Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DITEMUI SELAMAT

Dua Murid Perempuan Orang Asli SK Pos Tohoi Ditemui Selamat

Imej
Dua Murid Perempuan Orang Asli SK Pos Tohoi Ditemui Selamat Dua murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas, ditemui dalam keadaan lemah di Sungai Emas di sini, Jumaat. Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 12 tengah hari berdekatan kawasan tengkorak satu mayat ditemui petang Khamis. Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 47 hari hilang, dibawa ke pusat operasi di SK Tohoi kira-kira 1 tengah hari untuk diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Mereka adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 hingga 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas. Selain Miksudiar dan Norieen, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu menemui satu mayat kanak-kanak perempuan

Bot Tempur CB204, Tujuh Anak Kapal Ditemui Selamat

Imej
Bot Tempur CB204, Tujuh Anak Kapal Ditemui Selamat. Kapal terputus hubungan selepas menghadapi masalah enjin dan steering gear . Semua anak kapal selamat, tetapi dalam keadaan kelaparan. KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat. Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini. Beliau berkata komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat. "Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter. Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan

NAYATI MOODLIAR DITEMUI SELAMAT

Imej
Picas shared from Berita Harian Nayati Temui Rakan Selepas Dibebaskan Penculik KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bertemu rakan sekolah dan membuat pemeriksaan perubatan adalah antara aktiviti Nayati Shamelin Moodliar dan keluarganya selepas beberapa jam dibebaskan penculik pada Khamis. Biarpun enam hari trauma akibat diculik, Nayati kelihatan sudah mampu tersenyum dalam gambar bersama rakan sekolahnya yang dirakamkan oleh bapanya, Shamelin Moodliar dan disiarkan di laman Twitternya, Sham Moodliar. Gambar Nayati diambil sedang berjalan pulang bersama rakan sekolahnya dari Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara, yang terletak berdekatan rumahnya di Mont Kiara Ten, di sini. Dalam gambar terbarunya, Nayati, bertopi dan memakai t-shirt berwarna hijau sambil berpegangan tangan dengan rakan-rakannya. "Nayati memilih untuk berjalan ke rumah," kata bapanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri His