Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Prihatin Saling Menyayangi

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Prihatin Saling Menyayangi  عن أبي موسى الأشعري أنه سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لَنْ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَرْحَمُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولُ الله  كُلُّنَا رَحِيم . قال : " إِنَّهُ لَيسَ بِرَحْمَةِ أَحَدِكُمْ صَاحِبَهُ  وَلَكِنَّهَا رَحْمَةَ النَّاسِ رَحْمَةَ الْعَامَّةِ  Daripada Abi Musa al-Asyari, sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: Kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling menyayangi. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami semua adalah penyayang. Rasulullah SAW bersabda: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kalian sahaja bahkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk. (HR Tobrani No 13671) Status: Hadis Sahih Pengajaran 1.  Sikap Prihatin, saling sayang menyayangi antara sesama makhluk berkait rapat dengan Imannya kepada Allah. 2.  Tuntutan menyayangi bukan hanya kepada sesama Muslim malah kepada orang bukan Islam juga seluruh makhluk yang lain dengan memberi hak

Selamat Hari Kebangsaan ke-64

Imej
Selamat Hari Kebangsaan ke-64. Semoga negara kita terus aman makmur. Bersama kita menghayati nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme. Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2021. Merdeka! Malaysia Prihatin  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mulia dan Tinggi Darajat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mulia dan Tinggi Darajat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya”  (Sahih Muslim No: 258) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya.  عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ Daripada Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan e

Gleneagles Medini : Routine Checkup 20210827

Imej
Gleneagles Medini : Routine Checkup 20210827. Lama kan tak hapdet video. Mengharung seminggu yang sangat pack. Checkup ni pun actually pinda dari minggu lepas. Tak larat. Ingatkan seminggu sebelum tu dah sibuk. Rupanya minggu lepas lagi sibuk. Hampir setiap hari habis around jam 6 petang. Layan aje la.  So pagi jemaat kami dah sampai ke hospital. Ada ruang untuk park berdepan dengan pintu utama. OK la tu. Nak amik darah aje. Selesai aje terus ke Mydin. Rugi kalau duduk aje kat sini 2 jam tak buat apa-apa. Gunakan masa sebaiknya. Sempat jumpa fizal kat sini masa belanja bulan. Lama tul tak jumpa dia. Team SPMICT lama. Setel kat sini balik ke spital. Dah dapat keputusan bacaan darah dan advice dari doktor. Sampai nurse pun tolong peringat. Banyakkan minum air. Alamak.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Orang Beriman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Orang Beriman    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ Daripada Ibnu Abbas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada Mu'adz bin Jabal RA ketika baginda mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Larangan Memboikot Sesama Muslim

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Larangan Memboikot Sesama Muslim عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling membelakangi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya melebihi tiga malam." (HR Bukhari No: 5612) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam melarang sifat saling membenci sesama Muslim. 2.  Islam juga melarang sifat saling dengki atau iri hati terhadap kelebihan orang lain 3.  Saling membelakangi atau saling bermusuh sesama Muslim adalah dilarang sama sekali 4.  Muslim dituntut saling bersaudara dan berkasih sayang 5.  Sesama Muslim dilarang  tidak bertegur sap

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Makbul Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut: a.  Orang yang menipu إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨ Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kep

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ  Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang ya

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan  مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ "Barangsiapa yang Allah 'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim (kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)." (Sunan Abu Daud No: 2559) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap orang yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah dan adil menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya. 2.  Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah kepimpinannya di samping membantu kesusahan yang dialami bukan menyusahkan mereka. 3.  Pemimpin yang tidak mengindahkan k

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin & Pembantu Jujur

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin & Pembantu Jujur عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatkannya, dan apabila ia ingat maka ia tidak membantunya." (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang b

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan

Imej
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang hari ini. Ismail Sabri, 61, yang juga Naib Presiden UMNO adalah perdana menteri ketiga yang dilantik dalam tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kehadiran 30 tetamu jemputan. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta beberapa pemimpin utama parti politik yang menyokong Ismail Sabri. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mkna

