mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mac 2017

Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017


Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017. Dah lama bersawang dalam Dropbox aku. Hari ni baru dapat dikeluarkan. Ni last sesi pixel besar Galaxy Camera aku rasanya. Hehehe. Mesyuarat dijalankan 22 sampai 24 Februari yang lepas. Kira macam precouncil yang dilaksanakan diperingkat negeri la ni. Sebelum semua isu negeri diangkat ke JPMK. Tahun ni semua ikut timeline sepertimana yang ditetapkan. Tu pasal aku gerak JPMN minggu 2 seperti mana yang ditetapkan. Tu pun lari sikit ke minggu 3 sebab minggu 1 tu raya cina. Kali ni aku bawak Mustakim bersama. Timba pengalaman. Mana tau nanti kena gi wakil aku ke. Tak la teraba-raba. Kekeke.

Pagi 22 tu sempat sarapan di Pagoh. Blank tak tau nak makan apa. Jarang aku outstation sejak aku mula kawal makan ni. Belasah aje le apa yang ada. Sampai aje. Jumpa dulu semua pegwai EPRD yang ada. Kenalkan si Mustakim. Senang dia nak liase dengan diaorang nanti. TQ Adhi kerana belanja makan lunch itu hari. Layan aje. Petangnya meeting bermula. Lama jugak tak jumpa geng geng ni. Selesai. Balik hotel. Kebetulan sama hotel dengan en Rashid. Sakan la meronda. Petangnya makan di Alamanda. Dan sekali lagi aku ambil masa yang lama untuk memilih makanan. Last last. Burger ajeler. Malamnya. Nengok ajeler kek birthday mama dari ucu. Hari tu adalah harijadi mama. Cian mama. Huhuhu.

Meeting berjalan lancar kali ni. Dan aku suka. Lama dah tak hadapi mesyuarat data sebenar macam ni. Dah dekat tiga tahun asyik dok layan isu sistem tak bergabung, sistem problem. Kali ni. Total verifikasi. Syiok wooo nengok semula ralat terpapar depan muka sambil kena soal kenapa gitu. Hahaha. Of coz la Johor pantang naik nama. Mesti kena punya. Dah la susah nak jumpa. Sekali jumpa, teruk kena. Walhal banyak lagi negeri lain yang lebih banyak pada Johor. Tu yang aku rasa seronok tu. Lama tak alami perasaan gini weh. Tak sabar nak jumpa lagi dalam mesyuarat MAP bil.2. Dan of coz. Banyak aku kena buat bagi memastikan kecemerlangan data Johor sentiasa berada pada tahap yang terbaik, terkini, sahih dan tepat. Data kita, wajah kita, maruah kita!

Khamis, 16 Mac 2017

Tawaran berkhidmat di BPPDP, KPM


Tawaran berkhidmat di BPPDP, KPM. Tawaran terbuka kepada pegawai di JPN, PPD, Jurulatih Utama Data atau Guru Data dan Maklumat yang berminat untuk mengisi kekosongan di Sektor Data, BPPDP, KPM.

Syarat Kelayakan.

- Gred DG41 dan ke atas
- Pernah/sedang memegang jawatan Guru Data (EMIS) sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 31 Disember 2016

Sila lengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada :

Azlin Hairani Bt Subki
Sektor Data Pendidikan
BPPDP, KPM
Aras 2, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-88846543

BORANG HENDAKLAH SAMPAI SELEWAT-LEWATNYA PADA 28 MAC 2017

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jumaat, 2 Disember 2016

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2017

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2017


PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2017 akan dibuka sehingga 30 Disember 2016. 

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh menggunakan capaian di laman sesawang berikut :

https://sst4.moe.gov.my

Berikut disertakan panduan pengisian :
Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 4

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rabu, 21 September 2016

WP6.3 SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN


WP6.3 SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan penambahbaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah diperkenalkan pada 20 Oktober 1994 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1994(WP 6.2). Skim ini telah ditambah baik mulai 1 Januari 2001 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001 (WP 6.3) daripada segi jenis faedah, pertambahan jenis kecederaan dan penyakit khidmat diiktiraf sebagai bencana kerja. Mengambil kira keadaan semasa dan bagi menjaga kebajikan pegawai serta waris, Kerajaan telah memutuskan agar Skim ini diperkemas dan ditambah baik.

Muat turun pekeliling WP6.3 di sini : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2016/circularfile_file_001408.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sabtu, 3 September 2016

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2017

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2017


Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem aplikasi ini boleh dicapai menerusi url berikut :

https://public.moe.gov.my

Permohonan Ke Sekolah Kawalan (Menengah) Negeri Johor Bagi Ambilan Sesi Persekolahan Tahun 2017 kini dibuka SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

Permohonan ini adalah bagi Akaun IBUBAPA SAHAJA bagi SEKOLAH KAWALAN iaitu :

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  2. Kelas Kawalan (KK)
  3. Kelas Rancangan Khas (KRK)
  4. Sekolah Kawalan (SKw)
  5. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Nota :

  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT;
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak. PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT;
  5. Sekiranya ada maklumat permohonan yang tidak tepat dan perlu dikemaskini, sila hubungi Guru Kelas murid yang memohon untuk pengemaskinian permohonan dan cetakan semula permohonan;
  6. Sila hubungi Penolong PPD Menengah Murid (PPDMM) di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan perkara ini.


