mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Pangkalan Data Murid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pangkalan Data Murid. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Februari 2012

Pangkalan Data Murid : Update on 4 Feb



Ok. Nampaknya dah banyak penambahbaikan dilakukan. Kini kami diperingkat daerah pun dah dapat tengok statistik apa yang sekolah dah buat. Dan yang lebih baru, dah nampak semua (maybe ada lagi kot) perkara yang akan di cater oleh sistem online ni.

Yang aku perasan sangat, dah ada daftar tahun 1 dan tingkatan 1 secara online. Nampaknya lebih memudahkan. Lebih baik kalau parent boleh buat pendaftaran sendiri macam apa yang jb buat dari tahun lepas. Sekiranya semua ni dapat diselesaikan awal, aku rasa pendaftaran awal tahun 1 untuk tahun ni boleh di cater sepenuhnya oleh sistem ni.

Selain pada tu ssdm dah nampak dimasukkan. Banjir pun sama. Hmmm... ni yang aku nak sebenarnya. Satu pangkalan data saja untuk semua. Apa yang penting, line hubungan tu kena pastikan dapat menampung kemasukan daripada kesemua hampir 10k buah sekolah seluruh Malaysia. InsyaAllah. Kalau itu dapat dijayakan, sistem ini akan bergerak dengan lancar.

Hope for the best...

Khamis, 2 Februari 2012

Taklimat Pangkalan Data Murid Johor Bahru



Sebelah petangnya ada taklimat khas berkaitan Pangkalan Data Murid. Sistem baru yang baru dapat arahan pada 30 Januari yag lepas. Kebetulan daerah ada taklimat berkaitan SMM. Jadi, mudah la kerja. Terus selit dengan taklimat SMM Online ni.



Laman web ni boleh dicapai di alamat url http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia. Tarikh akhir pengemaskinian telah ditetapkan pada 24 Februari 2012. Tugas penyelaras lebih kepada admin. Guru kelas yang bertanggungjawab penuh dalam memastikan pelajar dalam kelasnya lengkap.

Cuma yang tak berapa bestnya. Apa salahnya jika dapat dimasukkan data yang terkedepan sikit. Bulan oktober 2011 ker. Ini jauh sangat, Jun 2011. Penat jugak nak ubah sana sini tu. Walaupun tugas guru kelas cuma pastikan semua pelajar berada dikelas masing-masing, tapi itu untuk pelajar yang pindah kelas sahaja. Kalau pindah sekolah, sekolah asal kena buang data dia, manakala sekolah baru kena keyin balik. Jadi... untuk sekolah baru, tahun 1, peralihan dan tingkatan 1; nak tak nak, guru kelas kena keyin balik satu persatu pelajar dia. Padahal data SMM bulan Januari baru aje disiapkan. Hmmmm... Tapi nak buat macamana kan. Dah nama tanggungjawab. Kami hanya menurut perintah, mengikut arahan.

ps : Sekadar pandangan peribadi.. Rasanya, makin dikaji beban tugas guru, makin menimbun kerja kerja pengkeranian. Yang nilanya setitik dua ajer, yang jadi mangsa tetap sebelanga. Apa boleh buat, dah resam manusia... yang tak baik jugak yang semua orang nampak; yang tinggi komitmen langsung tak terlihat. Tu yang semua dok kata, kerja cikgu ni paling senang. Pi kerja, balik setengah hari; boleh buat tuisyen segala.. boleh buat direct selling lagi. Sedangkan golongan yang diperkatakan ni hanya sekelumit kecik jer..