mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label tingkatan 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tingkatan 1. Papar semua catatan

Jumaat, 20 November 2015

Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka bagi sesi 2016

Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka bagi sesi 2016

Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka bagi sesi 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka bagi sesi 2016 akan dibuka mulai 11 November sehingga 27 November 2015.

Sesi temuduga bagi pelajar dan ibu bapa akan diadakan sehari selepas tarikh tutup permohonan*.Hanya pelajar yang mendapat keputusan 5A sahaja yang layak memohon.

Borang permohonan perlu diisi secara "on-line" melalui laman web http://www.imtiazmelaka.edu.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 063853055 atau emel ke alamat admin@imtiazmelaka.com.my

"MENJANA GENERASI ULUL ALBAB"

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Selasa, 25 November 2014

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2014 berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan satu pada tahun 2015 di Semenanjung
Malaysia. MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin
bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan
memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

  •  Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
  •  Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
  •  Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
  •  Sihat tubuh badan.
  •  Bersedia menjalani program latihan kecergasan fi zikal.
  •  Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  •  Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  •  Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Terdapat tiga program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

1. MRSM - Program ’Sistem Pendidikan MRSM’ (SPMRSM)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia serta menggabungjalinkan prinsip pendidikan pintar-cerdas dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan.
MRSM terlibat :
• Beseri • Kubang Pasu • Pendang • Merbok • PDRM Kulim • Balik Pulau • Transkrian • Gerik • Pasir Salak • Lenggong • Pengkalan Hulu • FELDA Trolak • Terendak • Muar • Pontian • Mersing • Muadzam Shah • Kuala Krai • Jeli • Tun Ghazali Shafie • Kuala Terengganu • Kuala Berang • Besut • Pasir Tumboh

2. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
MRSM terlibat :
• Gemencheh • Kepala Batas • Kota Putra

3. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certi cate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
MRSM terlibat :
• Tun Abdul Razak • Batu Pahat • Baling • Alor Gajah • Langkawi • Tumpat • Serting • Kuantan • Johor Bahru • Parit • Kubang Pasu • Tun Mustapha Tawau • Kuala Klawang

SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember 2014 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Dokumen penuh boleh diakses menerusi url berikut :
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5815e51c-1f8a-4743-abc4-afb4310e605f&groupId=30564

A. CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan MyKid dan salinan Keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

Pemohon boleh membuat pengisian permohonan secara online di url berikut : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Isnin, 20 Oktober 2014

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Calon ke Sesi Serlahan Seni Pengambilan murid  ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015  akan bermula pada 20 Oktober hingga 26 Oktober 2014. Sila layari url berikut untuk membuat semakan.

http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Sabtu, 21 Disember 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.  

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014.
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
VII. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja.
VIII. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  • Sijil lahir pemohon / kad pengenalan 
  • Keputusan UPSR 2013 
  • Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa 
  • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum 
IX. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

SEKOLAH – SEKOLAH YANG MENAWARKAN PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA : 

A1M KUALA LUMPUR 
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)

A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR (PEREMPUAN SAHAJA)

A1M SABAH 
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (LELAKI & PEREMPUAN)

A1M SARAWAK 
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG MIRI, SARAWAK (LELAKI & PEREMPUAN)

Sila klik untuk muat turun borang permohonan kemasukan.

Selasa, 10 Disember 2013

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014. Dah boleh semak dah di url berikut apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan. Just masukkan angka giliran UPSR 2013 dan klik butang semakan. Semak. Jika berjaya dan bersetuju, cetak surat untuk dibawa semasa hari pendaftaran.

Sent from Samsung Mobile

Khamis, 20 Januari 2011

Taklimat Zoning Tingkatan 1 JB - Day 3

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah sampai ke zon terakhir. Alhamdulillah
Alhamdulillah. Setel semua zon. Sekarang tinggal nak murnikan balik ja. Apa pun terima kasih pada semua HEM sekolah sekolah daerah JB yang turut sama membantu dalam mengenalpasti zoning untuk sekolah sekolah menengah daerah Johor Bahru.

Semalam sesi dimulakan dengan zoning kawasan gelang patah. Kawasan sendiri senang sikit. Tahu la lebih kurang. Lokasi di SK Tiram Duku. Kawasan paling sejuk antara semua pasal kawasannya sangat luas dengan bilangan sekolah yang dapat menampung dengan cukup untuk penduduk gelang patah. Ada yang dah kurang sangat dah pun. Yang best.. aku lupa pasal nak amik gambo. Adohh.. apa kes nih. Dah sampai masa bos dah nak tutup baru teringat pasal kamera lam beg yang tersimpan kemas. Dapat la dua snap..

Selesai sesi di gelang patah mula bergerak balik ke kawasan tampoi. Ni pun agak panas. Kawasan tumpuan. Lokasi di SK Kampung Pasir. Menarik jugak kat sini. Alhamdulillah semua selesai. Tentatif macam biasa. Zoning and then taklimat sistem. Permintaan dan penambahbaikan pun dah kurang pasal kebanyakan permintaan sebelum dah hampir cover habis. Setel>>>>

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
SK Tiram Duku

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
SK Tiram Duku

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
SK Kampung Pasir

Taklimat Zoning Tingkatan 1 JB - Day 2

Klik untuk gambar yang lebih besar
Hari kedua ni sesi petang ja
Hari kedua ni memang buat satu sesi ja sebelah petang, sebab; pagi ni memang banyak meeting lain yang memaksa banyak pegawai keluar, termasuk la yang aku buat taklimat guru data tu kan. Habis ja sesi kat bukit indah terus bergerak ke Ayer Molek. Apa yang best pasal ayer molek ni ialah.. sekolah memang dah nampak; tapi mana pintu masuk dia.. Kawasan paling strategik di tengah tengah bandar jb ni.. Aku pun tawaf sekali jugak sebelum dapat masuk. hehehe..

Zoning kawasan ni tak susah sangat pasal kebanyakan sekolah di area ni sekolah kawalan. Kawasan pun dah nama tengah bandar, taman taman pun dah kurang, tengah naik pesat area skudai sana nu. Cam biasa, bincang zoning; pastu taklimat sistem. Setel day 2. Sampai rumah memang aku terus down.. Penat weeiii>>>>

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
SK Ayer Molek

Taklimat Zoning Tingkatan 1 JB - Day 1

Klik untuk gambar yang lebih besar
Hari pertama Taklimat Zoning
Isnin lepas merupakan hari pertama buat kita habiskan zon panas dulu. Zon panas membawa erti kawasan yang memang pack dan produktif. Bebudak ramai dan pilihan sekolah banyak. Boleh tahan jugak la hari ni.

Paginya kami berada di zon skudai. Tempatnya SK Seri Perling 2. Wow.. Memang agak mengelirukan. Tambahan dengan traffik light yang dah takde kat Perling lagi ( semua kena wat u-turn yang memang agak jauh kan ) memang agak menyukarkan untuk diletakkan zoning tu. Tapi semua berjalan lancar. Lepas tu aku kena brief serba sikit pasal sistem penempatan yang tengah dibangunkan oleh PPD.

Sebelah petangnya pulak ke SK Taman Universiti 4. Besar jugak sekolah ni. Sekolah-sekolah area ni pun memang sukar untuk ditempatkan. Bayangkan SK Taman U aja ada 4, SMK ada 2. Tapi alhamdulillah.. semua setel untuk 2 zon panas ni.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
SK Seri Perling 2

SK Taman Universiti 4