mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label bernama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bernama. Papar semua catatan

Rabu, 23 September 2015

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini


Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu.

Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

"Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah.

"Mungkin sukar untuk jerebu kembali tetapi sekiranya terdapat angin taufan yang baharu terbentuk, maka tidak mustahil jerebu akan kembali semula... semuanya bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata memandangkan angin yang bergerak itu berlaku di kawasan tekanan tinggi ke rendah, taufan akan tetap terjadi pada kawasan mempunyai tekanan rendah kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan tempat berlakunya jerebu.

"Itu punca mengapa negara kita mudah menerima asap dari negara jiran dan saya jangkakan ia akan berakhir pada penghujung bulan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham berkata musim peralihan monsun yang melanda negara kini masih dalam keadaan baik dengan tiupan angin kencang dan ribut petir serta hujan juga dijangka berkurangan sehingga tiupan angin berubah menjadi normal.

"Musim ribut petir dan kilat dijangka berkurang dalam masa seminggu akan datang tetapi tetap hujan, namun tidak secara menyeluruh di semua tempat," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan selepas tiupan angin taufan itu berakhir akhir bulan ini, keadaan seperti ribut petir dan banjir kilat akan berlaku seperti sebelum ini.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 1 Januari 2015

2015: Najib Berharap Untuk Membina Sebuah Masyarakat Yang Lebih Selamat, Makmur Dan Saksama

2015: Najib Berharap Untuk Membina Sebuah Masyarakat Yang Lebih Selamat, Makmur Dan Saksama


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

Perdana menteri, dalam mesej akhir tahun dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini berkata dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, fokus beliau adalah mengenai rakyat.

"Walaupun prestasi ekonomi Malaysia adalah luar biasa, saya sedar bahawa rakyat sentiasa tidak merasakan mereka mendapat bahagian mereka daripada kejayaan negara kita.

"Oleh itu, di samping usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi kita dengan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, dan meningkatkan produktiviti, kita juga akan berusaha mengurangkan ketidaksamaan dengan mengurangkan jurang di antara yang kaya dan miskin," katanya.

Najib berkata beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan mutu kehidupan yang lebih baik kerana asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.

"Ekonomi kita berada di landasan yang betul untuk tumbuh sebanyak 5.7 peratus tahun ini, dan 4.7 peratus pada 2015. Defisit kita menurun, simpanan kita kukuh; kita mempunyai institusi kewangan yang boleh dipercayai, kadar pengangguran yang rendah dan kadar pelaburan asing yang memberangsangkan.

"Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi sebarang cabaran," katanya.

Najib berkata Malaysia perlu lebih proaktif bagi membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Dengan perkembangan global yang membawa masalah kepada banyak negara, saya gembira bahawa kita telahpun mengambil pelbagai langkah untuk melindungi ekonomi kita. Baru minggu lepas, Bank Dunia mengesahkan bahawa Malaysia kekal dalam kedudukan yang kukuh sebenarnya kerana tindakan kita merasionalisasi subsidi," katanya.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan diperkenalkan April tahun depan, akan membantu memperkukuhkan kewangan kerajaan supaya Malaysia dapat meneruskan perbelanjaan yang produktif atas perkara-perkara seperti membina jalan raya, sekolah-sekolah dan hospital-hospital untuk manfaat rakyat.

"Dan di samping CBP, kita akan meneruskan pembaharuan untuk menjadikan ekonomi kita lebih kompetitif, yang akan membawa lebih banyak peluang untuk perniagaan kita, dan pendapatan tinggi untuk rakyat," kata beliau.

Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia berikutan meningkatnya ancaman kumpulan pengganas, Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan Kertas Putih Keganasan yang baharu dan juga memperkukuhkan kerjasama negara dengan agensi-agensi perisikan asing.

"Tanggungjawab saya yang paling besar sebagai perdana menteri adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Kedudukan kita cukup jelas, kita menolak apa yang dipanggil Islamic State. Kita menolak negara ini yang ditakrif oleh pelampau. dan kita mengutuk keganasan yang sedang dilakukan di atas nama Islam," katanya.

