mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label adik inaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adik inaz. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Ogos 2015

Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz


Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz. Dari tengah minggu adik inaz dok ajak aku pi beli ikan. Mulanya ingatkan ikan nak makan, sebab hari tu pakat buat fruit punch kan. Sekali... Nak ikan hidup. Terus gerak keluar petang tadi nak mencari ikan. Dalam kepala, kedai ikan kat nusantara la dulu. Lebih dekat ngan rumah kan. Sekali bila sampai... Aiyoo.. Nama ja kedai ikan dan burung, sekor mender yang dinamakan tu pun tadak. Yang ada... Kucen. Adusss...

Terus gerak ke nusa perintis. Sib baik ada lagi, walau dah tak banyak. Mulanya nak beli ikan gapi tapi salesgirl tu terus cadang beli ikan laga. Senang bang. Tak perlu jaga rapi cam ikan gapi. Semua budak yang datang pun cari ikan laga ni la. Ahahahaha. Last last beli dua ekor. Sekor RM2. Betina dedua. Jantan mahal sikit. RM5. Suka berlaga lak tu. Dah lepas ikan untuk adik inaz. Yihuuu...

Khamis, 25 September 2014

Handphone kertas adik inaz


Handphone kertas adik inaz. Semalam. Terperasan benda ni atas meja kerja kebudaks ni. Adik inaz punya kerja ni. Ni menunjukkan keinginannya yang amat sangat dengan handphone. Tu lah budak sekarang. Tapi respek sebab dia cuba buat sendiri apa yang dia hendak. Mesti berangan masa main ni. Tapi. Still bukan masanya ya adik inaz.

Selasa, 23 September 2014

Beg baru untuk adik inaz


Beg baru untuk adik inaz. Kelmarin ngadu. Tali beg dah rabit sikit. Semalam ngadu lagi. Adik rasa berat la angkat beg ni. Pagi ni ngadu lagi. Last last janji la nak beli beg baru petang karang. Sampai ja rumah lepas kije, dah comel dah menanti aku. Patut la kata mama dia. Terus gi Taman Nusantara. Pasal mama pun ada benda nak beli kat FreshMart tu. Masuk kedai. Terus tengok beg. Suka hati adik inaz la nak yang mana. Satu satu dia belek. Last last amik yang lain. Kaler oren jugak macam adidas yang dia dok sandang tu. Sebelum balik sempat ngidam nak makan steamboat la pulak. Layan jangan tak layan.

Jumaat, 19 September 2014

Edisi purba : Kucing sesat adik inaz


Edisi purba : Kucing sesat adik inaz. Ni nama dia kuciang gumuk. Yang blur tu mak dia. Tak sempat nak manja lebih lebih. Dedua dah lari. Asyik kena gentel ja ngan kebudaks. Mana tahan beb. Hehehe.

Ahad, 25 Ogos 2013

Nurain Hawani in the house


Nurain Hawani in the house. Ucu gi Tesco Bukit Indah tadi. Balik, singgah sini. Cam kena la pulak. Adik inaz kan dari hari tu sibuk nak nengok hawani. Tapi kami tak kasi sebab dia kena chicken pox. Ni dah baik, semalam lagi dia merengek nak gi nengok, tapi sebab dah malam, kita KIV. Sekali, ucu datang bawah Hawani. Memang terbaeekkk!!!! Read on...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Gotong royong siapkan batu seremban adik inaz


Gotong royong siapkan batu seremban adik inaz. 29 Julai ituhari, kami pakat buka posa reramai lagi. Pastu si adik inaz pulak melalak nak batu seremban. Rupanya dah lama cikgu dia bagi due soh bawak, tapi dia leh lupa dan bila nak pakai esok baru dia mula melalak. Udah tu, semua pun sibuk lah. Yang cari kain percanya, yang cari jarumnya, yang cari isinya... Read on...

Sabtu, 10 November 2012

konvokesyen prasekolah adik inaz

mknace unlimited™ | konvokesyen prasekolah adik inaz sk taman nusa perintis
dapat akademik terbaik

mknace unlimited™ | konvokesyen prasekolah adik inaz sk taman nusa perintis
bersama rakan rakan pra sayang

Adik wak balik gambo dia convo hari senin lepas. Aku apa lagi. Scan, terus haplod la. Kekeke... Tahun depan dah tahun 1 si adik inaz ni.. Terbaeekkk!!!! Yang atas tu gambo dia dapat akademik terbaik..


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free