Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Google's Header : Happy New Year 2011

Imej
Latest from google Akhirnya. Google pun dah kasi tukar header 2011nya. Tinggal G ngan e yang hujung ajer. Yang lain dah ditujar dengan angka roman MMXI yang bermaksud 2011. M stand for 1 ribu. Dabel M means 2000. XI takyah explain dah kot. X sepuluh. I di kanan makna tambah 1, kalau kiri tolak 1 ye adik adik.. Anyway.. H A P P Y N E W Y E A R 2 0 1 1 Enjoice...Sharing is power!!!

Lebam lagi kaki aku!

Imej
Kena lagi kaki aku nih. Tak abis abis. Susah mau cakap. Berderet deret kaki kanan aku ni kena. Tak kaki kanan, kaki kiri. Sakit tu. Kalau tak sakit tak kisah la. Ni dah nampak bengkak dan lebam dah terutama tang dua jari kaki hujung tu. Kisahnya aku terjatuh tadi masa pasang balik reel langsir yang jatuh. Nak buat camner. Memang tak jangka langsung. Sapa suruh pasang lam keadaan marah kan. Tapi bukan marah pasal ziqri tu, marah pasal aku carik skru drebar bunga tak jumpa. Apapun padan muka aku sendiri. Sapa suruh marah marah kan.. Ni dah reel langsir yang ketiga aku pasang lam minggu ni je. Tu yang menyirap sikit tu. Tangan ziqri memang boleh tahan. Pantang lepa, tarik. Pantang sikit gi tepuk. Pantang nampak, masuk mulut. Tu yang reel langsir pun dah jatuh ditarik dia. Lum kira tali pinggang aku yang dah makin buruk asyik kena gigit je. Balik baling ari tu pun dah tak jumpa tali pinggang pesen yang aku nak ni dah. Pening pening. La ni, tahan ja la sakit kaki aku tu. Picit sikit

Street Fighter Legacy

Timbul lagi satu movie, walaupun short movie tapi bagi aku hampeh. Better dia buat satu cerita lain yang bukan adaptasi dari sumber yang dah sampai tahap cult cenggini. Tengok la dah berapa banyak movie yang terus kena chop hampeh oleh die hard fan dia. Contoh : Street fighter the movie.. Van Damme tu. tapi cerita memang tahap damned la. King of fighter baik tok sah nengok. tahap menyemak ja. Tekken. Totally hampeh. Dragon Ball.. Paling hampeh.. Storm rider, walau ada yang kata best, aku tetap kata hampeh jugak. Balik ke Street Fighter Legacy. Usaha mamat mamat ni mencari pelakon yang sebijik, stail dan bunyik memang mengkagumkan. Tapi.. bagi aku tetap nampak kaku. Toksah la lagi wat citer yang dah ada ramai die hard fan cenggini. Teruk ja korang kena kutuk.. Adiooss.. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat datang 2011

Imej
Selamat Datang 2011 Maka, sibuklah umat di sana sini, saling dok ngucap selamat tahun baru, selamat datang 2011, apa azam baru kau? Azam baru? Cik azam aku tau la. Rerasa aku dah lama aku tak berazam tahun baru pun. Apa nak di azamkan lagi kalau kita dah tanamkan hari ini lebih baik dari semalam. Kena pastikan hari mendatang mesti ada kemajuan. Kemajuan perut sila tolak tepi ya. Apa pun semoga fajar esok membuka lembaran baru dalam hidup kita. Pening jugak memikirkan hidup yang semakin sibuk, anak dah semakin membesar. Buat yang terbaik, berserah pada Tuhan. Semoga keberkatanNya sentiasa bersama dalam mengharung hari-hari yang mendatang. InsyaAllah. Enjoice...Sharing is power!!!

Aku dan bola

Imej
Kopi pes dari laman Utusan.com.my Sempena cuti pasal bola ni, aku rasa nak nulis pasal bola la jugak, dah nama pun cuti bola kan. Sebenarnya dah agak lama kita tak cuti pasal menang menang sukan ni. Tapi semua ni memang dah dalam jangkaan kepala hotak aku ni la. Dan hari pun betul. Leh tahan gak kan intuisi aku nih. Berbalik pasal aku dan bola nih. Dulu kecik kecik aku suka main bola. Belakang rumah aku tu memang ada padang bola. Kat situ la kami main. Sampai luka kaki tu. Belasah ja. Maklumla.. budak kampung, mana main pakai kasut. Dah besar sikit mula main kat padang sekolah. Tapi masih sama. Kaki ayam ja. Aku memang lari laju dulu. Bila aku main cikgu aku yang risau. Pasal aku memang tarak takut nak masuk. Tak kira la orang tu nak rembat ka, nak tanduk ka; aku masuk ja. Tu yang cikgu aku takut sebenarnya. Tapi makin lama aku makin tinggalkan bola ni. Aku lebih ke olahraga. Dah sekolah menengah aku dah start ikut bapak aku masuk stadium. Nengok kedah main la apa lagi. Main kat

