mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label untuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label untuk. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015


2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015. Keputusan telah diumumkan. Seramai 33 orang pelajar tahun 6 telah menerima Sijil Kepujian dan 2 menerima Pingat Gangsa dalam Kangaroo Math Competition 2015 yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semua. Tahniah juga pada Syafiqah yang menerima sijil kepujian.

Semakan boleh dibuat di sini :


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 8 Ogos 2015

Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz


Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz. Dari tengah minggu adik inaz dok ajak aku pi beli ikan. Mulanya ingatkan ikan nak makan, sebab hari tu pakat buat fruit punch kan. Sekali... Nak ikan hidup. Terus gerak keluar petang tadi nak mencari ikan. Dalam kepala, kedai ikan kat nusantara la dulu. Lebih dekat ngan rumah kan. Sekali bila sampai... Aiyoo.. Nama ja kedai ikan dan burung, sekor mender yang dinamakan tu pun tadak. Yang ada... Kucen. Adusss...

Terus gerak ke nusa perintis. Sib baik ada lagi, walau dah tak banyak. Mulanya nak beli ikan gapi tapi salesgirl tu terus cadang beli ikan laga. Senang bang. Tak perlu jaga rapi cam ikan gapi. Semua budak yang datang pun cari ikan laga ni la. Ahahahaha. Last last beli dua ekor. Sekor RM2. Betina dedua. Jantan mahal sikit. RM5. Suka berlaga lak tu. Dah lepas ikan untuk adik inaz. Yihuuu...

Selasa, 24 Mac 2015

SENARAI SEKOLAH TERLIBAT UNTUK PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SENARAI SEKOLAH TERLIBAT UNTUK PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Isnin, 24 November 2014

PENCALONAN GURU UNTUK ANUGERAH PRINCESS MAHA CHAKRI 2015

PENCALONAN GURU UNTUK ANUGERAH PRINCESS MAHA CHAKRI 2015


Urusetia Jawatankuasa Panel Pemilihan Pencalonan APMC mengalu-alukan pencalonan dalam kalangan guru di sekolah yang menepati kriteria dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A : Panduan Pencalonan APMC 2015. Semua pencalonan hendaklah dimajukan sebelum atau pada 15 Disember 2014 kepada:

Urusetia Pencalonan dan Pemilihan APMC 2015 Peringkat Negeri
Sektor Jaminan Kualiti
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
(UP: Encik Kamaruddin bin Abu)

Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas boleh hubungi dengan Dr Mohd Suhaimi bin Mohammed Ali melalui email apmc2015.jnjk@gmail.com atau talian faks 03-88886867 atau En. Low Swee Sing ditalian 03-88833144 / 013-2592518 atau En Kamaruddin bin Abu 07-2310072.

Surat rasmi KPM
Surat rasmi JPN Johor
Borang Pencalonan APMC




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 15 Oktober 2014

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015


Sila layari url berikut :

http://app.moe.gov.my/timurtengah/hebahan.php


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 3 Januari 2014

Kain untuk tudung iqa

Kain untuk tudung iqa. Jakel uda jugak akhirnya. Nak tudung sama kaler kain. Susah tul.

Ahad, 29 Disember 2013

Velcro untuk projek lencana

Velcro untuk projek lencana. Sekolah pagi lain lencana. Sekolah petang lain pulak. So. Gi cari velcro. Senang kebudak nukar lencana nanti.

Isnin, 19 Ogos 2013

Cadangan untuk Bajet 2014

Cadangan untuk Bajet 2014. Ni dapat dari site rasmi PM kito...

Salam 1Malaysia! Last year your ideas and suggestions contributed to a number of policies in the 2013 National Budget. In line with the Prime Minister’s commitment to shaping a budget that is inspired by the rakyat, we ask you to share your feedback on the upcoming ‪#‎Bajet2014‬ starting from Monday. Share this news with your friends & family and keep checking back for more updates

For better view, please click the following link: http://www.1malaysia.com.my/infographics/sorotan-bajet-2013/

Apo laie kengkawan. Jom kita share pendapat kito. Orang dah buko. Rugi tak kasi...



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 28 Julai 2013

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem


Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem. 8 dan 9 Julai, juga bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Penyelaras Sistem SPS telah dijalankan kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just melihat sejauh mana keberkesanan kursus bagi memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

Ahad, 19 Mei 2013

Samsung Corby 2 : Kaedah reset hp untuk error DNS failed




Samsung Corby 2 : Kaedah reset hp untuk error DNS failed.

Tadi baru beli henpon corby 2 nih. Bab emel setel. Dedua emel aku jalan lancar. Tapi bila bukak browser bengong jap. keluar error DNS failed. Apakehei la pulak nih. Bukak FB, Twitter pun sama. Adoiihh.. poning jap palo pakcik. Reset semula henpon. OK. Setel semua masalah. Sekali sebelah malamnya, emel ok. Internet, FB, Twitter bengong balik. Search tenet bagai. Ropernyer kekadang dia bengong jap. Kena reset WAP. Cemana caranya.. Just follow the trick down here..

Memula Turn-off WiFi
Pastu open keypad, Dial *2767*927# (Wap Reset)
Tekan butang Call/Green key
Turn-on WiFi
Setel...

Ulang kalau jadi lagi.. Ahahaha!

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free