Mengenai bencana banjir di beberapa buah negeri, Najib berkata keutamaan kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukannya sekarang, dengan bekalan dan bantuan bagi mereka yang terkandas atau dipindahkan, dan sokongan kewangan, supaya rakyat mendapat kembali kehidupan mereka seperti sebelum ini.

Tahun depan, keutamaan kerajaan adalah untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak secara mesra alam, supaya bencana banjir pada masa depan tidak serupa kali ini ataupun lebih buruk.

Najib berkata Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal di rantau ini dan di dunia dalam tahun-tahun akan datang.

"Tahun depan kita akan menjadi pengerusi ASEAN, dengan kita bersedia untuk melancarkan Komuniti ASEAN. Pada 2015, di bawah kepengerusian Malaysia, kita akan meletakkan asas untuk integrasi serantau yang lebih kukuh. Bagi penduduk ASEAN, ini bermakna lebih banyak peluang dan lebih banyak pekerjaan dan cara yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.

"Pada 2015, kita akan menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC). Jauh daripada hanya lencana kebanggaan diplomatik, ini adalah peluang Malaysia untuk menyatakan sokongan kita terhadap objektif utama, termasuk menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Palestin dan memberikan sumbangan yang sebenar kepada masalah keselamatan global," kata Najib.

Najib menyifatkan 2014 sebagai tahun paling mencabar dalam karier beliau dan satu daripada tahun-tahun paling sukar dalam sejarah Malaysia dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, dan kemusnahan Penerbangan MH17.

"2014 ada membawa kemakmuran kepada Malaysia, namun ia juga tahun di mana kita bersatu dalam kesedihan. Saya percaya kita akan dapat keluar dengan lebih kuat dan lebih berazam, daripada tragedi kembar ini.

"Di masjid-masjid, gereja dan kuil, di pasar raya dan online, respons rakyat Malaysia terhadap tragedi-tragedi ini sebagai satu. Kita telah diuji dengan bencana namun semangat rakyat negara ini kekal kukuh," katanya.

Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac manakala Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, Perdana Menteri berkata: "Ingatan kita adalah bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Indonesia."

Di tengah-tengah tragedi itu, terdapat kemuncak pada 2014, termasuk ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara dengan China dan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 10 Mei 2014

Hujan meteor boleh dilihat pada 23, 24 Mei ini

Hujan meteor boleh dilihat pada 23, 24 Mei ini. Terbaeekkk!!!!lah. Persoalannya. Adakah kita akan terlepas peluang ni? Lagi? Get ready...

Hujan meteor boleh dilihat pada 23, 24 Mei ini
Foto shared from http://taotauajer.blogspot.com/

Isnin, 5 Mei 2014

Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370


Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370. Esok. Akan genap 60 hari kehilangan Penerbangan MH370. Pelbagai spekulasi dah keluar. Pelbagai cerita, pelbagai berita. Sampai kita sendiri pun dah tak nampak apa lagi dah. Apa pun aku benar benar berharap supaya misteri kehilangan penerbangan ni dapat dirungkai dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Aku share satu artikel kronologi yang dimasukkan dalam Bernama malam ni.

