mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label gerai buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerai buah. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mac 2017

Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya


Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya. On the way back dari kehampaan, singgah jap kat gerai buah area Kampung Sepakat Jaya. Kebetulan ada durian segamat baru turun lori. Sekilo RM20. Layankan aje. Memang terbaeekkk!!!!lah.

Ahad, 29 Januari 2012

Gelang patah prep



Esok dah mula naik kerja balik. Yang kerja, kerja la. Yang bersekolah, sekolah la. So. Esok. Pagi akan mula sibuk balik. Seminggu jugak aku tak rasa kesibukan ni. Minyak savvy aku pun dah seminggu aku tak isi. Bar dah tinggal dua. Belen meronda sebelum cuti itu hari. Nak tak nak, petang ni mesti aku penuhkan . Kalau nak harap esok... ada yang tersadai kot. Maklum la. Jalan baru aku kena lalu langsung tarak stesen minyak lam kilometer terdekat dia. Dan esok.. aku kena masuk pejabat jugak sebab aku perlu amik balik laptop yang aku pinjamkan untuk bengkel lepas. Nyesal la pulak. Memang tak jangka langsung yang mana aku tak masuk opis langsung sampai nak mula bengkel esok ni. Nak tak nak kena masuk pejabat dulu, semata mata nak amik laptop aku tu. Huhuhu



Sambil sambil jalan tu snap snap gambo lalu lalang aku tu. Ni la jalan wawasan 2 yang glamer tu. Mayor dia aku la. Mayor foursquare jer la. Mana taknya.. tiap tiap hari aku lalu sini.



Lepas tu mesti jumpa jeti ni pulak. Memang kawasan aku ler ni. Hari ni cantik scenery dia. Cuma aku tak amik sendiri. Suh mama yang dok sebelah snapkan. Boleh la kan..



Dah sampai pun kawasan target pertama petang ni. Nak gi kedai buku potostat buku iqa dan beli buku mama..



Dah sampai pun talent bookstore. Sebelah sunsky bookstore. Dulu sunsky jer monopoli kat sini. Sekali talent bukak, siap buat kad diskaun lagi. habisss merudum sunsky. Nak buat cemana kan.. Best man wins la bak kata orang jawa.



Baru nak kuar masuk la pulak keter ni. dah la parking sesuka hati, double space tu makan. kalau hari biasa memang kena maki jer nih.. kebetulan hari ni pun tak ramai orang. lantak kau la labu..



Berenti kat yos jap. beli eskrem. kempunan la pulak. kes makan baskin robbin semalam. banyak la pulak burung merpati depan ni.



Sesaja snap e&y ni sambil ngisi minyak. boring nunggukan minyak penuh tank. cam biasa, aku akan tekan minima. kasi flow minyak paling slow punyer.. kekeke.. tu sebab aku tak isi waktu puncak. bising orang belakang..



Berenti jap kat jambatan besi. nak singgah kedai buah. perasan tak jalan kedua belah dah besar sikit. kes diaorang buat pembesaran jalan itu hari la. ala.. yang aku bebel jem tu..



Kawasan utama jual buah di gelang patah. sayang.. apasal diaorang tak turap semula sampai depan kedai. dah susah orang nak memarking kereta kat sini. semua pakat parking kat bahu jalan jer



Sekali masa balik ada bewak la pulak tumpang melintas depan rumah aku. aiyooo.. tunggu sampai dia melintas, baru boleh koner masuk parking. keluar cari nak snap dah hilang. chaiiittt...