Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Harga Runcit Petrol RON95, RON97, Diesel Turun

Imej
Harga Runcit Petrol RON95, RON97, Diesel Turun KUALA LUMPUR, Dis 31 (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 30 sen mulai tengah malam ini. Harga baharu RON95 ialah RM1.85 seliter dan RON97 ialah RM2.25 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz. "Diesel turun 30 sen kepada RM1.60 seliter," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia. -- BERNAMA

Bengkel Kerja Pengurusan Maklumat Negeri

Imej
Bengkel Kerja Pengurusan Maklumat Negeri. Buat di SK Temenggong Ibrahim siang tadi. Susun semula kekuatan di peringkat daerah. Hala tuju. Cara kerja. TQ so much for all they had done.

Permohonan UPU Online

Imej
Permohonan UPU Online

Johor Pro Rakyat : Bas Percuma Untuk Rakyat diperluas di 13 laluan

Imej
Johor Pro Rakyat : Bas Percuma Untuk Rakyat diperluas di 13 laluan Memberi kesejahteraan tidak memadai sekadar memastikan rakyat mempunyai pendapatan yang mencukupi demi menikmati kehidupan yang lebih baik. Saya rasa, sudah tiba masanya kita mempunyai dasar yang jelas tentang kebajikan masyarakat kita. Bukan sekadar inisiatif yang seakan melepaskan batuk di tangga dengan mengumumkan peruntukan yang bersifat 'asal ada'. Sebab itu, bagi mengurangkan beban rakyat di negeri ini, mulai tahun 2016 kerajaan negeri akan memperkenalkan 13 laluan utama bas percuma di 4 PBT ‪#‎JohorPrihatin‬

SJKC Pei Hwa 2 site visit

Imej
SJKC Pei Hwa 2 site visit. Lawat jap. Esok dah terima pendaftaran murid baru tahun 1. Overall OK.

Settling down the SOP

Imej
Settling down the SOP. Persetujuan bersama pemegang sistem. Setel. Best pulak buat design fully vector nih. Ehehehe.

Penyelarasan Pengurusan Maklumat untuk DTP

Imej
Penyelarasan Pengurusan Maklumat untuk DTP. Sambung lagi. Tambah pula perkaitan dan kesinambungan maklumat untuk kegunaan DTP pulak.

Side effect selsema yang tidak memberansangkan

Imej
Side effect selsema yang tidak memberansangkan. Semalamnya punya ubat selsema bagi effect yang sangat pelik pada aku. Bangun aje kaki rasa sakit. Lama dah tak rasa sebegini. Amik koyok tampal. alhamdulillah. Hilang jugak rasa tu. Yang tak bestnya, seharian aku lalok. Lama tul side effect ubat nih.

Agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Imej
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.  Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya.  Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini. "Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala L

AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.10 SEN SEUNIT

Imej
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.  Menurut Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, peruntukan pengagihan pendapatan pada tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM106.72 juta, yang akan dimanfaatkan oleh 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN. Sehingga 23 Disember 2015, ASN telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta. Daripada keseluruhan pendapatan kasar, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM79.91 juta atau 63.3%, manakala pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM35.37 juta atau 28.0%, dan selebihnya iaitu RM10.99 juta atau 8.70% diperoleh daripada lain-lain pendapatan. Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berd

Klinik Kesihatan Gelang Patah 20151228

Imej
Klinik Kesihatan Gelang Patah 20151228. Kalau ikut biasanya entry camni aku fokus pada Fiqri. Cuma kali ni sebab ngan aku sekali pun dah dua hari teruk dengan selsema. Cerita dia lebih pada aku ler kot. Bawak Fiqri. Daftar dua orang. Tunggu nyer tunggu. Habisnya sama. Alhamdulillah.

Bengkel Penyelarasan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Bengkel Penyelarasan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Lokasi di Bilik Mesyuarat Kesumba SPA melibatkan pegawai dari SPS, SPK, SPMICT dan SPA. Persetujuan flow kerja pengurusan maklumat untuk 2016 khususnya.

