Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ASB

ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen

Imej
ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen. Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Imej
Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pihak Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis 18 Disember 2014 telah mengumumkan secara rasmi bahawa dividen ASB 2014 adalah 7.50 sen seunit manakala bonus 1.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Oleh itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 2 Januari 2015. Sementara itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus. Pengumuman Rasmi Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Dividen 7.50 sen seunit, Bonus 1.00 Sen Seunit Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pembayaran dividen dan bonus ASB 2014 akan dikreditkan ke akaun pengguna pada 2 Januari 2015. Oleh itu, para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara. Via Blogger PC Edisen E

Jom gi nengok ASB

Imej
Gambo dingopi dari Qimie.com.. tumpang ngopi yerk.. Petang semalam, masa aku mc tu; sempat lagi aku gi nemankan mama gi bank, tu pun pasal mama yang bawak keter, aku nemankan sebelah jer. Kengkonon nak nengok la berapa banyak dapat dividen tahun ni kan, dan nak kuar sekali la. Sekali manusia... penuh macam sardin lam bank. Maybe aku memang jarang gi bank, terutama lepas umum dividen; so ni ler first time aku alami keadaan cenggini. Pergghh.. memang penuh bank tu, dengan kaunter yang handle ASB cuma dua. Kira memang tak dapat punya la kan. Tapi gagahkan diri jugak untuk amik nombor. Sekali dapat nombor jeng jeng jeng.. 2166.. Nombor sekarang 2128.. Aiyooo.. Jam sekarang dah kul 3.15 petang. Tanya akak tu. Urusniaga tutup pukul baper kan. Kul 4. Mampus.. memang sahih la tak dapat. Tapi saja nunggu jugak. Dan akhirnya tepat jam 4.00 petang.. nombor dilayan adalah.. 2154.. Kim salam jer la.. Check minggu depan ajer la.. Enjoice...Sharing is power!!!