Garis panduan penggunaan aplikasi boleh dimuaturun melalui url berikut :
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bahan Rujukan 1PP Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor KPM


Bahan Rujukan 1PP Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor KPM. Ringkasan 1PP bagi Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor KPM untuk kegunaan agensi - agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dimuaturun melalui pautan berikut :

1PP - PENGURUSAN ASET ALIH KPM
1PP - PENGURUSAN STOR KPM

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ahad, 3 Julai 2016

VIDEO #INFO2MINIT KPM MENERAJUI PERUBAHAN


VIDEO #INFO2MINIT KPM MENERAJUI PERUBAHAN. Wah. Dah ada video khas untuk penataran. Setiap bulan keluar satu. Sekarang dah ada 3. Just search #info2minit kat youtube untuk lihat video-video ni. Untuk JPN aku dah buat link playlist khas untuk ni. Ada aje video baharu auto update lam playlist. Nak tengok just ikut pautan berikut :


Nak tengok surat siaran boleh layari pautan berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2016/circularfile_file_001396.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Selasa, 31 Mei 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM DI ILKS AMBILAN JUN 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM DI ILKS AMBILAN JUN 2016


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM DI ILKS AMBILAN JUN 2016 boleh disemak mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my atau https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rabu, 16 Disember 2015

Meeting @E8, KPM

Meeting @E8, KPM

Meeting @E8, KPM. EKMLTK. Banyak perlu dilihat semula.

Ahad, 22 November 2015

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 AKAN DIBUKA DISEMBER

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 AKAN DIBUKA DISEMBER


Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 akan dibuka mulai 10 Disember - 30 Disember 2015. 

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh menggunakan capaian di laman sesawang berikut :

https://sst4.moe.gov.my/

Berikut disertakan panduan pengisian :
Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 4

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 17 November 2015

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini.

Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A.

"Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 13 November 2015

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KPM 2015

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KPM 2015. Nampaknya minggu depan pertandingan berprestij ni bermula semula. Tahniah dan selamat bertanding pada semua yang terlibat. Khususnya team dari PPD Johor Bahru. Mogo beroleh kejayaan.

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KPM 2015


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 15 Oktober 2015

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 KINI DIBUKA


PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 KINI DIBUKA

Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 telah dibuka mulai 15 Oktober - 15 November 2015. 

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh menggunakan capaian di laman sesawang berikut :

https://sst1.moe.gov.my/

Berikut disertakan panduan pengisian :
Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 1





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Selasa, 18 Ogos 2015

Finalis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPM 2015


Finalis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPM 2015. Nampaknya list finalist dah dikeluarkan. Tahniah pada semua finalis.

Ahad, 2 Ogos 2015

Taklimat Migrasi 1Gov*Net KPM Zon Selatan


Taklimat Migrasi 1Gov*Net KPM Zon Selatan. Sebelah petangnya sambung dengan taklimat migrasi zon selatan. Yang terlibat Johor dan Melaka.

Isnin, 6 Julai 2015

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1


Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1. Bengkel dijalankan bertempat di Hotel New York, Johor Bahru bermula semalam. Kumpulan dipecahkan mengikut modul yang diuruskan masing-masing pada sebelah petangnya. Manakala pada slot sebelah malamnya, semua peserta dikumpulkan untuk mendengar amanat oleh Pengarah BPSH. Kita sambung esok pulak.

Selasa, 30 Jun 2015

Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M


Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M. Semalam ke Tampok, Benut. SMA Bugisiah to be exact. Ada program bersama Yang berbahagia Dato' Dr Amin bin Senin di SABK ini. A bit late jugak aku tiba. Around 6.30 pm. Memang jalan luar jangka. Tak jam, follow kereta slow. Tak follow kereta slow, jam. Dugaan tu.

Alhamdulillah. Tiba dengan selamat ke sini. Yang dirai pun belum tiba. Sampai waktu berbuka baru tiba. Betullah kata en. Kamarudin hari tu. Macam macam boleh berlaku. Samada kita bersedia dengan langkah kontigensi lain atau tak. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Pengisian dijalankan dengan baik.

Dato' Dr bersama dengan pelajar sehingga selesai majlis. Siap ada majlis bergambar bersama keseluruhan pelajar. Tahniah pada pengurusan sekolah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, dan sekolah berjaya mengambil peluang yang terbuka. Selesai semua, terus bergerak pulang. Around 12.30 am jugak baru tiba. Perghhh.. Boleh tahan ni. Esok ke Pengerang pula.

Khamis, 18 Jun 2015

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015


Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2015. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini : http://www.moe.gov.my/v/ithink


  1. Pilih Kursus i-THINK Versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  2. Muat turun semua 13 fail termasuk File Joiner (fjoiner.exe) ke dalam folder PC atau Laptop anda
  3. Lancarkan File Joiner (fjoiner.exe) 
  4. Masukkan fail yang dimuat turun menggunakan butang ADD FILES
  5. Pastikan semua 13 fail disusun bermula dari atas fail _01(13), _02(13), _03(13) dan seterusnya.
  6. Klik pada butang APPEND FILES
  7. Klik butang JOIN
  8. Setelah proses penggabungan tamat, fail (saiz 646 MB) yang telah digabung akan berada dalam folder 
  9. Klik fail tersebut untuk melancarkan Kursus i-THINK 

Ahad, 14 Jun 2015

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)


Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. Kementerian Sumber Manusia;
  4. Kementerian Belia dan Sukan;
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
  6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini.
Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia.  Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :

  1. Golongan berkeperluan khas (OKU)
  2. Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
  3. Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
  4. Majikan
  5. Masyarakat Umum

Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Di Sisi Anda”.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 6 Mei 2015

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 melalui talian 15888 dibuka dari 6 Mei sehingga 5 Jun 2015.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free