Unboxing Series : Shopee - NZ Crunchies

Imej
Unboxing Series : Shopee - NZ Crunchies. Layankan kebudaks ni try NZ Crunchies. Produk ini adalah sejenis snek popia yang sangat crunchy dan didatangkan dengan 6 jenis perisa yang super sedap seperti berikut : Golden Salted Egg (220g) rasa telur masin yang tulen. Cheese Primo yang (220g) rasa padat cheese berkrim. Savoury Chicken Floss (220g) rasa rempah ayam yang lazat apabila dikunyah. Chocolate Supreme (220g) rasa coklat dan berlemak. Milky Matcha (220g) rasa teh hijau bersusu yang melahirkan senyuman. Korean BBQ yang (220g) rasa pedas-pedas BBQ yang dikoreakan . Layannn... Mau order leh gi sini : https://shp.ee/cmhwgv7   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Kolokium Pendidikan Digital 2021 : Membudayakan Pendidikan Digital Berwawasan Dalam Ekosistem Pendidikan

Imej
Kolokium Pendidikan Digital 2021 : Membudayakan Pendidikan Digital Berwawasan Dalam Ekosistem Pendidikan. Program ini dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :   Tarikh: 23 - 26 Ogos 2021 (Secara dalam talian) Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang  Pautan (YouTube): https://youtu.be/DLzx3ncQDMQ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin dan Tanggungjawab

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin dan Tanggungjawab عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ Daripada Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: "Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PDM PAKK)

Imej
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PDM PAKK). Program ini dikhususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.  Pendaftaran Awal Ambilan Sesi Oktober 2021 dibuka mulai 19 Ogos 2021 hingga 4 September 2021. Imbas dan Daftar atau Layari pautan berikut: https://sites.google.com/view/pdpmpakk ---  #terbaeekk

Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara

Imej
Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh Malaysia telah dibuka dan tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2021 (Jumaat).  Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN), sila lengkapkan borang permohonan dan senarai semak yang dilampirkan pada pautan berikut:    https://drive.google.com/drive/folders/1yHIRzt-MHRhdjFGjNLJYVEZxemTYkvq8   Sila hubungi talian 03-88805151 untuk maklumat lanjut. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Bekerja Untuk Rakyat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Bekerja Untuk Rakyat عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ  أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ لَوْلَا أَنِّي فِي الْمَوْتِ لَمْ أُحَدِّثْكَ بِهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ Daripada Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya, 'Sesungguhnya aku menceritakan kepadamu sebuah hadis, kalau bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin pun yang mengurus perkara kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan menasihatinya, kecuali dia pasti tidak akan masuk

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Adil

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Adil حَدَّثَنَا فُضَيْلٌ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَقْرَبَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَإِنَّ أَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَشَدَّهُ عَذَابًا إِمَامٌ جَائِرٌ Telah menceritakan kepada kami Fudhail dari 'Athiyyah dari Abu Sa'id ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah 'azza wajalla pada hari kiamat dan paling dekat tempat duduknya dari Allah adalah seorang pemimpin yang adil, sedangkan orang yang paling dibenci Allah pada hari kiamat dan paling keras siksaannya adalah pemimpin yang zalim." (HR Ahmad No:10745) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Orang yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan paling dekat tempat duduk di sisi Allah ialah pemimpin yang adil. 2.  Pemimpin yang adil adalah satu  daripad

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Asyura

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Asyura عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam) 2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan: سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi p

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram) عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Had

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا Daripada  Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya. 2.

Reronda Tapau Makan : Der Cabin Bistro Gelang Patah

Imej
Reronda Tapau Makan : Der Cabin Bistro Gelang Patah. Sesekali pekena makanan western. Call untuk buat tempahan di Der Cabin Bistro Gelang Patah. Dalam 30 minit gitu gerak ke sana untuk ambil makanan yang dah disiapkan oleh staf bistro. Drivethru beb. Dia ada dua cara aje. Samada korang call terlebih dahulu atau di order kat sana. Tapi better la order thru call sebab bila sampai tinggal nak amik aje. Memang best! ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jom Reronda : Jeti Wawasan, Kampung Melayu Baru

Imej
Jom Reronda : Jeti Wawasan, Kampung Melayu Baru. Pagi tadi. Sempat singgah jap selepas melengkapkan beberapa pusingan larian keliling kampung. Tak lepas peluang amik video kat sini. Layan.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Sunat Di bulan Muharam

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Sunat Di bulan Muharam عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat. 2.  Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. 3.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’). 4.  Solat sunat yang utama selepa

