mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Januari 2012

Movie Review - Papa I Love You [2011]



Memang terbaeekkk!!!! Cerita ni ada kelainan berbanding cerita cerita melayu lain. Memang best. Jalan cerita simple. Kisah pengorbanan dan kasih sayang dua bapa sebenarnya.

Baha, mulanya memang pemalas dan tak bertanggungjawab, mula berubah lepas kematian isteri dia. Dia buat apa saja untuk anaknya mya.

Datuk tak ingat nama pulak ada krisis dengan anak dia lisa, dan sentiasa cuba nak mendekatkan diri semula ngan lisa.

Pertemuan baha ngan lisa yang kemudiannya bertambah erat menyebabkan datuk tadi menggunakan baha dalam usaha dia nak berbaik semula dengan lisa, tapi tindakannya membeli baha tidak disenangi both baha dan lisa.

Tindakan baha seterusnya menyedarkan datuk tadi dan akhirnya dia insaf dan kesemuanya live happily ever after. Kekeke.

Apapun memang cerita ni lain dari yang lain. Aku kasi 4 bintang. Terbaeekkk!!!!



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
Galaxy Tab

Isnin, 16 Januari 2012

Movie Review : Real Steel (2011)



Semalam baru sempat layan real steel bersi bluray. Perrgghhh.. Tak sempat review lagi aku dah kasi citer ni five star beb. Memang terbaeekkk!!!!

Citer pasal carlie kenton, ex boxer yang join pertandingan robot boxing. Robot dia sentiasa kalah. Satu ketika dia diminta untuk jaga balik anak dia dengan ganjaran 50k. Dia terus ambik keputusan jaga sebab dia nak duit tu. Pastu beli robot baru untuk fight lagi.

Cam biasa dia kalah teruk dan malam tu dia bawak anak dia ke tempat sampah (?!?) untuk cari spare part untuk buat robot baru balik. Anak dia jatuh dari cerun tinggi dan tersandung pada satu robot.

Anak dia amik keputusan nak amik robot sparring tu dan jadikan robot rasmi dia. Robot yang diberi nama Atom ni kemudian di train oleh charlie sendiri atas desakan anaknya.

Dengan ciri shadow pada robot tu dan digabung ngan ciri ciri hebat dari robot charlie yang dah hancur, Atom terus meniti kejayaan demi kejayaan.

Ending dia memang terbaeekkk dimana Atom diketemukan dengan robot terhebat iaitu zeus. Masa bertempur satu demi satu ciri dia rosak sehingga round terakhir, charlie terpaksa guna ciri shadow untuk teruskan perjuangan. Memang terbaeekkk!!!!

Masa tengok perlawanan akhir tu memang teruja, lebih teruja dari masa tengok citer ip man 2. Seriously. Memang patut anak dan awek dia menitis air mata nengok semangat charlie masa round 5 tu...



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
Galaxy Tab

Sabtu, 31 Disember 2011

PMR 2011 Result : Ranking MRSM

Klik untuk gambar yang lebih besar
Habis segala logo beseri kuaq tu
Dah kuarkan SBP mesti la nengokkan ranking mrsm pmr 2011 pulak. Mrsm aku ranking nombor 11 untuk tahun 2011. Lam kurungan tu GPS dia. Kira orait gak la. Cam biasa mrsm mama sentiasa kat bawah. Sorry to say la. Tapi dari segi gps still hebat gak kan..

