mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label aidil adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidil adha. Papar semua catatan

Rabu, 23 September 2015

Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan


Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan. Baru diumumkan sebentar tadi. Esok solat sunat Aidil Adha akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi.

Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha

Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya). Manakala solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban. Solat sunat hari raya lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid atau di kawasan lapang/ padang terbuka.

Sabtu, 5 November 2011

Kek Marble Raya Haji

Kek untuk esok. Lepas ni mama nak sambung buat sebiji lagi. Yang ni pun dah kena tiau dekat setengah lepas baru kuar oven... Terbaeekkk!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 28 November 2010

Edisi terlepas : Sembahyang Raya Haji 2010

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni dah lama punya edisi sebenarnya. Raya haji punya cerita. Kisahnya itu hari, masa nak transfer gambar dari hp SE aku tu, ada masalah. Siap download memacam dreber untuk betulkan bluetooth kat pc ni ha. Tapi bila aku send ke hp boleh la pulak, masalah timbul masa nak receive file dari hp ja.

Hari ni saja amik gambar kat angsana guna hp ni lagi. Baliknya try transfer ke pc. Boleh la pulak. Maybe pasal malware yang bertiga tu kot yang hidup aman damai selama ni kat pc aku nih. Aku install malwarebyte dua hari lepas, dan tiga ekoq malware ni memang dah berjaya dibuang. Agaknya la, depa ni la yang menyebabkan aku takleh transfer pix dari hp aku ni.

Ni la gambar yang aku amik masa raya haji itu hari kat semejid gelang patah. Cuma masih ramai la yang keluar sebelum abis khutbah raya.. Dah terbiasa ngan semayang jemaat la tu. Semayang raya dia terbalik, semayang dulu baru khutbah. Apa pun layan.. Ni aje la gambo yang aku amik raya haji itu hari. Nak amik gambo lembu kena korban, takut aku yang terkorban..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Jom ke mesjid...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Orang masih belum ramai. Sembahyang Raya Haji biasanya mula lebih awal dari raya puasa, sebab lepas tu nak wat korban

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Orang dah berderet dah haa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rupanya yang masih kosong tinggal kat tengah panas ja lagi

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Duduk aje la

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah selesai khutbah..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Berpusu pusu meninggalkan masjid, nak gi nengok korban lak nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Jom kita gerak

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 16 November 2010

Lembu korban sudah mari

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 14 November 2010
Masa : 6.20 petang
Tempat : Wawasan 2
Mood : Waa.. manyak tuu

Sesambil dok lepak depan rumah dok nengokkan kontraktor dok pasang kotak janakuasa baru, tetiba lalu la sebijik lori yang membawa muatan lembu yang leh tahan banyak dia. Pergghhh.. Leh tahan gak ni raya aji nanti. Semua lembu lembu ni dihantar ke padang bola belakang dekat surau sana nu. Kalau kira kasar ada la lam 5-6 ekor.. Nak ke sana macam malas la pulak pasal aku dok nengok geng geng kontraktor ni dok wat kije..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Wa.. bro.. bukan setakat bebudak nengok kita ni bro, siap ada photog skodeng tuh.. pergghhh.. rasa bangga siott..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Key.. dah nak sampai ya rengrakan sekalian. Nanti kita makan banyak banyak biar tambah gemok lagi tau.. Ai ai cip..

Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Selamat hari raya aidil adha pada semua umat islam seluruh dunia. Yang penting hari ni masih kije. Raya haji sehari ja. Lusa kije balik. Yahuuu!!!

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 6 November 2010

Hari Raya Aidiladha 2010

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Baru sat tadi Penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan hari raya aidil adha tahun ni jatuh pada 17 November 2010. Rabu sekali lagi la tu.

Enjoice...Sharing is power!!!