mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komuniti. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2016

Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan


Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan. Alhamdulillah. Akhirnya pihak berkuasa memainkan peranan yang baik dalam menangani isu yang makin menjadi-jadi ni. Aku sebagai rakyat marhaen tumpang gembira. Cukup-cukuplah rakyat dimomok dengan perkara-perkara begini.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.
Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas. Di samping itu, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan. Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.

Setelah diteliti, penjualan dan pengiklanan air Kangen didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang seperti di atas dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sediada terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan aduan tersebut melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Rujukan tepi
[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit.
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine.
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial?
http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water.
http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah.
http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia.
http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208

P/s . Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.

Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Selasa, 5 Julai 2016

Madinah digegar letupan bom


Madinah digegar letupan bom. 4 pegawai keselamatan meninggal dan 5 lagi cedera selepas satu letupan berlaku berdekatan Masjid Nabawi selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya. Berita penuh layari pautan berikut : http://www.aljazeera.com/news/2016/07/saudi-arabia-qatif-explosion-160704165007140.html

Isnin, 4 Julai 2016

Aidilfitri 1437H disambut pada 6 Julai 2016


Aidilfitri 1437H disambut pada 6 Julai 2016. Tarikh Hari Raya Aidilfitri 1437H akan disambut pada 6 Julai 2016 ini diumumkan dalam pengisytiharan Hari Raya Puasa Aidilfitri 2016 sebentar tadi.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ahad, 3 Julai 2016

Selamat Bersara Tuan Haji Md. Hasidin


Selamat Bersara Tuan Haji Md. Hasidin. Sehari sebelum hari terakhir bertugas sebagai penjawat awam, mantan TPPJ; Tn Hj. Hasidin meronda ke setiap sektor. Malang sekali aku masih MC pada ketika tu. Terima kasih atas perkongsian ilmu selama ini. Terima kasih, tuan.

VIDEO #INFO2MINIT KPM MENERAJUI PERUBAHAN


VIDEO #INFO2MINIT KPM MENERAJUI PERUBAHAN. Wah. Dah ada video khas untuk penataran. Setiap bulan keluar satu. Sekarang dah ada 3. Just search #info2minit kat youtube untuk lihat video-video ni. Untuk JPN aku dah buat link playlist khas untuk ni. Ada aje video baharu auto update lam playlist. Nak tengok just ikut pautan berikut :


Nak tengok surat siaran boleh layari pautan berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2016/circularfile_file_001396.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jumaat, 1 Julai 2016

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam


Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini.
"Berhubung cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.
"Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari Jumaat, 8 Julai akan dibawa kepada Ahad, 10 Julai," kata beliau.
Cuti hujung minggu di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak 2014 dan berikutan itu, cuti pada Jumaat depan (8 Julai) akan dibawa ke Ahad depan (10 Julai).
Kerajaan Persekutuan baru-baru ini bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada penjawat awam jika Aidifitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bagaimanapun berkata, pelepasan itu tidak terpakai jika Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

Rabu, 29 Jun 2016

JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya


JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai.

Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu sebelum ini didapati tidak lagi efektif

Selasa, 28 Jun 2016

4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal


4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal. Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,"

Ahad, 26 Jun 2016

Muafakat Johor : Touch N Go percuma sempena Syawal


Muafakat Johor : Touch N Go percuma sempena Syawal
1.Muat naik gambar dan cerita /kenangan tentang keceriaan, kemeriahan dan keunikan menyambut Syawal di negeri Johor.
Sila hashtag: #Raikansyawaldenganmuafakat #teamrayajohor #muafakatjohor di setiap penyertaan anda.
2. Print screen gambar yang telah anda upload dan slogan yang dimuatnaik di media sosial anda samada  FB, Instagram dan Twitter anda, dan emailkan kepada johorjauhar@gmail.com
Sila letakkan subjek email: #RaikanSyawaldenganMuafakat dan butiran peribadi seperti berikut:
➢ Nama
➢ Alamat Rumah / Daerah
➢ No. Telefon
* Satu email bagi satu penyertaan sahaja.Satu Touch N Go PERCUMA menanti anda bagi setiap email bertuah.Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.Tarikh Tutup : 29 Jun 2016
Terima kasih

Sabtu, 25 Jun 2016

Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624


Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624. Pagi hujan renyai. Sampai je budak dua orang je. Tapi around 10 minit later dah penuh. Hujan la katakan. Balik sempat snap terminal gelang patah.