PM declares Friday a Public Holiday

Imej
Foto dicilok dari Top News Law, tumpang kopi pes yer Dah dapat cuti terpijak. Kan aku dah cakap. Tak mungkin esoknya cuti, pasal dah malam; orang semua dah tido. PM mesti kasi cuti lusanya. Apa pun Tahniah pada pasukan Malaysia kerana berjaya mengakhiri kemarau Bola Sepak kita. Sumber diambil dari Bernama . ps : Cikgu Data Data, cuti, cuti jugak; data jangan dilupakan yerr.. Enjoice...Sharing is power!!!

Finale Suzuki cup 2010 Malaysia win 4-2 over Indonesia

Imej
Cam biasa.. gambo kopi pes dari suzuki cup official web Cakap banyak tak mau. Lazer otromen ka, lazer power ranger ka, bom asap ka. Lawan tetap lawan. Malam ni kat Stadium Bung Karno, memang gempak habis. Separuh masa pertama memang hebat. Indonesia memang mengasak abis-abisan. Siap dapat penalti lagi tuh. Memang salute kat Khairul Fahmi, goal keeper kita. Memang terer. Patut kelantan champion tahun ni. Memang menakutkan la lebih kurang separuh masa pertama nih. apa pun indonesia memang dah mula fire laser otromen kat muka fahmi tadi. terang lagi nyata, bukan satu, banyak giler. Tapi kita tetap cool. Takde ngadu ngadu cam bebudak sekolah tadika action tuh. Lepak nunggu half time tu napas puas puas.. hesss.. hesss.. ambik napass... Masuk half kedua indon makin ganas menyerang. Kita pun ganas jugak. Start ngan gol dari Safee minit 54. Pastu terus kena balas lagi dua gol. Tak pa la.. walau kalah 1-2 tapi kita menang aggregat 4-2. Yihuuu...!!! Idup Malaysia... Enjoice...Sharing

Digi oh digi

Imej
Kena taruk toyol kuning baru ok sikit kot tepon aku nih Masuk hari ni dah hari ketiga aku tokleh nak hantar sms kuar. Apa kes ntah. Yang peliknya, sms masuk boleh la pulak. Bengkerk tul. Semalam dah emel ke Digi, sampai ke la masih tarak reply. Hampeh nyok tul la. So pagi ni aku try lagi sekali sms kuar. Memang besarla harapan tak berjaya hantar lagi. Apa kes. Last last call customer service digi jugak. Tut tut.. Pastu mula la dengar iklan dia yang bosan tuh. Adohaii.. rasa nak hampuk jugak henpon aku nih. Sib baik toyol kuning ni tahan ja. Aku kira plus minus 2 minit lebih jugak aku nunggu sampai dapat cakap ngan operator. Sakit ja hati nunggu kan. Sib baik dah dapat cakap. Terus bagitau masalah. Dia terus check, dan memang ada masalah dengan nombor aku nih. Dia suh tutup henpon lepas 5 minit nanti. Ada aku nak tunggu?? Terus ajer aku off lepas dia letak gagang. Dan yang bestnya, cam biasa; aku terus terlupa onkan balik henpon aku. Ingat pun masa makan tengah hari. Sekali on..

Meja studi untuk Balqis

Imej
Dah setel pun meja studi untuk Balqis berdua nih.. Dah setel gak akhirnya meja studi yang proper sikit untuk Balqis berdua nih. Beli kat Tesco jugak akhirnya. Pasal apa. Pasal harga meja banquet ni harga dia RM60 ja kat situ. Hari Ahad lepas ada jugak meronda pekan gelang patah cari meja untuk bebudak berdua nih. Meja Banquet yang sama harga dia RM150, paling kurang dia kasi RM120. Sib baik hari sebelumnya memang merayap kat Tesco tuh. Dan memang ingat sesangat harga dia cuma RM60 ja. Last last baeli kat Tesco jugak la akhirnya. Ye lah. sekarang bukan macam dulu. Pilihan banyak. Gunakan hak pengguna dengan sebaiknya. Dah mahal tak yah la beli kan. Nak buat camner>>>> Ni beg biru dan resit Nuri menandakan tahun depan adik inaz masih kat nuri lam kelas J5. Baru setelkan dengan teacher Yanie hari senin lepas. Sib baik bawak livina gi kije dan aku tak beli sabtu lepas. Kalau tak macamana nak bawak balik meja nih. Dah nama pun meja banquet kan. Memang la gabak sik