Permohonan BRIM2016 hampir ditutup

Imej
Permohonan BRIM2016 hampir ditutup Permohonan ‪#‎BR1M2016‬ akan ditutup 31 Disember ini. Sekiranya belum memohon atau mengemas kini, segera lakukan di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau dapatkan borang dan isi serta kembalikan di cawangan-cawangan LHDN atau pusat khidmat hasil di UTC. Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016 kelak.

Fiqri small get together dinner

Imej
Fiqri small get together dinner. Simple simple jer. Pizza dan KFC. Pasal kebudaks dah pecah dua party. Yang satu nak pizza. Yang satu nak KFC. So. Beli sesikit untuk dedua. Yang pizza order online aje. Setup supaya dia hantar around 7. KFC. Aku keluar beli sendiri. Pasal aku rasa lebih murah beli kat outlet dia kot. Lagi pun aku perlukan something pasal selsema aku yang bertambah teruk ni. So. Setel beli inhaler dan KFC. Tunggulah pizza boy datang. Sampai ja. Terus kita makan makan. Suka tul kebudaks berdua tu main pecah pinggan dan gelas polisterin. Hehehe.

Upcoming Event : Majlis Tahlil, Ceramah Perdana & Malam Cinta Allah dan Rasul

Imej
Upcoming Event : Majlis Tahlil, Ceramah Perdana & Malam Cinta Allah dan Rasul Majlis Tahlil Sempena Kemangkatan ALMARHUM YAM TUNKU ABDUL JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM & Ceramah Perdana Sempena Perisytiharan Bandaraya Johor Bahru. Tarikh : 31 Disember 2015 Masa : Bermula jam 6.30 petang Tempat : DATARAN BANDARAYA Malam Cinta Allah dan Rasul : JB Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1437H/2015M Tarikh : 1 Januari 2016 Masa : Bermula jam 8.00 malam Tempat : DATARAN BANDARAYA ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Muhammad Haziq Fiqri turns one

Imej
Muhammad Haziq Fiqri turns one. Selamat Hari Jadi! Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya.

Bazar Sabtu Pekan Nenas First Encounter

Imej
Bazar Sabtu Pekan Nenas First Encounter. hari ni pergi jap. nak tengok apa yang ada. orang tak seramai selasa. macamtu jugak dengan penjual. yang pasti. sabtu tak sama dengan selasa. baik peniaga. baik pengunjung. tapi ok lah. cuma tak tahan bab panas tu la.

Sarapan @ Kafeteria Anjung Dful

Imej
Sarapan @ Kafeteria Anjung Dful. Kafeteria ni terletak dalam kawasan Masjid Jamek Pekan Nenas. Selama ni asyik lalu aje. Orang sentiasa penuh. Pagi ni try makan sini pulak. Boleh tahan. Makan lempeng ngan kuah pilih sendiri. Nak rendang, gulai asam pedas. Pilih aje. Makanan sentiasa ditambah. Dan kejap aje licinnya. Harga pun boleh tahan. RM12 untuk 5 orang makan.

The Balqis : 4 years later

Imej
The Balqis : 4 years later. Sekejap ja masa berlalu. Kebetulan. Bulan yang sama. Ni la jadi bila Facebook dah mula gunapakai Memories nih. Nampak ja gambar-gambar sebelum pada tarikh yang sama. Dah mama soh gandingkan gambar yang hampir sama. Maka. Jadilah entry kali ni. Kalau nak ikut. Banyak lagi gambo pada tempat yang sama. Terutama. Di Putrajaya. Nanti lah aku wat. Bila senang sikit nanti. Tunggu...

