Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 Daerah

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah

Imej
Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah JOHOR BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 sejauh 858 kilometer berakhir hari ini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini sejak Isnin lepas. Kembara bertemakan 'Muafakat Bangsa Johor' yang menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan bas menjelajah seluruh negeri ini, berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, di sini. Ketibaan Sultan Ibrahim pada 2.30 petang dengan diiringi Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan para anakanda baginda, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan. Kembara yang memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor selain mendekatkan hubungan antara kaum di