1 MRSM GEMENCHEH (1.0204)
2 MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)
3 MRSM KUALA KUBU BHARU (1.0238)
4 MRSM PEKAN (1.0248)
5 MRSM PASIR SALAK (1.0313)
6 MRSM LENGGONG (1.0341)
7 MRSM TERENDAK (1.0380)
8 MRSM GERIK (1.0385)
9 MRSM SERTING (1.0408)
10 MRSM KUALA KLAWANG (1.0414)
11 MRSM KUALA TERENGGANU (1.0420)
12 MRSM MUADZAM SHAH (1.0461)
13 MRSM BESERI (1.0479)
14 MRSM TRANSKRIAN (1.0479)
15 MRSM KUBANG PASU (1.0489)
16 MRSM BATU PAHAT (1.0490)
17 MRSM BALIK PULAU (1.0494)
18 MRSM LANGKAWI (1.0508)
19 MRSM PENDANG (1.0511)
20 MRSM PDRM KULIM (1.0533)
21 MRSM PONTIAN (1.0534)
22 MRSM MERSING (1.0626)
23 MRSM KEPALA BATAS (1.0631)
24 MRSM KOTA KINABALU (1.0658)
25 MRSM KUANTAN (1.0661)
26 MRSM KUALA BERANG (1.0691)
27 MRSM FELDA (1.0708)
28 MRSM PENGKALAN HULU (1.0748)
29 MRSM ALOR GAJAH (1.0748)
30 MRSM KUALA LIPIS (1.0748)
31 MRSM KUALA KRAI (1.0774)
32 MRSM MERBOK (1.0811)
33 MRSM KUCHING (1.0817)
34 MRSM KOTA PUTRA (1.0833)
35 MRSM BESUT (1.1066)
36 MRSM JELI (1.1174)
37 MRSM TAWAU (1.1252)
38 MRSM BETONG (1.1263)
39 MRSM MUAR (1.1563)


Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 7 Disember 2011

Dah menurun



King of fighter 2011. Dah menular la pulak.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Sabtu, 19 November 2011

Final jugak akhirnya

Alhamdulillah. Masuk gak final. Walau game langsung tak berseri, gol pun bagi aku lebih pada nasib ja; yang penting dapat gak ke final.

Ntah sapa la yang bakal kita jumpa. Kalau masih main cenggini.. Memang jadi lauk la final nanti. Apa pun perak dah lam tangan...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 13 November 2011

Selamat menghadapi SPM

Pada semua calon spm 2011.

Do your best!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 7 November 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selesai sudah... Masa untuk melapah...

ps: gambar aku tu semua yang long shot jer... Yang dedekat tu ucu punya gambo...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 21 Ogos 2011

Kuih tunjuk Aidilfitri 2011

Semalam, pakat kuar gi cari kuih raya. Sekadar tunjuk tunjuk aje la ini tahun. Tunjuk tunjuk pun, kena la memilih. Tak nak la pulak beli 5 jenis, tapi rasa 1 jenis ajer kan. Tu pasal kuar sebelah malam. Sebab nak rasa sebelum beli. Target, larkin. Dapat la 5 rm 100. Kalau kat angsana, minggu lepas tanya 4 rm100. Pergghhh... Beli ala ala ada ajer la... Yang paling suka, adik inaz. Dari memula sampai, sampai balik, kerjanya mengunyah kuih ja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, 14 Mei 2011

Alhamdulillah

Klik untuk gambar yang lebih besar
Bergambar bersama Galaxy Tab yang digunakan semasa pelancaran ituhari...
Selesai jugak akhirnya acara terbesar untuk Unit ICT tahun ni. Karnival ICT + Pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan. Jadi gilang gemilang disebabkan ianya dirasmikan oleh TMJ sendiri.

Penat memang penat la. Habis ja majlis, tersandar lega kat kerusi tu. Tapi kelmarin dan semalam; aku dah mula sibuk balik. Data EMiS banyak lagi nak kena betulkan. 16 Mei ni kewangan dah nak tarik data tu. Bahaya kalau salah ni. Hmm... tak abis abis ngan sibuk aku ni.

Klik sini untuk lihat foto karnival ict
Klik sini untuk lihat foto Semarak Mahkota Pendidikan

ps : aku memang tak snap walau sekepin pun picas picas ni.. aku kutip dari sesapa ja yang lalu sebelah aku. TQ pada yang sudi kasi kat aku tu. Dari 1000++ aku dah pilih <200 untuk dimasukkan lam FB PPDJB.
Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 9 April 2011

Dominasi MU di malam Hari Keluarga PPDJB

Klik untuk gambar yang lebih besar
Habis semua tempat dipenuhi jejaka jejaka tampan bert-shirt MU..
Semalam, sebelah malamnya; satu jamuan + hari keluarga untuk PPDJB telah dijalankan bertempat di, PPDJB sendiri. Makanan melimpah ruah, semelimpah team MU yang turut sesat di majlis malam tu. Aku pun dengan sendiri terjebak juga dalam team ni. Nak wat cemano, belasah ajer la.

