Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GURU TAHFIZ

PENGAMBILAN GURU TAHFIZ DAN GURU DINI SECARA INTERIM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2016

Imej
PENGAMBILAN GURU TAHFIZ DAN GURU DINI SECARA INTERIM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di sekolahsekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces . Muat turun iklan jawatan di bawah. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004632.pdf KETERANGAN PROGRAM Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016. Nama Perjawatan: Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim. Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Mengikuti lati