mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2013

Banjir melanda Johor, Terengganu dan Pahang

Banjir melanda Johor, Terengganu dan Pahang. Sejak petang semalam hujan lebat sungguh kat JB. Risau tul. Kebetulan ada urusan di Skudai. Air bertakung toksah cerita la kan.
Pagi ni, masih lagi hujan. Dengar berita dah tiga negeri kena. Johor aje dah 5 ribu mangsa dengan Mersing paling terjejas teruk. Harap semua berhati-hati dan berjaga-jaga lam keadaan sekarang ni.


Sent via Samsung Mobile

Ahad, 3 November 2013

Piala Malaysia 2013 Siaran Langsung Kelantan vs Pahang Live Streaming



Piala Malaysia 2013 Siaran Langsung Kelantan vs Pahang Live Streaming

Tarikh : 3 November 2013
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam

Penyiar Rasmi : TV1, Astro Maya, Astro Arena, Live Streaming

This is Pantai Timur!

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 29 Mei 2013

Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan



Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan malam ini ekoran masalah lebihan penonton di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan ini tertangguh lebih sejam, dan apabila abam kucen ini masuk ke padang untuk.... ehem ehem.. habis punah perlawanan. Terus ditangguhkan. Ish ish ish.. Awat la abam kucen ni leh masuk padang la pulak. Kacau bilau jadinya.

Ahad, 21 April 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG
PILIHAN RAYA UMUM KE13 
SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

Berikut merupakan calon untuk Parlimen dan DUN negeri Pahang bagi PRU13 ini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini bersama dengan senarai terkini dari Bernama.com. Untuk mengetahui pengumuman dan keputusan terkini, sentiasa bersama Dashboard PRU13 dari SPR.

Parlimen : 14
Dewan Undangan Negeri : 42


Sabtu, 9 Jun 2012

Cameron Highland Breakaway

Adik inaz yang dah lembik dah tu...
Ya... Setelah adik inaz dan ziqri muntah teruk sampai tertidur, akhirnya kami dapat jugak menjejakkan kaki ke bumi Cameron Highland. Kami naik ikut simpang pulai. Walau jalan dia landai tapiii... muntah tetap muntah.. Yihaaa... Adik tobat tak nak naik Cameron dah... katanya la... So, aku berenti dulu kat Ladang strawberi nih... Pegang-pegang kata orang. Yang bestnya.. adik inaz tak nak naik keter dah.. Takut muntah katanya.

Perjalanan diteruskan ke Kea Farm. Kat sini la kami makan tengahari. Apa aja yang ada. Burger pun berger la. Janji rock... Pastu pakat tibai strawberi cekelat la pulak. Dah setel makan baru sopping beso...

And target last sebelum turun, tak lain tak bukan adalah ladang teh. Syok wooo... Baru aku tau Bharat Tea ada 3 tempat berenti rupanya. Tak kisah la.. Janji dapat jalan cameron.. walau sehala. Masa turun ikut tapah, sempat gi beli petai dari gerai pacak orang asli. RM15 untuk semua nih.. Tak tau la aku mahal ker murah. Aku bukannya pemakan petai. Cuma tolong belikan ajer...

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!



Ada ka dok main duri kaktus
Melantak strawberi cekelat
Jalan nak ke Kea Farm yang jem tahap gaban
Iqa tak puas hati... cenggini jer buah strawberi...
Melantak strawberi cekelat lagiBerapa gaji dapat nih?
Sesi mengepau sedang berjalanPosing tengah ladang
Lagi aksi posing
dan lagi
Sempat mengetam daun tehNi ler petai RM15 tuh

Babai for now Cameron Highland


Isnin, 10 Januari 2011

Hari Hol Johor

Klik untuk gambar yang lebih besar
Esok, satu Johor akan bercuti sempena Hari Hol atau Hari Memperingati Kemangkatan Sultan Johor. Hari Hol hanya disambut oleh dua negeri setakat ini, iaitu Negeri Johor dan Pahang. Bermula tahun ini hari Hol telah dipinda ke 11 Januari daripada asalnya 19 Jun manakala Hari Keputeraan telah dipinda ke 22 November daripada asalnya 8 April.

Enjoice...Sharing is power!!!