Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KUIH ORANG KITA!!

Bawang Team : KUIH ORANG KITA!!

Imej
Bawang Team : KUIH ORANG KITA!! Pagi ni dapat citer bawang lagi dari member. Hmmm. Samada betul atau tidak, yok kita layan kisah ini. "Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora. "Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu. "50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji." Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning. "50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu. "Ye ke ni cik?" tanya Nora semula. "Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik. Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6