mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antarabangsa. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2009

Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009

Akhirnya.. Mempersembahkan Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009. Bertempat di Persada. Memang best la. Aku bawak dua kamera malam tu. D70s ngan 11-16mm, D60 ngan 70-300mm. Mazhab aku memang tele dari dulu. Ultra tu baru nak try berjinak-jinak. Hasilnya.. banyak lagi yang tele dari ultra, walaupun dari awal kononnya nak try ultra jer.

Sampai jer bebudak sambutan dah penuh kat pintu. Tengok jap rehearsal akhir sambutan. Pastu gi klik-klik muka. Aku jaga belah kanan pentas, tajul belah kiri pentas. Satu disadvantage sebab asap kuar sebelah aku. Tapi takpe, sebab dewan memang pack habis. Aku taknak la redah vip untuk ke kiri, biar tajul settle je belah tu, aku belah ni jer. Kelakar bila aku tengok belakang aku penuh ngan photog gak. Tapi dah memang style aku, masa kerja buat jer kerja tu. So, nanti ler kalau ada masa aku borak la ngan korang, tapi aku rasa maybe kebarangkalian besar tak kot.

Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tahniah pada semua warga produksi. Korang memang da boom la. Memang best nengok. Cuma part lagu Mann tu jer la yang aku tak berkenan sikit. Teringat time komanwel '98 dulu. Hampes tul. Sibuk peserta nak naik pentas menari juga. Kalau aku jadi floor manager memang kena baling kasut jer. Tu pasal aku bukan floor manager kan.. Bila orang suruh naik tak nak naik pulak kan.. Apapun aku kasi 5 bintang untuk malam ni. Cool..

ps : banyak lagi kena pegang ngan usap-usap lens ultra ni, payah nak berubah dari tele jadi ultra nooo...


Full Montaj


Selasa, 18 Ogos 2009

Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009



Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009

Malam bersama pemimpin dijalankan bertempat di Persada malam ini. Huh.. Memula memang memalu kucin nak kuar kamera. Al-maklum la, pakai 70-300 tamron jer kan. Mana ada white lens. Tengok reporter penuh.. Tapi jap ajer memalu kucin tu. Lelama aku yang lagi lebih pada reporter.

Cam biasa la, tengok keadaan keliling dulu. Mana kita nak duduk ni. Aku macam biasa tawaf dulu satu dewan. Nampak pulak si Nazri. Borak-borak jap. Pastu terus aku ambik port area tu jer.



Jam dah hampir kul 9 malam, kelibat VVIP masih tak kelihatan. Bebudak nampak ramai yang dah mengeluh. Dah lama kan dok lam keadaan statik. Aku perati sorang-sorang. Memang yang sekolah rendah nampak lebih tak tenteram. Maybe gementar kot.



Tepat jam sembilan VVIP sampai. Majlis terus dimulakan dengan nyanyian lagu Johor dan Negaraku. Seterusnya hadirin dihiburkan dengan persembahan dan diikuti dengan bacaan doa.












Foto montaj