Makanan memang la banyak sangat, dari derian, kacang pol, mee rebus, ayam, sate, jagung yang semua dibakar enak. Kembung perut aku sampai ke tengahari tadi. Erkkk.. Alhamdulillah.. Hehehehe.. Malam tu juga turut diraikan staf yang sudah bersara dan mantan PPDJB yang sekarang dikenali sebagai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Murid, Bahagian Sekolah Harian KPM. Jeles nengok hadiah diaorang yang tahap gaban tu.. Majlis habis lebih kurang jam 10 malam. apa pun.. baju mu jugak yang mendominasi majlis tu.. yang penting AON tuh.. hahaha..

Browse ke bawah untuk 12 picas lagi ATAU
Klik sini untuk keseluruhan picas malam tu



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
wauuu.. memang abis meratah jer la malam nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
tuan timb pengarah dah tiba

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
bersama ketua ketua unit

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
sebahagian yang hadir

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
pembuka acara

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
yes encik vijay, satu lagu aaa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
team MU ni ada di mana mana hatta diceruk dapur sekali pun

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
siap kiss kiss yang tak tahan ni

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
ucapan timb pengarah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
penyampaian cenderahati kepada yang dah bersara

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
yang baru bersara lagi besar tu hadiah nya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
juga pada timb pengarah kita


Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 19 Mac 2011

Movie Review - I Am Number Four (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Entah la ekk.. tapi aku rasa sangat bosan.. 3 bintang
Kisah pasal John Smith, sorang budak(??!) yang asyik berpindah randah setiap kali dia dapat scar atau dia alami kejadian pelik. Ye lah.. dia alien yang apa kebender ntah misi dia kat dunia ni. Sebelum dia dah tiga orang alien yang sekaum dengan dia yang dah dibunuh oleh sekumpulan alien yang lain yang giler nyer brutal..

Bila dia sampai satu bandar kecil yang baru, dia memberontak nak bersosial pasal dah bosan asyik terperuk ja kata dia. Ada power pun tak leh guna. Kat sini dia bercinta ngan Sarah dan dia mula discover kehebatan diri dia. So, bila dia punya rahsia dah mula terbongkar, Henri penjaga dia mula ajak dia lari gi tempat lain lagi. Tapi geng alien brutal dah sampai dan mula la pergaduhan giler terhebat pun jadi.. Kat sini mula la tereveal segala penjaga dia dan number 6 pun mula la menonjolkan diri dia di samping chimera, anjing alien penjaga dia..

Last kali dia pun menang la, dah nama pun hero kan. Dan dia pun tinggalkan bandar tu bersama number 6 dan sam, yang bapak dia pun pernah menolong bangsa si john smith nih.. Entah apa misi dia pun aku tak paham.. Maybe pasal aku rasa super duper bosan nengokkan citer nih kot.. Ambik 3 bintang cukup lah..

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 18 Mac 2011

Movie Review - Kembar Siang (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
A bit lame and straight forward.. 2 bintang setengah
Cerita yang boleh dilayan cenggitu gitu.. Bukan saja straight forward, tapi mmang straight abis.. Nak kata ada climaks, haramm.. Cerita pasal awal ngan awi, kembar yang sorang tak berapa normal, awi la tu. Si awal ni bercinta ngan ani, tapi tak nak kawin lagi pasal ingat pesan bapak dia hj sabran supaya jaga adik dia.

Dia offer awek dia kahwin ngan adik dia sendiri, tapi kalau awek gila ja kot yang nak buat cenggitu kalau tak bersebab ye tak. Masa krisis gaduh tu tetiba dia jumpa ani versi bertudung la pulak. Sekali check rupanya si ani ni pun kisahnya ada kembar jugak, ana yang terpisah sejak kecik.

N lastly.. kawin la dedua kembar ni. Abishh.. kan straight forward abis tu.. Setakat anak aku nengok ok ler.. Aku kasik 2 bintang setengah.. Tengok la kalau dah tak dak cerita dah yang nak dilayan.. huhuhu

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 13 Mac 2011

Movie Review - Sini Ada Hantu (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ada kelainan, 4 bintang
Cerita pasal Ah Meng dan Bakri yang kena hantar mayat datuk bos diaorang untuk dikebumikan keesokan paginya. Sepanjang perjalanan, diaorang dok cerita pasal hantu hantu yang pernah diaorang tau.