Sabtu, 11 Jun 2016

Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari


Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari. Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas selama lima hari mulai pukul 8 pagi 13 Jun 2016 (Isnin) hingga 12 tengah malam Jumaat.

Laluan itu perlu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong itu, menurut kenyataan Syarikat Anih Berhad di sini, hari ini,

Menurut Anih Berhad, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala barat akan diadakan bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.

- Bernama

Jumaat, 10 Jun 2016

Stesen Bas Gelang Patah 20160607 Progress

Stesen Bas Gelang Patah 20160607 Progress

Stesen Bas Gelang Patah 20160607 Progress. Dah makin mula terserlah rupanya. Cuma. Akan sibuk la kawasan ni lepas ni.

Sabtu, 24 April 2010

Jelajah Misti & Komuniti Broadband Johor 2010 : Destination Kampung Pok

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi ni awal lagi aku dah kena kuar. Target : Kampung Pok. Kena jadi wakil PPD ke sini. Ada program jelajah Misti.. Pakebender misti tu? Misti tu singkatan kepada minggu sains, teknologi dan ict negeri johor.. last buat kat persada tahun 2007. Memang menarik. Tahun ni dia akan buat sekali lagi kat persada pada 22-27 Jun ni. Jangan lupa pergi sana nanti.

Antara lain tujuan jelajah ni dibuat kat kawasan rural ni, adalah untuk menarik minat penduduk2 kat kawasan yang agak jauh dari dunia luar nih; dan jugak nak test liputan broadband di sini. Apa yang pasti aku nyer digi memang takde line tenet.. dua kali aku check ngan tok penghulu tadi.

Apa pun aku agak janggal dan terasa hilang kebebasan sikit hari ni. Ye lah.. Aku memang dah terbiasa ngan field work. Setakat amik gambo tu dah jadi asam garam. Tetiba hari ni kena duduk ngan vip.. aduhhh.. serba tak kena rasanya. Apa pun memang enjoy program hari ni. Cuma urusetia kena murnikan sikit video presentation diaorang tu.. Tak berapa sesuai dengan sasaran, disamping.. terlalu panjang.. Yang lain semua ok..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

::Klik untuk cerita penuh::



Apa-apa pun.. hari ni memang aku tak dapat mengambil gambar dengan baik.. Mana nak kontrol hensem, mana nak amik gambo.. Apa yang ada tu harap berpuas hati jer lah ye.. sowwii.. Tunggu gambo dari blog cha untuk lebih gembira.. jeles lak nengok dia selamba badak dok sana.. loncat sini amik gambo.. hahahaha...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku snap ni bukan tanpa sebab.. Mana lah tahu aku lupa nama program ni nanti kan.. hahaha

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haa... tempat dia sebelah sekolah ni.. sekolah yang ada sikit dosa ngan aku.. kes nkra

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua dah kumpul kat luar nunggu kehadiran DO dan YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Siap ada persembahan silat tu.. marbeles..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Bacaan doa oleh imam kampung pok.. tak ingat nama dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan aluan YBM Tunku Zahrah.. camna la diaorang leh tak perasan laptop tu tak tutup.. adoohaii..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan perasmian tuan DO.. sib baik dah perasan pasal laptop tu kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Wakil SKMM..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haaa.. sibuk dok membetul sana dan sini.. untuk penerangan dan penyampaian hadiah dari unit ict

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Kandid YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penyampaian hadiah pada pemenang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku amik gambo bebudak ni jer

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Nak nengok yang lelain tunggu si cha hapdet blog dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Balik singgah jap ker gerai mee udang.. nak tapau kasi orang kat rumah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua kat sini content utama dia udang..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penuh orang kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Henpon aku yang sekali lagi kat silent mode.. hahaha.. sowwi sesapa yang call tadi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Perghhh.. bebudak ni siap kenduri besar kat sini ngan famili dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah.. jom balik.. Aku tapau 2 mee goreng udang, 1 mihun sup udang, 1 mee bandung udang.. kos.. RM14.. satu RM3.50.. udang banyak gilesss..

::Nak tau lebih pasal misti::

Enjoice...Sharing is power!!!