Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cat rumah

Rumahku di Pulai Perdana

Imej
Lama jugak aku tak singgah kat rumah aku di Pulai Perdana ni. Ada dah dekat setahun gamaknya. Sebenarnya sesambil lalu saja la nak singgah pasang bidai kat belakang nu ha. Pasal belakang rumah aku terdedah sikit. Just ada grill jer.. Dah meninggi serai yang ditanam dulu tu. Tak terurus.. apa taknya.. dah setahun baru gi balik.. Kunci rumah toksah citer aaa.. Tu pasal aku beli wd40 sebelum masuk rumah tadi. Hampir semua kunci aku sembur dulu. Yang kat pagar toksah citer. Dah berkarat. Bila la aku nak menetap kat sini aku pun tak tahu lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Mari menjahit langsir

Imej
Banyak gak yang tanya, apasal cepat sangat mengecat rumah? Ni tambah satu lagi. Meh kita jahir langsir raya la pulak. Mama dari pagi sibuk dok menjahit langsir. Mana leh jadi kan. Asik dok ngecat dinding jer. Langsir pun kena la jugak jalan kan. Kenapa cepat sangat kitaorang buat preparation raya ni. Sapa leh jawab. Cepat, cepat... Jawapan simple jer.. Sebab sekarang ni cuti sekolah la. Pas ni mana ada masa dah nak wat preparation. Kalau boleh pun lepas balik sekolah jer ler kan. Tengok bahagian sisi ni dah siap dah. Tinggal nak tarik masking tape jer. Kengkonon semua blok angin tu nak cat putih. Last-last, dalam jer warna putih. OK gak kan. Adik sibuk gak ngan Iqa. Ke hulu ke hilir. Tapi yang diaorang buat adalah, selain dok memantau progress; mereka juga berjaya menambahkan kerja-kerja pembersihan selepas itu. Betul tak dik? ps : Bila masa aku nak baca untuk PTK esok ni, LOL? Foto Montaj