Surat Pekeliling dan Jadual Pembayaran Gaji Bagi Tahun 2016

Imej
Surat Pekeliling dan Jadual Pembayaran Gaji Bagi Tahun 2016 Klik pautan untuk  Muaturun Surat Pekeliling dan Jadual Pembayaran Gaji Bagi Tahun 2016

Illustrator Problem Crash on save : Solved

Imej
Illustrator Problem Crash on save : Solved Dah setel artwork, asal nak save jer mesti crash. Asal nak save crash. Sampai seketika, aku sendiri dah tensen. Memang bebetul tensen. Hangin satu badan. Dahlah nak kena submit artwork urgent. Seharian buat. Nak save crash. Seharian bengong. Mr.F kata maybe tak cukup memory. RAM kena tambah. Aku rasa tak kot. Sebab aku pulun pakai Photoshop OK jer. Dua hari kebelakangan ni aku pulun lagi. Simple artwork jer. Tetap crash, Pusing kepala nak cari solution. Ubah scratch disk. Tetap jadi. google nyer google. Gigih baca forum. Akhirnya. Masalah PRINTER ! Cam tak logik kan. Tapi itu lah solutionnya. Illustrator jadi bengong bila dia tak jumpa valid printer. Dan memang aku pakai network printer. So. Solution dia. Tukar Adobe PDF sebagai Default Printer . Just open printer nyer list. Select dan tukar printer tu. Setel. Alhamdulillah. Baru clear sikit kepala aku. PS : Gambo tu takdo kono mengeno. Just sesaja pakai sebagai bukti aku dah setel

Takwim Peperiksaan & Pentaksiran tahun 2016

Imej
Takwim Peperiksaan & Pentaksiran tahun 2016 Muaturun Dokumen Takwim di sini

Pengambilan Guru Tahfiz Jemputan (GTJ) bagi sesi 2016

Imej
Pengambilan Guru Tahfiz Jemputan (GTJ) bagi sesi 2016 di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA MAIWP). Syarat-syarat: Memiliki Diploma Tahfiz al-Quran yang diiktiraf Memiliki Ijazah Sarjana Muda  Hafal 30 juz al-Quran dan lancar Berminat untuk berkhidmat membangunkan generasi huffaz Sedia bertugas lebih masa Waktu bertugas: Isnin - Jumaat 7.30am hingga 9.30am Sabtu (jika diperlukan) Elaun harian : RM100 Hantarkan resume dan sijil2 berkaitan ke Pejabat Sekolah SMISTA Bandar Tun Razak Tel: 03-91711005 Fax: 03-91711499 Atau emelkan ke faez@maiwp.gov.my Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-15623756 Sebelum atau pada 27 Disember 2015 (Ahad) Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masjid Jamek Gelang Patah 20151225

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20151225. Tajuk khutbah : Cinta pada rasulullah. Esok ada Ceramah Maulidur Rasul kat sini. Jam 8.00 pagi. Penceramah Ustaz Hanafiah bin Razak dari Jabatan Mufti negeri Johor.

AEON Bukit Indah Shopping Spree

Imej
AEON Bukit Indah Shopping Spree. Nak cari seluar slack hitam dan sport shoe hitam atau putih untuk Iqa. Alhamdulillah. Dapat. Sambung belanja bulan di Mydin after that.

RAM for the laptop

Imej
RAM for the laptop. Sekali tokleh la pulops. Ish ish ish. Pakai lagi la yang asal.

New accessories for the gadgets

Imej
New accessories for the gadgets. Masa lepak kat DIY tadi terperasan dua menderuntuk smartphone lam keter. Dedua holder cumanya... satu untuk lekat kat aircond satu lagi kat stereng. Terus capai. Masa balik ngetest yang air cond tu. Cantikkk!!!. Kat rumah baru ngetest yang stereng. Agak risky sebab terus terhalang dashboard.

Mr. DIY Mutiara Rini outing

Imej
Mr. DIY Mutiara Rini outing. Cari barang lagi. Kali ni berkaitan tools untuk Iqa nanti. Lampu suluh la, mangga la, engsel la, dan all sort of thing yang diperlukan nanti. Aku. Tak lama sangat. Gi lepak luar ngan fiqri yang dah lolap lam stroller. Pastu baru gi makan yee mee kat medan selera.

Selamat Kembali Ke Sekolah 2016

Imej
Selamat Kembali Ke Sekolah 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016 Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 4 ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 29 Januari 2016 . Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh negara. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut: BIL ASRAMA 1MALAYSIA NAMA SEKOLAH CATATAN 1 A1M KUALA LUMPUR SMK VICTORIA Aliran Sains(Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK (L) METHODIST Aliran Sains (Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK ST JOHN Aliran Sains (Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK SENTUL UTAMA Sains & Kemanusiaan* LELAKI SAHAJA 2 A1M JOHOR SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU Sains Tulen & Kemanusiaan** PEREMPUAN SAHAJA 3 A1M SABAH

PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU KPM 2016

Imej
PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU KPM 2016 Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut: 24, 25,26 dan 27 Mac 2016 21, 22, 23 dan 24 April 2016 26, 27, 28 dan 29 Mei 2016 11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016 *Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016. Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi a

Selamat menyambut Hari Krismas

Imej
Selamat menyambut Hari Krismas pada semua rakan dan pelayar blog yang beragama Kristian. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan

Imej
Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan KUALA LUMPUR: Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan dikatakan dapat mengelak lebih 3,200 pengusaha stesen-stesen minyak di seluruh negara dari mengalami kerugian. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia sekali gus memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha stesen serta syarikat-syarikat minyak sendiri sama ada dalam keadaan harga naik atau sebaliknya. "Persatuan pengusaha-pengusaha stesen minyak telah datang berjumpa saya membuat aduan mengenai masalah yang mereka hadapi mengenai sistem pengapungan harga minyak yang ditetapkan sekarang ini mengikut harga pasaran dengan perubahan harga dibuat setiap sebulan sekali. "Apa yang berlaku sekarang ini, banyak syarikat-syarikat minyak telah menggunakan kesempatan ini dengan menghantar bekalan minyak kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak dengan kuantiti yang banyak setiap hujung bul

The new MyTouchnGo Portal

Imej
The new MyTouchnGo Portal. sebenarnya nak cari benda lain. Lain pulak yang jumpa. Tapi ok la jugak. Baru tau yang TnG dah update dia punya portal. Senang sikit yang ni. Daftar pakai IC. Semua kad berkaitan keluar. Tak macam sebelum ni. Bengong sikit. Ntah sapa nyer IC, ntah sapa punya alamat. Kipidap. Dan akhirnya nampak jugak la aku nyer Zing card yang tak pernah sampai ke tangan aku. Kalau ada orang guna memang sure kena report punya la. Yok daftar @  http://www.touchngo.com.my/

Salam Maulidur Rasul 1437H 2015M

Imej
Salam Maulidur Rasul 1437H 2015M “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” Sabtu, 12 Rabiulawal 1436H / 24 Disember 2015M Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kedai Buku SK Taman Nusa Perintis

Imej
Kedai Buku SK Taman Nusa Perintis. Hari ni mula buka untuk persediaan 2016. Aku target tak ramai. Tapi. Adoihhhh. Kremmm kaki aku. Sambil sambil nengok kelas baru adik inaz tahun depan. Sebelum cuti hari tu Kelas 4A. Penstrukturan baru jadi 4D. Tabur rata. Dah takde streaming lagi. Do your best yer dik Inaz.

Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Pasar Selasa Pekan Nenas. Wajib sampai. Cari semua pakaian untuk Iqa kat SBP nanti. Alhamdulillah. Dapat. Cuma seluar slack ja tak dapat. Saiz iqa rata-rata dah abis.

Medan Selera Pekan Nenas 20151222 Sarap

Imej
Medan Selera Pekan Nenas 20151222 Sarap. Singgah sarap jap. Mihun soto, roti tampal sama roti bom. memang selalu pun lepak gerai ni kalau ke Pekan Nenas.