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 memasuki hari ke-59 hari ini, yang menyaksikan Malaysia dan beberapa negara mempertimbang fasa baharu operasi di dasar Lautan Hindi.
Fokus pencarian kini beralih ke dasar laut selepas usaha pencarian dari udara, permukaan dan dalam air gagal menjumpai pesawat malang itu.
Berikut kronologi insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370:
* 8 Mac (Hari 1) - Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di Laut China Selatan. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
- Penumpang terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), India (lima), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat jenis Boeing 777-200ER digerak pada 5.30 pagi dengan fokus di kawasan Laut China Selatan.
* 9 Mac (Hari 2) - Radar tentera menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang tidak dapat dikenal pasti melakukan 'air turn back'.
- Satelit negara China mencerap imej objek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan.
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai tompokan minyak yang besar 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
- Dua penumpang pesawat malang itu didapati menggunakan pasport palsu Itali dan Austria.
* 10 Mac (Hari 3) - APMM mengesahkan tompokan minyak yang ditemui adalah minyak tangki bagi kapal kargo dan bukan minyak pesawat.
* 11 Mac (Hari 4) - Operasi SAR diperluas ke Selat Melaka berikutan terdapat kemungkinan pesawat itu melakukan 'air turn back'.
- Polis Diraja Malaysia dan Interpol mendedahkan dua penumpang lelaki yang menggunakan pasport curi adalah warga Iran iaitu Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, yang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
* 12 Mac (Hari 5) - Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut Andaman.
* 13 Mac (Hari 6) - Tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan yang imejnya dicerap satelit China pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China turut berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej berkenaan.
* 14 Mac (Hari 7)- Operasi SAR diperluas ke Lautan Hindi.
* 15 Mac (Hari 8) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat yang dikesan melakukan 'air turn back' oleh radar utama ialah Penerbangan MH370.
- Operasi SAR memfokus kepada koridor utara, yang merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand, dan koridor selatan, yang merentangi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
- Transponder dan sistem komunikasi Penerbangan MH370 ditutup ketika pesawat itu tiba di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia di antara kawasan kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam.
- SAR menamatkan operasi di Laut China Selatan.
* 16 Mac (Hari 9) - Tiada wang tebusan diminta oleh mana-mana pihak.
- Polis menyiasat semua kakitangan dan jurutera MAS yang mengendali pesawat MH370.
- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan insiden kehilangan pesawat itu memfokus kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi mereka.
- Polis merampas sebuah simulator penerbangan buatan sendiri dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370.
* 17 Mac (Hari 10) - Operasi besar-besaran SAR yang membabitkan 26 negara bermula di koridor utara dan selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika.
* 18 Mac (Hari 11) - Operasi SAR memfokus kepada empat tugasan iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit; analisis pemantauan data radar; menambah aset udara dan permukaan laut serta jumlah pakar teknikal dan subjek berkaitan.
- Laporan berita asing mendakwa pesawat yang hilang dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 19 Mac (Hari 12) - Pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan itu.
* 20 Mac (Hari 13) - Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan Najib berkaitan objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370, telah dikesan di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
* 21 Mac (Hari 14) - Australia meneruskan pencarian dua objek yang gambarnya diambil oleh sebuah satelit.
* 22 Mac (Hari 15) - Satelit China mengesan satu objek terapung berukuran 22.5 meter kali 13 meter di Lautan Hindi.
- Tiada objek dikesan pihak berkuasa Australia kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
* 23 Mac (Hari 16) - Imej baharu satelit milik pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan.
* 24 Mac (Hari 17) - Najib mengumumkan data yang dikeluarkan satelit Inmarsat milik Britain merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi iaitu di barat Perth.
- Tiada bukti objek berpotensi yang dicerap satelit Perancis adalah serpihan pesawat MH370.
* 25 Mac (Hari 18) - Operasi SAR memfokus di selatan Lautan Hindi berikutan petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.
* 26 Mac (Hari 19) - Imej baharu satelit mencerap 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.
* 27 Mac (Hari 20) - Satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
* 28 Mac (Hari 21) - Operasi SAR dipergiat bagi mengesan serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
* 29 Mac (Hari 22) - Kementerian Pengangkutan mewujudkan panel antarabangsa bagi menyiasat insiden kehilangan MH370.
* 30 Mac (Hari 23) - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh Kapal HMAS Success dan Haixun 01 telah diperiksa dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