Memula si Bakri cerita pasal Hantu pokok pisang yang terjadi dekat sedara dia, sepupu ke apa tak ingat dah aku. Dan last sekali sepupu dia tadi mati kering dek penangan hantu tadi tu. Pastu Ah Meng pulak bukak cerita pasal Hantu nombor ekor.. Haaa.. yang ni ngeri sikit berbanding tadi tu. Kisah 4 orang sahabat yang dah terdesak gi menurun. Last sekali semua pakat mati, walau sempat dapat nombor, tapi tak sempat jugak dibeli nombor tu. And lastly si bakri agaknya, cerita pasal hantu asrama, hantu jepun.

Pastu van rosak jap and sibuk sibuk si bakri tak percaya kat ah meng, and what so ever.. tetiba mayat datuk bos dia bangun dan bawak lari van tu. Tang ni ja pun yang kelakar.. Yang lain serius ngeri and bukan 'U' punya cerita la..

Apa pun aku kasik 4 bintang. Memang ok la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 27 Februari 2011

Movie Review - Khurafat (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Aku kasi 4 bintang untuk ini filem
Serita pasal Johan dan Aisyah yang baru berkahwin yang sering diganggu benda halus selepas diaorang pulang semula dari kampung si Johan ni. Malam sebelum kejadian tu si Johan ni ikut pak imam gi tolong Pak Aziz yang kena rasuk. Pak Imam tunjukkan sesuatu yang ditanam kat bawah rumah pak aziz ni pada si johan. Malam tu jugak mula la adegan diaorang kena kacau aje.

Bila balik ke bandar si johan ni masih diburu oleh anna, bekas awek dia yang memang dah desperate lepas johan kahwin ngan aisyah. Pelik jugak kan. Makin lama makin teruk. Pastu ngan timbulnya makcik rosnah ke apa nama dia tu, makin misteri jadinya filem nih.. Sapa yang dok kacau si johan ni sebenarnya.

Sampai la si anna mati bunuh diri. Johan hantar jenazah anna pulang ke kampung dan diaorang eksiden. Lebih banyak gangguan yang johan terima dan masa ni la baru tahu, rupanya yang jahat ni memang si johan sebenarnya. Dia dah pakai minyak dagu untuk dapat si anna tu. Pastu dia dah langgar syarat yang mana dia tak boleh lepaskan si anna, kalau tak memang la dia terima padah. Filem ni diakhiri dengan kematian si johan..

OK.. For me, not so bad la. Cuma elemen seram tu memang takde sangat sebenarnya. Yang banyak sebenarnya elemen kejutan. Memang terkejut tahap dewa tu. Tapi yang pelik aku lebih kepada ketawa.. maybe elemen kak limah lebih power hingga aku anggap semua kejutan tu macam lawak pun ada. Tetambah yang masa si aisyah masuk kereta dia tu.. Memang lucu tahap dewa tu..

Apa pun aku kasi cerita ni 4 bintang la.. Gud Job.

Enjoice...Sharing is power!!!

Movie review - Haq (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Emmm.. susah jugak nak kasi.. overall 3 setengah ja kot
Filem Haq ni memang ada kelainan. Kisah si Haq yang ada power luar biasa sama macam bapak dia. Dari kecik dia rapat dengan sedara dia Bad, walau selalu kena buli; sampai la bapak si bad mati. Masa tu si bad ni dah berubah jadi jahat.

Pas kena lempang ngan mak dia, si bad ni lari dari rumah dan terus tak balik lagi. Si bad ni jadi taiko abis la. Jahat tahap setan tu. Dan setiap hari keinginan dia untuk bunuh ha ni makin menjadi-jadi. Dia tau si haq ni lagi terer dari dia, so dia bunuh orang yang rapat ngan haq dulu iaitu bapak si haq. Sorang demi sorang dia kejar sampai la dia yakin dia dah leh bunuh haq. Tapi nak buat camner, haq kan hero. Last kali dia bunuh si bad walau bapak dia suruh dia selamatkan si bad ni.

