Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel EKSA JPN Johor

EKSA JPN Johor : Ready for the launching

Imej
EKSA JPN Johor : Ready for the launching. Pagi ni aku duduk bincang pasal ni aje. 31 Mei ni memang kita akan lancarkan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JPNJ. So. Banyak benda kena setel down hari ni. Tetambah pulak. Hari ni aje aku ada pun. Hari perhimpunan pun tadak. Ish ish ish. Terus assign mus ngan khairul untuk followthrough. Aku ni biasanya memang tukang rancang aje. Ada nye macam biasa biasa harus tadak pada hari kejadian. Huhuhu. Nak buat camno kan. Harap semua akan berjalan dengan lancar nanti. All the best team publisiti. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

EKSA JPN Johor : ButtonBadge Saya mengamal EKSA

Imej
EKSA JPN Johor : ButtonBadge Saya mengamal EKSA. Actually kami buat meeting JK Promosi dahulu sebelum aku gi merayap amik buttonbadge yang dah siap ni. Memula nak wefie. Sekali dah mula meeting terus berhantu. Cakap tokleh berenti. Lupa terus bab wefie. Memang menarik perancangan kali ni. Dari pelancaran buttonbadge sampai la ke pertandingan video dan poster. Something yang bagi aku dapat la merancakkan lagi pelaksanaan EKSA disamping meningkatkan lagi mutu promosi kami lepas ni. Selesai meeting terus jumpa pembekal. Dah siap apa yang dipinta. Cuma nak kena buat bunting khas untuk majlis pelancaran sepertimana yang dibincang dalam meeting dan dipersetujui oleh pengarah. Yok! Kami komited!

EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7

Imej
EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7. Selesai sahaja mesyuarat tadi sesi audit anugerah pun bermula bagi 5 zon dengan markah tertinggi bulanan. Alhamdulillah. Zon 7 tersenarai sekali lagi. Ada beberapa perkara yang kurang dan perlu ditambahbaik di zon blok B. Terima kasih pada semua auditor yang hadir.

EKSA JPN Johor : Zon 10 muncul Juara Pertama Piala Pengarah Pendidikan Johor

Imej
EKSA JPN Johor : Zon 10 muncul Juara Pertama Piala Pengarah Pendidikan Johor. Teka teki juara Piala Pengarah Pendidikan Johor akhirnya terjawab. Zon 10 melangkah megah menjadi zon pertama menjulang Piala EKSA ini. Di tempat kedua Zon 7 menyusul diikuti dengan Zon 2 di tempat ketiga. Tahniah pada semua. Kita nantikan keputusan bulan Oktober pula. Kami Komited!

EKSA JPN Johor : Piala Pusingan Pengarah Pendidikan Johor

Imej
EKSA JPN Johor : Piala Pusingan Pengarah Pendidikan Johor. 23 Oktober. Petang tu boleh pulak tak terperasan mesej en jo. Sampai ke kereta masa panaskan enjin baru perasan. Alamak. Kalau tau aku gerak lebih awal. Takpe la. Sampai kat kedai jam 5.30 petang. Lokman dari jauh dah senyum senyum. Jersi apasal tak pakai katanya. Hahaha. Memang marbeles. Piala semua dah siap. So. Aku ada satu hari penuh untuk buat sesi tayang menayang kat lobi. Masa letak pengarah pun kebetulan lalu. Waahhh. Sapa yang menang ni. Rahsia bos. Hehehe. Tunggu masa perhimpunan.

EKSA JPN Johor : Pembentangan Pelaporan Program Gotong Royong Perdana 2017

Imej
EKSA JPN Johor : Pembentangan Pelaporan Program Gotong Royong Perdana 2017. Pagi tadi berkesempatan untuk membentang pelaporan pasal program yang dijalankan pada 5 Oktober yang lepas. Alhamdulillah. Keputusan dan tindakan segera telah dibuat berkaitan 3 isu yang dibangkitkan. Kami Komited! Bangkit Bersama! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

EKSA JPN Johor : Ayuh Team C Zon 7!

