Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peperiksaan

Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian

Imej
Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian sahaja bermula pada 15 hingga 30 April 2019. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC. Membuat permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 12/04/2019 sehingga 30/04/2019. Permohonan pendaftaran lewat SPM akan dikenakan Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30.00 sahaja. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:- 1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran 2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan 3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan 4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang dis

Rutin

Imej
Rutin. Dah mula dah. Banner untuk form 5 yang bakal amik SPM katanya.

Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017

Imej
Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017 boleh dimuaturun di url berikut :  http://lp.moe.gov.my/images/bahan/suratsiaran/2017/Takwim/TAKWIM%20PEPERIKSAAN%202017.pdf Bil Peperiksaan Tarikh 1 Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU) Ujian Lisan Ujian Bertulis 6 Jun – 1 Julai 6 – 8 Jun 2 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 11 – 14 dan 18 September 3 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ujian Instrumen Pelbagai – Sejarah Ujian Instrumen Pelbagai – Geografi Ujian Bertutur – BM, BI & BA(KBD) Ujian Mendengar i.                      Bahasa Melayu ii.                    Bahasa Inggeris iii.                  Bahasa Arab (KBD) Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) – Ujian Tilawah & Ujian Hafazan Ujian Bertulis 2 – 26 Mei 9 – 31 Julai 2 – 30 April 22 Ogos 23 Ogos 24 Ogos 10 – 22 September 9 – 12 Oktober 4

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

Imej
PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016 KENYATAAN MEDIA    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi. Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di

PEPERIKSAAN UNIVERSITY OF LONDON SEPTEMBER/OKTOBER 2015

Imej
PEPERIKSAAN UNIVERSITY OF LONDON SEPTEMBER/OKTOBER 2015 It is hereby notified that in collaboration with the University of London, the Examinations Syndicate will be conducting 2015 September/October University of London examinations in Malaysia. Candidates are advised to carefully read and adhere to the 2015 examination entry procedures as stipulated below. The Examinations Syndicate will only accept and process applications which comply with the examination entry procedures. Details :  http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004143.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) TAHUN 2015

Imej
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) TAHUN 2015 Peperiksaan bertulis SPM (Ulangan) 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015 . Seramai 14,053 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM (Ulangan) pada tahun ini. Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuaturun di url http://www.moe.gov.my/lp Baca artikel penuh di sini

Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 secara SMS

Imej
Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 secara SMS boleh dilakukan bermula 10.00 pagi, 19 Disember 2013 hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013. Anda perlu menaip mengikut format berikut : PMR<jarak>No KP<jarak>Angka Giliran dan SMS ke nombor 15888

PMR 2010

Imej
Tarikh : 11 Oktober 2010 Masa : 8.00 pagi Tempat : Merata JB Mood : Gitu gitu Pagi ni kena kuar memantau perjalanan PMR. Aku kena dua sekolah. So far so good. Semoga semua calon dapat keputusan yang memberansangkan. InsyaAllah. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat berjaya dalam UPSR 2010

Imej
Esok dah mula peperiksaan UPSR seluruh negara. Aku dengan ini mengucapkan selamat menjawab, semoga apa yang telah diusahakan selama ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Khusus kepada bekas-bekas student @ SKTTA1, pelajar-pelajar tahun 6 daerah JB dan seluruh negara amnya.. Semoga anda semua akan berjaya dengan cemerlang.. ps : Iqa pun turut dicutikan khas kerana peperiksaan UPSR ni. Nak buat camner.. dah lumrah alam. Tahap 1 sure kena cuti punya.. Iqa ngadu tak best, tak tau nak buat apa pasal teacher jer sorang kasi kerja tambahan.. sian iqa.. Enjoice...Sharing is power!!!

Hari yang hangat!!!

Imej
Hangat sungguh hari ni. Kata member aku yang dok kat perelih pun, suhu kat sana pun ada cecah 40 darjah celcius dah. Pergghhh.. Memang hangat. Aku rasa bdan aku pun dah tak tahan gak la dengan perubahan suhu sekarang ni. Tetambah badan aku pun lum cukup rehat lagi ni. Dari hujung bulan dua tu, aku rasa aku dapat rehat hari maulidur rasul tu jer.. pastu trus direct sampai ke hari ni. Adoohaii.. Penat weii.. Hidung pun dah mula selsema dah ni. Pagi ni pulak aku dapat relief class pepagi. Pastu aku ada kelas jam 9.20. Malas aku nak naik pusat akses.. Rugi tenaga aku yang dah memang kurang dah ni jer naik. Setakat setengah jam tu nak naik tingkat paling atas pastu turun balik ke bawah.. penat weiii.. Panas lak tu. Tu yang aku lepak jap kat bilik pendidikan khas. Sesambil memasukkan markah bebudak lam laptop aku. Pastu dengaq s hazim dok keloi nama aku. Apa kess!!... Hahaha.. ropernyer budak sorang ni dok melaram ngan kasut aku.. Hahaha.. layan jer ler. Tadi dok sibuk mengetest kasut guru

Ayat Iqa yang agak kelakar...

Imej
Masuk jer rumah tadi, tetiba Iqa cakap sesuatu kat aku... Abah.. Iqa risau la.. Tadi cikgu dah kasi kertas periksa. BM, BI semua Iqa dapat 100. Tapi iqa gagal sains.. Hah.. Biar betul..? Betul.. Iqa dapat 90 jer.. Iqa risau ni.. Hah.. Mana lak dia belajar ayat 90 gagal ni. Adoohaiii.. Iqa, iqa. Cam maksu timah dia la pulak. Cakap tak kena la pulak. 90 tu tak gagal la iqa.. Tapi apapun jenuh gak la kena basuh ngan mama dia, pasal dia sibuk nak habis jawab awal la; kes ni dah jadi masa dia kat nuri dulu. Lumba sapa siap dulu. Apa la Iqa ni. Lain kali semak kerja betul-betul. Ini setakat siap awal bukan dapat apa pun. Salah tetap salah kan.. Tapi tak dapat lupa ayat dia yang memula tu, mesti orang yang dapat 80 boleh mereng terus agaknya, kalau la 90 dah dianggap gagal.. Enjoice...Sharing is power!!!