Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri


Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri. Sambung semula cerita lama ye. Berikutan dr. Lim tak puas hati dengan diagnostik awal, makanya pelbagai ujian aku kena buat petang Jumaat tu jugak.

Adoila. Ni semua yang aku takut selama ni. Bermula dengan ujian darah, air kencing dan sambung dengan ujian MRI. Siap dua lokasi. Satu kat lutut kanan, satu kat tulang belakang.

Paginya. Lepas sahur lagi ada dah browse internet. Mana tahu kena MRI. Sekali memang kena. Adoi. Semua yang aku baca mula bermain di kepala. Habis la aku petang ni.

Darah setel, air kencing setel. Perit, perit. Sambung ngan MRI. Aku diminta tukar baju. Semua benda besi takleh ada. Baju, henpon semua disimpan di tempat khas.

Pintu dibuka. Nampak pesakit sebelumnya. Cuak beb. Giliran aku. Aku dibaringkan atas katil khas tu. Kemudiannya dipakaikan hedfon. Dan terus dimasukkan. Eh. Takde pun minum air bagai. Cucuk pun idak. Ok ler tu kan.

Masuk. Ingat tadi dia kata akan dengar pelbagai bunyi. Memang agak bingit. Tapi dengan adanya lagu yang dimainkan maka tenang la sikit kan. Cuba buka mata. Eh. Tak masuk penuh rupanya. Dagu aku ke bawah je kat dalam mesin. Ok ler tu.

Pejamkan mata semula dan hadapi dengan tenang. Rasa bergegar satu badan disamping terketar kesejukan yang amat. Sekali rasa katil mula gerak keluar. Gembira dah rasa ni. Sekali ada suara kat hedfon. Sabar ye cik. Masih ada ujian lagi.

Sekali tangan aku dipegang. Alamak. Kena cucuk jugak akhirnya. Huhuhu. Dan masuk balik. Adoila. Kena jugak akhirnya.

Lama jugak la aku dalam tu. Paling kurang setengah jam. Setel je kat situ terus aku ditolak ke wad. Nurse dah tunggu. Kita nak cucuk ubat ni. Alamak. Ubat apa nurse. Ubat tahan sakit. Tahan sakit. Takpe lah nurse. Saya tahan je. Maka terselamat la tangan aku dari dipasang jarum tu. Buat hari pertama. Yeay!!

Aku cuba jalan. Hmmm. Cam ok sikit. Leh gerak better dari sebelum kena suntik ngan dr lim tadi. So. Aki suruh je mama balik. Gi melawat iqa. Esok baru datang semula. Lupa nak cerita. Dalam pada nak tunggu setiap ujian tu insuran ada call untuk beritahu status semasa. Dan akhirnya dalam jam 6.30 dapat satu mesej GL aku dah lepas. Tq tq.

Buka puasa. Layan tv. Melantak ubat yang nurse bagi. Layan tv lagi. Kekadang rasa perit kat kaki. Sesekali dok nengok tangan yang dah berlubang sana sini. Huhuhu. What's next? Tungguu...

sesi menunggu untuk imaging. punya la ramai. dari xray hingga la ke MRI

tempat mendaftar untuk masuk dan keluar wad

pasal dah pack aku tunggu luar je lah

lepak sementara untuk check darah. takut weh

dah kena cucuk. huhuhu

air kencing dapat pospone sampai aku masuk wad

nombor giliran mri. sampai dua sebab ada dua tempat aku nak kena amik

hadiah harijadi. hehehe

dah dapat gelang harijadi gitu

the other side

aturan apa aku kena buat sepanjang petang

mama amik lepas aku dah selesai keluar mri. nampak satu balut belah kanan tu. tu la tempat dia suntik masuk cecair untuk 7 minit akhir mri tu

dah dapat sms dari cuepacscare. tq tq

wad aku

sedis ni. berlubang jugak akhirnya. sib baik takde pasang jarum lagi. buat masa ni la

yang kiri pun berlubang

layan tv je lah

menu berbuka hari ni. nasi ayam kunyit

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied