mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Lawatan tapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan tapak. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian


Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian. Lepas je Haji KZ bagi greenlight. Terus aje aku turun ke sekolah rintis pilihan JB ni. Nak tengok kekuatan yang ada kat sini dan bagaimana kami boleh uli dia sampai jadi lebih baik lagi. Lenguh jugak kaki meronda. Mulanya bersama pentadbir. Penerangan serba sedikit berkenaan inisiatif kami ni. Lepas tu lepak makmal selaku pusat sebaran nanti nengok peta kawasan dan buat perancangan awal sebelum meronda sekeliling sekolah dan tempat tempat tumpuan nanti. Panas jugak kaki aku masa sampai ke library di tingkat paling atas dan tertinggi kat sini. Pergghhh... Overall. Banyak kekuatan yang boleh dimanipulasi dan ditambahbaik kelak. K. Syafiq dan Adi. Teruskan perancangan dan konsep sebelum dapat kita turun semula untuk persetujuan.

Jumaat, 4 Disember 2015

Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya

Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya

Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya. Pagi ni gerak ke PPD Pasir Gudang. Sekolah baru. Paling cepat dibina. Lengkap semua peralatan. Selesai mesyuarat. Terus ke sekolah. Memang terbaik. Awal tahun takde apa apa kat sini. Sekarang. Setel semua. Singgah minum jap kat permas jaya. Hilang haus.

Jumaat, 27 November 2015

Lawatan tapak : SJK(C) Pei Cheng, Kulai

Lawatan tapak : SJK(C) Pei Cheng, Kulai

Lawatan tapak : SJK(C) Pei Cheng, Kulai. Sempat luangkan masa untuk meninjau bangunan baru sekolah ni. Sekolah ni berpindah dari Pengerang ke lokasi baru di Kulai. Dekat aje ngan PPD Kulai. Terletak di Bandar Putra. Tahun depan akan mula beroperasi di pertengahan tahun.

Rabu, 4 November 2015

Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015


Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015. Sutera Mall petang tadi. Leh tahan kawasannya. Snap snap for survey dan perbincangan bersama.

Selasa, 11 Ogos 2015

Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015


Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015. Johor sekali lagi jadi tuan rumah untuk pertandingan ini. Disebabkan JPN Johor akan menjadi tempat untuk pertandingan separuh akhir dan kami diminta membantu; terus ja aku turun ke Qualifying Session di BTPN Johor. Masuk ke beberapa lokasi pertandingan. Lihat bagaimana flow dan mula membincangkan diagram teknikal untuk lokasi di JPN kelak. Esok jawatankuasa terlibat akan mula terlibat di JPN. Hope for the best.

Sabtu, 19 Februari 2011

Lawatan tapak : SM Teknik Johor Bahru

Klik untuk gambar yang lebih besar
Pagi ni turun site untuk survey
Pagi ni turun site, mana lagi kalau tak ke SM Teknik Johor Bahru. Kisahnya lepas ni akan ada Science on wheel roadtour; seluruh daerah di johor. Makanya, kena la cari tapak yang bersesuaian, yang boleh cater dewan dan kawasan pameran yang luas. Maka, teringatlah aku pasal SMTJB nih. Selalu jugak program besar dibuat kat sini. Dan tu lah jugak sebabnya pepagi dah terpacak kat sini.

So, aku ambik gambo, mat nor amik bideo. Mulanya dia nak aku transfer semua ke laptop dia ja. Tapi lepas nengok bideo yang super shaky tu, aku amik keputusan untuk edit lain dan haplod ja ke youtube. Nanti dia donlod ja. Lepas ni jugak kena wat peta tapak, mana nak letak basnya, coasternya, khemah yang berenamnya.. Selasa dah mat nor kena present kat unit ict; under Tunku Zahrah. Hebat kerja tahun nih. Boleh kata semua program grand abis.. Yang ni pun sampai pusat sains, nuklear, angkasa semua turun nih..>>>>





Enjoice...Sharing is power!!!