Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Terowong Menora

Back to nature 2015 : kisah jem di lebuhraya

Imej
Back to nature 2015 : kisah jem di lebuhraya. Tiga kali aku kena semalam. Slim river sungkai, tapah gopeng, terowong menora sungai perak. Bayangkan aku tiba di tanjung malim jam 3 pagi, aku sampai ipoh jam 7 pagi. Pecah kepala tu. Pastu. Terus masuk jalan lama. Tak rela aku nak tempuh lagi dua atau tiga. Alhamdulillah. Selamat tiba tanpa jem lagi.

Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora

Imej
Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora. Malang tidak berbau. Berhati-hati di jalan raya. KUALA KANGSAR: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.