Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerajaan Nafi Kakitangan Kontrak Akan Ditamatkan Perkhidmatan Disember Ini

Kerajaan Nafi Kakitangan Kontrak Akan Ditamatkan Perkhidmatan Disember Ini

Imej
Kerajaan Nafi Kakitangan Kontrak Akan Ditamatkan Perkhidmatan Disember Ini - KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa (Gambar fail Bernama)KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini. Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini. "Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Sebuah portal hari ini melaporkan bahawa kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember ini. Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin. -- BERNAMA