Reronda Tapau Makan : Nasi Lemak Daging Bakar @Usop Nasi Kerabu

Imej
Reronda Tapau Makan : Nasi Lemak Daging Bakar @Usop Nasi Kerabu. Yummy. Sekali seminggu memang craving nak makan daging bakar. Antara pilihan terbaik adalah nasi lemak daging bakar kat usop nasi kerabu ni. Memang best!  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hitman 2 | Contracts - Eliminate The Muffin Cartel

Imej
Hitman 2 | Contracts - Eliminate The Muffin Cartel. Layan jap seketika. Sesekali asah jari semula. Konon nak amik baju polis aje. Sekali ramai pulak yang nampak. Kasi sapu bersih dahulu. Setel kat playground tu baru bergerak ke kartel muffin ni. Jap aje dibersihkan. Hehehe. Berminat... beli game dia kat sini https://shp.ee/fkj44fy "Let's share the beauty of the world." Blogger. Just a simple minded man loose with his camera ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membangun dan Mengimarahkan Masjid

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membangun dan Mengimarahkan Masjid عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah. 2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dari kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah:  إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُ

SMK Gelang Patah : A quick stroll on Dewan & Kibarkan Jalur Gemilang

Imej
SMK Gelang Patah : A quick stroll on Dewan & Kibarkan Jalur Gemilang. Siri datang semak akaun. Sempat nengokkan dewan yang dah siap dibuat naik taraf lampu limpah dan juga pemasangan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan ni.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Niat dan Hijrah Kerana Allah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Niat dan Hijrah Kerana Allah عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan  tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia be

Salam Maal Hijrah 1443H

Imej
Salam Maal Hijrah 1443H pada semua rakan, keluarga dan pengunjung blog sekalian. Semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat menjalankan ibadah & tangunggjawab kita terhadap Allah, sesama insan dan makhluk-makhluk lain dengan baik.  "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti" ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Majlis Anugerah Tun Fatimah 2021 : Querencia - All in 7 minutes

Imej
Majlis Anugerah Tun Fatimah 2021 : Querencia - All in 7 minutes. Rangkuman MATF2021. The whole majlis last for dua jam 18 minit untuk dua batch, Avangarde dan Querencia.Just ambil secara fast forward dan tumpu pada Querencia. Tahniah pada semua tenaga kerja yang bertungkus lumus dalam merealisasikan majlis ini. Anda memang terbaeekkk!!!! Video penuh boleh dilihat melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=VT78OA62jVA Tahniah dan terima kasih STF. Tahniah Avangarde. Tahniah Querencia. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Unboxing Series : Shopee - USB Hub Combo Multi Card Reader

Imej
Unboxing Series : Shopee - USB Hub Combo Multi Card Reader. Masa aku amik gambo adhoc iqa untuk #matf2021 ituhari, baru aku perasan aku dah missing something. Card Reader aku. Haisshhhh... Terus scroll down kat shopee dan dapat la benda alah ni. Nampak mantap juga. Dapat la pada harga RM15.90. Memacam boleh masuk. Of coz la card card baharu kan. Kalau yang lama aku tu memang la takde M2, TF bagai. Budak lo ni pun tak jumpa dah kot CompactFlash kan. Dan card reader aku tu pun tok leh baca microSD. Masa tu SD pun dah kira ngetop abis dah. So. Dia boleh baca dari Memory Card ni : Memory Stick (MS/MS PRO DUO), SD, MMC, M2 dan Micro SD(TF). Tambah lagi 3 USB tambahan untuk baca dari pendrive. Terus cucuk dan transfer je. Mantop bak kata ici. Kalau berkenan leh tengok sini https://shp.ee/j53myiz   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎bl

Awal Muharram 1443H : DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Imej
Awal Muharram 1443H : DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH. Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1443H bersamaan 1 Muharram 1443H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hijrah Untuk Kesejahteraan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hijrah Untuk Kesejahteraan عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain). 2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam p

Reronda Tapau Makan : AR Nasi Kukus, Medan Selera Iskandar

Imej
Reronda Tapau Makan : AR Nasi Kukus, Medan Selera Iskandar. Lama tak makan nasi kukus ayam berempah ni. Singgah tapau jap kat Medan Selera Iskandar. Memang terbaeekkk!!!! Portion dia sangat banyak beb.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Unboxing Series : Shopee - TWS Inpods12 Bluetooth Wireless Earphone