Final stage 1 Suzuki cup 2010 Malaysia win 3-0 over Indonesia

Imej
Cilok khas dari web rasmi suzuki cup. Tumpang kopi naaa Memang best Malaysia main malam nih.. Keputusan akhir Malaysia 3 - 0 Indonesia. 2 gol dari Sapee, 1 gol dari Ashari. Yang best sebab aku nengok RCTI, marah tul pengulas tu dengan pemain indonesia, siap cakap ini final bukan main main. Harap Malaysia score lagi besar bila bertemu semula 29 haribulan ni di Indonesia. Go! Go! Malaysia!!! Enjoice...Sharing is power!!!

New toothbrush holder

Imej
Cute jugak design dia Satu untuk iqa, satu untuk inaz, dua lagi sukati la sapa nak letak. Cun sehh.. Enjoice...Sharing is power!!!

Line telefon habishh!!

Imej
Operasi mengecheck pun dimulakan. Cam teruk ja kena nih Pagi tadi bangun tido, nengok masih takdak lampu kat boxline tepon tuh. sahih kes kilat semalam nih. Ala.. tensen tul gini. Call telekom. Dapat nombor report semua, tunggu aje la. Lam kul 9 ka 10 ntah, dapat satu call. Saya akan pergi sana on the double. wahh.. sib baik. Nampaknya si Andy yang nak datang. Dah biasa ngan dia nih. area skudai ngan gelang patah memang bawah jajahan takluk dia. Dulu kan aku jaga line tun aminah. So, dah selalu jumpa dia. Sampai ja terus dia check line luar. Siap terbakar kot kata dia. OK kasi sambung balik. Masih tadak line. Check tiang kabel depan rumah. Cari dia punya pencawang. Masih tarak line jugak. Last last dia call. Sambung esok pulak. Masalah dia, apasal line telepon aku ja tarak.. Line internet yang aku dok sibuk hapdet blog ni apa cerita. Aku sungguh tak paham>>>> Tengok lampu masih tarak. Terus aku call helpdesk.. Dah sampai van tm, tq tq test line dar

New strawberry flavoured tea from lipton

Imej
Wahh.. Lipton pun dah mula kuarkan teh berperisa. Cuba try test hehehe Semalam jumpa la pulak teh berperisa strawberi. Ni keluaran lipton la pulak. Sebelum ni jumpa yang bharat tea punya ja. Kira syok jugak la. Iqa ngan adik pun suka jugak. Nice la. Minum teh ada rasa rasa strawberi gitu>>>> Ada 15 uncang ja. Harga semua RM5. Mahal gak kan.. Tapi kira belasah aja la. Isi dia Cover belakang.. Apasal ada campur tulisan siam ntah.. Kasi masuk lam air panas Campur gula.. Biar jap Kasi kuarkan dia punya uncang Tuang masuk gelas.. dah boleh minum.. yummy.. Enjoice...Sharing is power!!!

Petang Krismas di Tesco

Imej
Lepak lepak makan di KFC Tesco Bukit Indah lepas penat bersoping Tadi sikit punya memulas perut aku nih. Lepas kena pocai tadi, terus baik beransur ansur. Last last dapat gak makan kenduri di rumah cik ani. Enjoy jugak la sambil tahan sakit lagi kan. Yang bestnya, aku pegang ziqri dulu, pastu baru tukar shif pegang. Yang bestnya. Semua habis makan serentak. Tinggal la aku sorang sorang memecut gaya bebas makan. Masa balik si adik la pulak merengek nak lidi bunga manggar la pulak. Nak tak nak aku cabut ja sebatang. Iqa la pulak nampak. Cabut lagi sebatang. Sib baik masih ngam lagi. Tengok la sapa cabut kan. Siap kira tu sepaya masih seimbang. Setel kat situ terus kuar, gi belanja la pulak. Kalau ikut mama, nak gi angsana dan tesco. Aku cakap tak dannya nak belanja kalau nak gi dua tempat. Pilih satu ja. Last last gi tesco. Dan memang sopping abis abisan tuh. Orang punya ramaiii!!! Kebetulan banyak la pulak barang sale. Dah setel masuk la pulak ke arcade. Saja nak kasi bebudak enj