Imej
EKSA JPN Johor : Ayuh Team C Zon 7! Dengan ini aku letak nama kuda belang cam lam iklan merdeka tu. Walau kami sikit. Tapi slow slow sampai jaya. Hehehe. Ketua Team adalah en Mustakim. Dia agih sampai 3 tempat kami kena kerjakan. Alhamdulillah. Semua beres. Clear. Cuma bab Sudut EKSA tak sempat nak tampal semula sebab kami nak pakai tac ke apa ntah nama dia tu untuk tampal semula. Aku pakai pun masa praktikal dulu je. Hahaha. Memula kami belasah sudut paling depan. Yang ada poster besar kami tu la. Siap kidnap ustaz azman punya shredder. Telefon minta izin ye. Sapa suruh dia tayang masa aku bagi taklimat hari tu kan. Aku setel lemari tu. Mus ngan Wani setel sental dinding. Tukang shredder besar semestinya aku la. At last. Dapat tiga guni kertas dah shredd. Tu cerita data analisa ja tu. Dari tahun 2010 pun ada tau. Setel bab tu kami belasah makmal komputer dan bilik kebal pulak. Yang ni a bit simple. Cuma banyak tukar tukar lokasi simpan barang bergerak aje. Last sekali baru kami ten

EKSA JPN Johor : Majlis Pelancaran Gotong Royong Perdana

Imej
EKSA JPN Johor : Majlis Pelancaran Gotong Royong Perdana. Pagi tadi bertempat di Surau Al-Ghazali majlis dijalankan bersekali dengan Budaya Al-Quran. Alhamdulillah. Kehadiran not so bad. Semua segak bergaya dengan kemeja-t rasmi EKSA JPN Johor. Ustaz Najib mengetuai majlis tahlil dan doa selamat. Selesai sahaja budaya al-Quran, En. Khairul selaku ketua Biro Perhubungan mula mengambil tempat memulakan acara. En. Maslizam Mohd selaku wakil rasmi Pengarah memulakan ucapan dan merasmikan majlis gotong royong perdana ini. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas daripada En. Sulaiman Basir selaku Ketua Penyelaras JK Latihan EKSA JPN Johor sebelum semua warga bergerak selepas upacara simbolik pelepasan oleh Tn Hj. Yasman Jamsir. All the best to all. Kami Komited! Bangkit Bersama!

EKSA JPN Johor : Kemeja T Rasmi EKSA JPN Johor

Imej
EKSA JPN Johor : Kemeja T Rasmi EKSA JPN Johor. Perghhh. Kami target jam 2 dia sampai. Sekali. Jam 4 daa... Kerja lebih masa sikit la petang ni sambil sibuk memperaga Kemeja T EKSA. Yang penting semua dah setel. Cuma ada beberapa shortage yang dikesan dan kami terus berurusan dengan pembekal. Susah jugak sebab baju ni custom made. Harap semua yang terbaeekkk!!!!

EKSA JPN Johor : Taklimat Gotong Royong Perdana 2017

Imej
EKSA JPN Johor : Taklimat Gotong Royong Perdana 2017. Taklimat mengambil tempat di Bilik Bengkel SPI pada sebelah petangnya pada semua Fasilitator Zon. Taklimat disampaikan oleh aku selaku Penyelaras Promosi dan en Leman selaku Penyelaras Latihan. Sayang sikit Penyelaras Audit tak dapat hadir sama. Soalan seperti yang aku jangka memang akan ditujukan pada Audit. Takpe. Semua ni on-going. Kita bersama berharap yang terbaeekkk!!!! untuk organisasi. All the best to all! Kami Komited! Bangkit Bersama!

EKSA JPN Johor : Hebahan dan pemasangan banner Gotong-Royong Perdana

Imej
EKSA JPN Johor : Hebahan dan pemasangan banner Gotong-Royong Perdana. Hari ni dah mula all out. Hebahan dah mula dibuat menerusi portal, emel rasmi, media sosial, papan kenyataan dan menerusi ahli jawatankuasa mengikut zon. Banner yang siap pun dah mula dinaikkan mulai petang tadi. Harap program akan berjalan seperti yang dirancang. All the best to all.

EKSA JPN Johor : Banner Printing @ Kota Selatan

Imej
EKSA JPN Johor : Banner Printing @ Kota Selatan. Petang Khamis hari tu lagi dah siap printing sebenarnya banner kami ni. Cuma aku a bit lewat baca mesej. Tinggal lagi 10 minit gitu nak tutup kedai dia. So aku set janji untuk amik banner tu hari ni. Masa lunch gerak gi sini. Dapat la borak ngan en Din, bos Kota Selatan. Alang-alang tanya pasal piala sekali. Nanti dia check harga katanya. Paling best adalah. Aku memang tak sangka dalam kompleks Kilang SME ni tempatnya. Hehehe. Balik. Terus ngetest ngam ke tak kalau taruk kat tiang beso ni. Nampak gah sikit kan.

