mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label lancar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lancar. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

UPSR: Persediaan Peperiksaan Ulangan Lancar

UPSR: Persediaan Peperiksaan Ulangan Lancar


Calon yang tidak hadir pada peperiksaan ulangan akan direkodkan sebagai 'T' iaitu 'Tidak Hadir'

Kementerian Pendidikan berpuas hati persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, Selasa dan pada 9 Okt ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata guru besar dan guru sekolah telah melakukan tugasan sewajarnya termasuk penyediaan bilik peperiksaan supaya calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik dan selesa.
"Saya dimaklumkan bahawa guru besar dan guru-guru ini juga memberi motivasi dan galakan kepada murid, melakukan pelbagai program untuk terus membantu calon," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lima sekolah di sekitar ibu negara.
Bertujuan melihat persediaan sekolah dan murid untuk menghadapi peperiksaan ulangan itu, lawatan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph, Sekolah Kebangsaan Sentul 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1).
Khair berkata berdasarkan perbualannya dengan murid sekolah, mereka berkata telah bersedia untuk menduduki peperiksaan ulangan itu dan berazam mendapat keputusan yang baik.
"Ada juga murid yang memberitahu peperiksaan ulangan adalah peluang kedua untuk mereka lakukan penambahbaikan," kata Khair sambil menasihatkan semua calon supaya tidak berasa bimbang sekiranya mereka telah melakukan ulang kaji secukupnya.
Beliau berkata calon dan ibu bapa serta pihak lain perlu sedar bahawa peperiksaan ulangan itu dibuat bagi memastikan kredibiliti dan integriti UPSR, dan calon boleh berbangga bahawa keputusan yang diperoleh kelak adalah keputusan tulen.
Bagi memastikan kelicinan dan tiada insiden kebocoran kertas peperiksaan, Khair memberitahu pihaknya telah mempertingkat prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kertas soalan bermula dengan proses penggubalan dan percetakan hingga ke aspek penyimpanan dan pengedaran ke bilik peperiksaan.
"Kita juga memastikan mereka yang mempunyai akses kepada kertas soalan juga dihadkan jumlahnya supaya tidak berlaku insiden ada yang terlihat soalan," katanya.
Khair menjelaskan bahawa calon yang tidak hadir pada peperiksaan ulangan akan direkodkan sebagai 'T' iaitu 'Tidak Hadir' dan menurutnya, ini akan menyebabkan calon tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam mata pelajaran berkenaan.
Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung, Selasa.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.
Seramai 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara.
--BERNAMA 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 17 Ogos 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad lancar model Proton baharu, Suprima S di bangunan Matrade hari ini


Tun Dr Mahathir Mohamad lancar model Proton baharu, Suprima S di bangunan Matrade hari ini. Ni la rupa model baru proton yang sibuk digembar gembur selama ni. Kereta ni adalah kereta Preve versi Hatchback. Proton Suprima S akan dijual pada harga RM76,338 (on the road) bagi jenis Executive dan RM79,988 bagi jenis Premium. Kita tungguuuu...



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free