OK. Bagi aku cerita ni memang agak ok, ada pembaharuan untuk filem-filem melayu. Cuma faktor x tu semacam tarak. Jalan cerita just ok. Rasa cam.. kalau la ada filem pendekar laut kan.. tapi jauh lagi la nak sampai tahap gitu. Originaliti tu memang ada. Dari segi cgi, nampak ok tapi still lot more effort kena taruk. Nampak kaku sikit.

Dari segi skor muzik semua aku anggap a total failure. Rugi betul aku pasang speaker 10000w aku kekuat. tak sampai la beb. Ada certain-certain part.. sunyi sepi terus pun ada, yang dengar suara pelakon ja. potong beb. bgm pun macam tak membantu beri impak yang tepat.

Banyak persoalan bermain kat kepala semasa dan selepas menonton. Alia ni sapa lam keluarga diaorang. Pening aku mikir. Yang tau haq anggap dia adik. Tapi dia panggil bapak haq tuan aji dan mak bad mak lang. So, who are you. Kedua, camner si bad pun boleh ada super power nih. Masa kecik dia ada mintak bapak haq ajar dia, tapi bapak haq kata ni pemberian Allah. Turun ke Haq ja. Mushkil. Cukup la dua aku taruk. Overall aku kasi 3 bintang setengah. Boleh la. Hope.. cerita ni jadi pembuka untuk cerita cerita yang lebih super power..

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 23 Februari 2011

Movie Review - The Mechanic (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Jalan cerita just nice, 4 bintang ja
Cerita pasal Arthur, sorang Mechanic; bukan pomen keter, tapi pembunuh upahan yang kena pandai manipulasi keadaan supaya nampak macam kematian orang yang dibunuh nampak macam kemalangan biasa. So, kisah bermula bila dia kena bunuh salah sorang bos dia sendiri, McKenna. Lepas bunuh, anak McKenna ni; Henry pun balik dan tak puas hati. Dia mula mengamuk cari pencuri kereta, pasal si Arthur ni buat macam pencuri kereta yang bunuh si McKenna nih. Last last dia train si henry ni menjadi mechanic cam diri dia jugak.

So, diaorang pun mula la menjalankan kerja kerja ganas diaorang nih, nampak si henry ni memang ganas dan banyak mereveal diri dia; beza ngan arthur. So, pengurusan dan mula kejar dua orang ni pulak. Diaorang berdua jadi sasaran kali ni. So, diaorang fight back and lepas semua selesai dan masa diaorang berkemas nak mengasingkan diri; si henry jumpa bukti yang paling kukuh siapa pembunuh bapak dia. So, dia rancang nak bunuh si arthur nih.

So, masa isi minyak dia dah letupkan si arthur. Dan ending dia memang sangat tidak disangka sangka. Si henry mati jugak; di tangan arthur. Hero mana leh mati beb.. Sesia jadi mechanic terunggul kan.. Apapun aku tak suka sangat tengok jason statham lam cerita ni pasal dia asyik bawak bot ja. Aku suka nengok dia bawak keter.. apapun aku bagi 4 bintang.

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 22 Februari 2011

Sekali Photomerge, makin berantu

Klik untuk gambar yang lebih besar
Kat sini pun jadi
Apa yang best sebenarnya tentang photomerge nih? Bagi aku jadi satu kepuasan bila kita dapat nengok full tempat kejadian tu. Kalau kat google earth pun dah banyak yang dah dinamakan 360.. tu la dia.. Panorama penuh tempat tuh..

Kebetulan la pulak kena amik panorama SMT JB.. apalagii.. abis abisan la aku.. Yang gambo atas nih aku pakai 9 kepin picas.. Makin lama makin banyak.. Kalau scroll lagi makin bertambah bilangan picas yang aku pakai. Teknik photomerge ni memerlukan kita ambik gambar yang banyak. Setiap gambar tu, kalau ikut aku mesti sekurang kurangnya pakai 50% kawasan pertindihan. Baru cung beb.. Dan PS pun senang nak gabungkan. Try it, and you'll hooked.>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pintu depan.. rilek lu beb

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kat sini dah nak mula dah ni

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Seken picas.. dekat 12 keping aku gabung

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni memang bebetul 360.. muncung keter biru ada kat hujung sana.. 24 picas altogether..


Enjoice...Sharing is power!!!