Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan

26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini, 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Ke