* 31 Mac (Hari 24) - Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".
* 1 April (Hari 25) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur, yang tidak menunjukkan terdapat sebarang keganjilan.
* 2 April (Hari 26) - Polis mendapati kesemua penumpang pesawat yang hilang "bersih" daripada elemen rampasan, sabotaj dan masalah psikologi serta peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
* 3 April (Hari 27) - Najib berkunjung ke Australia bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatan beliau dan mereka yang terbabit dalam operasi mencari bangkai pesawat itu.
* 4 April (Hari 28) - Pencarian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan operasi dalam air di selatan Lautan Hindi bagi mengesan pinger kotak hitam pesawat MH370.
* 5 April (Hari 29) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bebas terdiri daripada kumpulan layak terbang, kumpulan operasi dan kumpulan perubatan serta faktor manusia, bagi menyiasat kehilangan Penerbangan MH370.
- Kerajaan Malaysia mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri bagi memperkemas dan memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan dua isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
* 6 April (Hari 30) - Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan Haixun 01.
* 7 April (Hari 31) - Ocean Sheild mengesan dua isyarat detik dengan yang pertama selama dua jam 20 minit dan yang kedua, 13 minit.
* 8 April (Hari 32) - Pencarian dipergiat susulan petunjuk baharu.
* 9 April (Hari 33) - Pakar Amerika dan Australia mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi adalah daripada sejenis alat buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi dari laut berikutan frekuensinya.
* 10 April (Hari 34) - Sebuah pesawat Australia mengesan satu isyarat berpotensi ketika mengendali pencarian akustik bagi pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.
* 11 April (Hari 35) - Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan bahawa isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion milik Australia semalam di kawasan pencarian selatan Lautan Hindi tidak mempunyai kaitan dengan alat pengesan mata arah bawah air sebuah pesawat.
* 12 April (Hari 36) - Ocean Shield meneruskan pencarian di dasar laut menggunakan alat pengesan pinger bagi mengesan isyarat lanjut yang mempunyai kaitan dengan kotak hitam pesawat.
* 13 April (Hari 37) - Ocean Sheild mengesan tompokan minyak di selatan Lautan Hindi.
* 14 April (Hari 38) - Kenderaan dalam air autonomous (AUV) Bluefin-21 digunakan dalam operasi pencarian pesawat MH370.
* 15 April (Hari 39) - Data yang dikumpul selama kira-kira enam jam oleh Bluefin-21 diambil dan dianalisis.
* 16 April (Hari 40) - Tiada objek yang mempunyai kepentingan ditemui daripada data yang dikumpul Bluefin-21 dalam misi pertamanya pada 14 April bagi membantu mengesan bangkai pesawat MH370, kata JACC.
* 17 April (Hari 41) - Tompokan minyak yang dikesan Ocean Shield didapati bukan cecair hidrolik atau enjin pesawat, kata JACC.
* 18 April (Hari 42) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 19 April (Hari 43) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 20 April (Hari 44) - Tiada objek yang mempunyai kaitan ditemui, kata JACC
* 21 April (Hari 45) - Pencarian secara visual disambung dengan pesawat serta kapal digerakkan semula ke selatan Lautan Hindi manakala Bluefin-21 meneruskan misinya.
* 22 April (Hari 46) - Pencarian udara diteruskan meskipun Taufan Tropika Jack melanda selatan Lautan Hindi.
* 23 April (Hari 47) - Bahan yang tidak dikenali dijumpai di pantai kira-kira 10 kilometer di timur Augusta, 322 kilometer di selatan Perth.
- Pencarian udara ditangguh berikutan cuaca buruk.
* 24 April (Hari 48) - Bahan yang ditemui di Augusta disahkan bukan daripada bangkai pesawat MH370.
* 25 April (Hari 49) - Pencarian udara dan dalam air diteruskan.
* 26 April (Hari 50) - Bluefin-21 berdepan masalah teknikal
* 27 April (Hari 51) - Tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.
* 28 April (Hari 52) - Operasi pencarian bawah air memasuki fasa baharu dengan tumpuan kepada kawasan di dasar laut diperluas.
* 29 April (Hari 53) - Terdapat dakwaan bangkai pesawat MH370 mungkin ditemui di Teluk Benggala, Bangladesh.
* 30 April (Hari 54) - Hishammuddin mengumumkan laporan awal berhubung kehilangan Penerbangan MH370 akan dikeluarkan esok.
* 1 Mei (Hari 55) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal berhubung kehilangan Penerbangan MH370 termasuk senarai kargonya dan rakaman audio antara kokpit pesawat itu dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur.
* 2 Mei (Hari 56) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia, China dan Australia akan mengadakan mesyuarat tiga hala di Canberra pada 5 Mei.
- MAS mengumumkan syarikat penerbangan itu akan memulakan proses pembayaran pampasan pendahuluan kepada anggota keluarga penumpang yang menaiki Penerbangan MH370.
- JACC mengesahkan tiada apa-apa yang ditemui di Teluk Benggala.
* 3 Mei (Hari 57) - Tiada perkembangan baharu.
* 4 Mei (Hari 58) - Tiada perkembangan baharu.
* 5 Mei (Hari 59) - Pencarian memasuki fasa baharu dengan operasi dipergiat di dasar selatan Lautan Hindi.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 10 November 2013

Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank Subang Jaya diberkas di Kota Tinggi


Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank Subang Jaya diberkas di Kota Tinggi. Alhamdulillah. Tertangkap juga akhirnya

AmBank Murder-Robbery: Rogue Guard Nabbed In JB

KUALA LUMPUR, Nov 10 (Bernama) -- Police have arrested the rogue guard who shot dead an AmBank officer when robbing the bank he was supposed to be guarding in Subang Jaya last month. The suspect was caught in Johor Baharu early today. Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar congratulated the special Ops Cantas team that tracked him down and also thanked Malaysians who assisted the police in the task. "Congratulations to the Bukit Aman (Federal Police) Ops Cantas team which nabbed the cold-blooded murderer and robber in JB this morning. Thank you Malaysians who assisted PDRM (Royal Malaysia Police)," he said in his official Twitter site Sunday. Meanwhile, Bukit Aman CID director Datuk Hadi Ho Abdullah said based on information received, a special Ops Cantas team from Bukit Aman arrested the suspect at about 7am in Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor Baharu. "Police believe with the arrest of the suspect, the case has been solved," he said in a statement to Bernama Sunday. On Oct 23, operations manager Norazita Abu Talib was shot dead by the bank's security guard with a pump gun when she and a colleague were opening a safe in the bank at Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya. The suspect escaped with RM450,000 on a motor-cycle. Meanwhile, the victim's husband Irwan Kamaruddin, 37, when contacted by Bernama, said he hoped the suspect would be brought to justice. "I thank the police for leaving no stone unturned in trcking down the suspect," he said. Asked how he was coping with his loss, Irwan said the family life had returned to some semblance of normality but the home was quiet and there was loneliness without his wife around. -- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 28 April 2013

Portal Pilihanraya Umum Ke 13

Portal Pilihanraya Umum Ke 13 dah makin banyak. Pepandai la kita pilih ya. Kat sini saya senaraikan yang rasmi sampai la yang glamer. 3 ja pun. Yang last tu nak tengok boleh, tak tengok pun takpe.

:: Dashboard PRU13 ::
Dibina dan diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)


Selasa, 8 Mei 2012

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka

Alhamdulillah.. Dapat lagi kan. Cuma... Kena la pandai manage duit terpijak tu. Dah banyak pengalaman lepas. Kalau masih tak beringat jugak, tak tau la nak jadi apa kan. Money management tu yang kita orang melayu kurang. Tetambah zaman sekarang ni. Setakat RM50 tu sekali turun pasar malam pun boleh habis.


Picas shared from themalaysianinsider.com

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka 
JERANTUT, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.
Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.
Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari Selasa.
"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.
Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.
"Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi".
Najib berkata setiap peneroka akan menerima `blue form' untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan.
Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.
"Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini," katanya.
Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.
"Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM," katanya sambil berseloroh.
Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia.
-- BERNAMA


Posted via Blogger PC edisen