mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mei 2014

DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor

DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Nampaknya DAP berjaya mengekalkan kerusinya di sini. Walaubagaimanapun. Dikhabarkan peratus keluar mengundi adalah yang terendah. Hmmm... Calon DAP Ramkarpal Singh Deo memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 undi.

Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan meraih 3,583 undi. Calon BEBAS Muhammad Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar mendapat 799 undi manakala seorang lagi calon BEBAS Abu Backer Sidek Mohamad Zan, mendapat 225 undi.



DAP Menang Tetapi Majoriti Menurun
GEORGE TOWN, 25 Mei (Bernama) -- DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majoriti berkurangan iaitu 37,659 undi.
Calon DAP Ramkarpal Singh Deo, 38, yang merupakan anak ketiga mendiang Karpal Singh, memperoleh 41,242 undi, menewaskan tiga lagi calon iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi dan dua calon BEBAS iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799 undi) dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan (225 undi).
Sebanyak 539 kertas undi ditolak.
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kapten (B) Anuar Yahya di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Pinang di sini.
Huan, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek hilang wang deposit.
Anuar berkata daripada 82,431 pengundi berdaftar, hanya 56.04 peratus atau 46,099 pengundi yang keluar mengundi.
Jumlah majoriti undi yang diperoleh Ramkarpal Singh berkurangan sebanyak 5,047 undi atau 11.8 peratus berbanding jumlah yang diperoleh mendiang ayahnya.
Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.
Pilihan raya kecil itu, yang menyaksikan pertembungan empat penjuru, diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya pada 17 April lepas.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free