lagi open. Kaki ay

Sepagi di Klinik Kesihatan Mahmoodiah

Imej
Sepagi di Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Pelik pun ada. Bangun ja pagi tadi terus rasa sakit kat bahagian bawah buku lali. Raba sikit. Sakit. Ada benjol bengkak sikit. Bangun. Baru melangkah sikit dah rasa tangkap satu kaki. Haishhh. Ni yang tak seronok ni. Mama bising. Dah. Toksah nak gatai gi kerja sana. Gi klinik aje. Iye. Memang nak gi klinik la ni. Pastu nak gi kerja jugak. Banyak benda kena setel ni. Lagipun. Aku dah set untuk sesi penilaian akhir PBPPP hari ni. Pastu terus drive dengan amat payah jugak rasanya. Slow aje. Nak tekan pun terasa beb. Sampai klinik. Alhamdulillah. Ada satu tempat kosong bebetul depan pintu masuk klinik. Gerak je. Wow. Memang terbaeekkk!!!! dia punya tangkap. Turun bukit. naik cerun. Memana tempat yang ada beza tinggi memang aku rasa abis menangkap dia. Daftar. Dapat yang keenam. Alhamdulillah. Sempat borak dengan uncle sebelah. Dia kata muda muda pun dah sakit kaki ke? Sekali aku bagitau umur. Wah. Apasal muka you muda haa.. Kekeke. Faktor ketur

Yok Jenjalan : AEON Tebrau City

Imej
Yok Jenjalan : AEON Tebrau City. Outing bersama iqa kali nimke AEON Tebrau. Nak cari barang rare yang katanya hanya ada kat sini. Layan aje ler. Sesambil dapat la cuci mata kat AEON yang super duper besar. Jarang jarang dah aku ke sini kecuali kebetulan lalu. Nak nak pulak IKEA baharu bukak kat sini kan. Sampai. Parking. Terus ke kedai yang diingini. Dah setel baharu gerak gi makan kat Arena. Terserempak pulak ngan Zamzure. Makan kat pizza hut. Boleh tahan jugak Arena ni. Kena try nasi ayam penyet crispy nya. Aku makan burger aje. Setel aje terus gerak cari baju. Sesambil tu snap snap dengan patung patung yang disusun ikut negara kat sini. Masa keluar. Nak tak nak wajib lalu IKEA. Boleh tahan jem nak masuk. pergghhh. Sib baik aku bukan nak ke sini.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Dosa Meresahkan Hati

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Dosa Meresahkan Hati عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ Dari Nawwas bin Sam'an Al Anshari, bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya." (HR Ahmad No: 16975) Status: Sanad Maqbul Pengajaran: 1.  Setiap amal baik yang dilakukan seorang Muslim merupakan akhlak yang terpuji dan mendapat ganjaran pahala 2.  Amal buruk merupakan akhlak keji dan perbuatan tersebut mendapat dosa 3.  Perbuatan dosa yang dilakukan oleh seorang Muslim akan menjadikan hatinya tidak tenang dan tenteram 4.  Pelaku perbuatan dosa akan malu dan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Jaminan Syurga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Jaminan Syurga عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ Dari 'Ubadah bin Ash Shamit RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, aku akan menjamin syurga untuk kalian: jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Sanad Maqbul Pengajaran: Rasulullah SAW memberikan jaminan syurga kepada sesiapa yang memenuhi enam perkara berikut: 1.  Jujur atau benar ketika bercakap (tidak berbohong serta ikhlas) 2.  Menepati janji ketika berjanji (apabila berjanji, me

Perhimpunan Bulanan Bil.11/2017 dan Majlis Anugerah Inovasi 2017 JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.11/2017 dan Majlis Anugerah Inovasi 2017 JPN Johor. Boleh pulak sedondon ngan ustaz azman hari ni. Hehehe. Layan. SJQ munjul juara EKSA bulan Oktober. Selesai aje terus disambung dengan inovasi. Memang aku suka sangat dengan pembentangan angkup vernier DIY ni. Terbaeekkk!!!! Dan tak lupa, tahniah pada semua pemenang.