EKSA JPN Johor : The new looks draft

Imej
EKSA JPN Johor : The new looks draft. Jangan tanya apsal aku tetiba ja buat design pepagi buta ni. Terbangun. Denyut lebih pulak kat kaki tu. Haishhh! Terus tokleh tido. Dari aku dok terkelip kelip je mata nunggu pagi, baik gi draf something. Actually. Aku tengah dok fikir pasal ada dua benda baharu yang kami sedang usahakan. Satunya of coz la t-shirt baru tu. Buat la sikit templet ala ala abstract gitu. Sekali fikir. Aku terus perkenalkan sekali our new improve logo dengan design abstract warna baju tu aje kan. War cry 'Kami Komited!" jangan lupa yer. Hehehe. Simple scratch scratch aje. Idea kan tak datang melayang. Apa masuk, kasi belasah dulu. Hmmm... nak buat apa lagi yerk. Baru kul 4 pagi n mata of coz dah lepas zon tido. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #pho

Perhimpunan Bulanan Bil.9/2017 JPN Johor : Pelancaran Pembugaran EKSA peringkat Jabatan

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.9/2017 JPN Johor : Pelancaran Pembugaran EKSA peringkat Jabatan. Majlis mengambil tempat di Dewan Seminar pagi tadi. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Memang smooth and steady. Kipidap team SPSPK. Tahniah dan terima kasih pada semua team SPSPK selaku pengelola perhimpunan dan all the Team Promosi yang telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaiknya. Bangkit Bersama! Kami Komited!

EKSA JPN Johor : Full Rehearsal pelancaran bersama SPSPK

Imej
EKSA JPN Johor : Full Rehearsal pelancaran bersama SPSPK. Tadi lepak kat dewan bersama team promosi. Lepas ni memang muka muka ni ler yang akan sibuk menyibuk mengendeng dengan urusetia perhimpunan setiap bulan. Dah jadi tugasan utama kami kan. Yang ni akan jadi pembuka kepada yang lelain selepas ni. Alhamdulillah. Kerjasama dan tindakan diambil urusetia perhimpunan ni pada kami memang sangat sangat marbeles. TQ pada Cik Biha and the SPSPK team. Korang memang the best! Tahniah dan terima kasih pada semua. Harap semua berjalan dengan baik untuk majlis esok. All the best! Be the best!

EKSA JPN Johor : Kemeja-T Rasmi

Imej
EKSA JPN Johor : Kemeja-T Rasmi. Akhirnya. Kemeja-T rasmi EKSA JPN Johor telah diputuskan oleh bos. Kain microfibre dengan design warna Johor. Semua urusan pembelian akan diuruskan oleh JK Promosi. Semua aktiviti EKSA selepas ni akan menggunakan kemeja-T ini sebagai pakaian rasmi. Seragam, komited, Bangkit Bersama! 5 Oktober, here we come! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

EKSA JPN Johor : Sepagi bersama Pengarah

Imej
EKSA JPN Johor : Sepagi bersama Pengarah. Pagi ni bersama PPJ jap. Reviu montaj dan penambahbaikan yang perlu dibuat. Bincang berkenaan majlis pelancaran EKSA esok. Juga dibincangkan berkenaan gerak kerja berterusan selepas ini. all the best pada team EKSA JPN Johor. Bangkit Bersama!

EKSA JPN Johor : Zon 7 Sisih Session

Imej
EKSA JPN Johor : Zon 7 Sisih Session. Lepas ja sesi meeting Audit en Adi tadi terus ambil masa jap lepas lunch untuk sesi sisih kat zon a kitaorang. Clear habis dah semua bendera dan gambar mengikut ketetapan baru. Sesi penilaian kendiri coming right up rabu ni. All the best!

EKSA JPN Johor : Ronda-ronda Promosi

Imej
EKSA JPN Johor : Ronda-ronda Promosi. Pagi ni sempat meronda jap. Nengok nengok tempat. Yang mana nak kena naik board baru. Yang mana nak kena ubah. Yang mana nak kena buang. Yasmin pun ada sama bagi pandangan. OK jugak tu.

EKSA JPN Johor : Pembugaran 2017

Imej
EKSA JPN Johor : Pembugaran 2017. Hari ni memang progress untuk hebahan dan pembugaran EKSA dilaksanakan. Dari pagi dengan yasmin, secara maya. Aku dengan perancangan. Yasmin dengan design. Sebelum lunch siap semua. Dari pemurnian logo, pelan promosi, poster hebahan. Terus up to date ke maya, media sosial dan emel rasmi. Layan portal EKSA pulak. Lepak ngan bos bincang pelan promosi. Banyak lagi nak kena review balik ni. Bos mintak adakan instagram, dokumentasi, buku manual yang lebih best. Wow! All the best! Lewat petang sikit akan masuk pulak pasal aktiviti minggu ni : SISIH. Apa pun aku dah ada motto baru : Dari kita, Oleh kita, Untuk kita! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photob