Imej
Unboxing Series : Shopee - TWS Inpods12 Bluetooth Wireless Earphone. Kita unboxing wireless earphone ni pula ye. Actually mama ada nak bagi something untuk murid-murid dia yang hadir penuh sepanjang sesi PdPR. So, antara cadangan yang terpilih adalah benda alah ni. OK la sikit untuk budak tu guna untuk sesi PdPR seterusnya kan. Harga yang aku dapat adalah RM9.90 satu. Terus tapau 6 sepertimana yang disenaraikan. Siap pilih semua warna yang berbeza pulak tu. Open up satu-satu dan test sebelum kita approve kat shopee. Standard la kan. Memang mantap. Varian warna pastel dia memang sangat menawan jiwa beb. Dia pakai kabel lightning untuk charging. Layan. Nak beli leh gi sini https://shp.ee/ami7is6  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PSV Tahun 5 Seni Ukir Timbul : Ukiran sabun - Ziqri's PdPR4.0 task

Imej
PSV Tahun 5 Seni Ukir Timbul : Ukiran sabun - Ziqri's PdPR4.0 task. Hari ni kita pantau dan bimbing iqi buat tugasan PdPR dia. Seni Ukir Timbul. Hmmmm... Masa ni la keluar semula set pisau ukir. Hehehe. Ajo dia step dari tracing kepadalah kepada ukiran pada sabun. Ajo dia pasal depth, buat bentuk asas dan kemudian mula menarah yang paling bawah. Bit by bit kita buat. Sesambil tu jangan lupa untuk bagi detail. OK lah kan untuk budak baru nak up kan. Kalau masuk lebih banyak detail lagi bagus tapi cukup la kot untuk permulaan dia. Pasni kita asah lagi kalau dia minat.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Reronda Cari Ikan : Pasar Segar Taman Nusantara, Gelang Patah

Imej
Reronda Cari Ikan : Pasar Segar Taman Nusantara, Gelang Patah. Aktiviti biasa pagi jemaat. Cari ikan la apa lagi. Leh tahan hasil tangkapan pagi ni.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Leman Miko Cari Gaduh Time Kelas Matematik

Imej
Leman Miko Cari Gaduh Time Kelas Matematik. Haisshhh. Biasa dia ni. Makin beso makin nakal. Lo ni mana ada orang berani pegang dia dah. Semua dia nak gigit aje. Bukan sikit-sikit. Harus sampai kena jumpa doktor amik suntikan tau. Pantang kucen lain lalu semua dia sebat. Gangster ko eh. Tima kelas matematik mama pun ko sebat juga nak cari gaduh. Orang suruh ngaji, dia sibuk nak gaduh. Fail SPM nanti baru ko tau!  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Unboxing Series : Shopee - Fujitsu Lifebook E734 i5 Refurbished

Imej
Unboxing Series : Shopee - Fujitsu Lifebook E734 i5 Refurbished. OK. Aku amik keputusan untuk amik laptop refurbished aje untuk iqa. Cari yang high spec sikit. At last aku pilih untuk amik yang ni. Fujitsu Lifebook E734 Refurbished. Harga dapat dalam RM1599. Kira OK la dengan specs memori 8GB RAM, storage 512 SSD dan Untuk prosessor dia pakai i5 4310M 2.7Ghz.  Dengan display 13.3inch, lengkap dengan DVD, ada 3 USB3.0 port, ada HDMI dan juga VGA. Ada port network LAN dan yang paling penting ada webcam. Quite ok la untuk kegunaan iqa rasanya. OK. Apapun. Welcome to windows family iqa. Selama ni dia dengan iPad aje. Masuk U ni banyak kena berubah sikit.  Boleh tengok detail kat pautan https://shp.ee/ju9pais   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Unboxing Series : Shopee - Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg x 120 capsules

Imej
Unboxing Series : Shopee - Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg x 120 capsules. Setelah borak borak manja dengan doktor dan farmasist, dapat la satu lagi tips. Makan minyak ikan. So. Mula la mencari lagi. Jumpa Blackmores punya produk ni. Dapat harga RM59.90. Kalau tengok dosage, 1 biji; tiga kali sehari. Nampaknya sebotol ni tahan la sebulan. Layan. Ni pautan dia kalau korang berminat https://shp.ee/4xpy47c   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience