mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label skudai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skudai. Papar semua catatan

Ahad, 2 Oktober 2016

Syuhada & Hasbi : Our day at the hall


Syuhada & Hasbi : Our day at the hall. Seharian kami lepak kat skudai semalam. Resepsi si timah. Aku jaga depan aje. Memana time free sikit. Gi ler lepak ke dalam snap snap. Masa persandingan, masa tu paling pack dengan manusia. So. Dok depan aje ler. Dah setel semua baru ke dalam. Apa yang ada aje ler.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah


JOHOR BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 sejauh 858 kilometer berakhir hari ini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini sejak Isnin lepas.

Kembara bertemakan 'Muafakat Bangsa Johor' yang menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan bas menjelajah seluruh negeri ini, berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, di sini.

Ketibaan Sultan Ibrahim pada 2.30 petang dengan diiringi Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan para anakanda baginda, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

Kembara yang memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor selain mendekatkan hubungan antara kaum di negeri ini.

Rombongan empat hari itu bermula di Laman Diraja Pontian, Isnin lepas sebelum singgah ke daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya dan berakhir di bandar raya ini.

Terdahulu, pada hari terakhir jelajah hari ini, Sultan Ibrahim dan rombongan baginda turut singgah di Felda Semenchu, Kota Tinggi dengan beramah mesra bersama peneroka di tanah rancangan berkenaan, kira-kira sejam.

Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar turut menunjukkan bakat bermain dart, ceper, lastik getah dan membaling tin mengguna tandan sawit di felda tersebut.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapannya pada majlis penutup berkata kembara berkenaan menzahirkan dan mewakili beberapa manifestasi yang unik, bermakna, istimewa dan tersendiri.

"Inilah manifestasi sebuah pemerintahan yang sentiasa mengutamakan segala kepentingan rakyat. Melalui pelbagai aktiviti serta program bersama rakyat, telah menyerlahkan betapa akrabnya tuanku dengan rakyat jelata dan betapa kasihnya rakyat terhadap tuanku," katanya.

Mohamed Khaled berkata kembara terbabit juga membuka ruang untuk semua pihak menambah baik segala perkhidmatan dan amal bakti kepada rakyat seiring dengan dasar pembangunan negeri yang bersifat prorakyat serta inklusif.

Beliau berkata segala kebaikan yang dilakukan Sultan Ibrahim dan kerabat diraja sepanjang kembara itu juga akan menjadi teladan kepada rakyat.

-- BERNAMA

Jumaat, 7 Ogos 2015

Yok Raya Johor 2015 : Atuk Utih


Yok Raya Johor 2015 : Atuk Utih. Layan dan terus layan. Raya sebulan...

Jumaat, 24 Julai 2015

Yok Raya Johor 2015 : Cik Wi


Yok Raya Johor 2015 : Cik Wi. Semalam pakat gi rumah cik wi kat TUTA. Rupanya dia buat rumah terbuka sejak lepas zohor. Tapi malamnya yang ramai orang. Al-maklumlah. Orang kan kerja pada sebelah siangnya. Selamat Hari Raya. Jumpa rakan lama juga kat sini.

Selasa, 21 Julai 2015

Yok Raya Johor 2015 : Ucu


Yok Raya Johor 2015 : Ucu. Patutnya sini yang kami sampai dulu. Tapi pasal a little bit of miscommunition, dah jadi last kami sampai sini. Si wani pun tak tido lagi nunggu kebudaks nih. Tapi... ramai yang tewas akibat kepenatan meronda tadi. Hehehehe. Layan ajer ler...

Jumaat, 10 Julai 2015

Solat Jumaat @Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini


Solat Jumaat @Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini. Berkesempatan di sini. Alhamdulillah.

Rabu, 18 Februari 2015

Lama tak lunch di Pasar Peladang, Skudai


Lama tak lunch di Pasar Peladang, Skudai. Late lunch lagi. Setel kat Cowboy terus melilau cari kedai makan. Sampai sini pun kebanyakan dah kemas meja. Cari la dari gerai ke gerai mana yang ada something lagi. Apa yang ada ajer la.

Khamis, 18 September 2014

Servis 10,000km Almera


Servis 10,000km Almera. Hari ni tiba masanya untuk servis 10k almera mama ni. Kereta yang bebetul lady driver nyer. Sehari paling tinggi 8km. Tu paling tinggi la tu. 4 bulan dah berlalu dari servis akhir. Baru naik 1k ja. Hari ni brader nissan kata kita pakai full syntetic. Pasni 14k atau 6 bulan baru servis semula. Jamin la yang 6 bulan tu yang sampai dulu. Hehehehe.

Rabu, 25 Disember 2013

Lepak lepak petang krismas

Lepak lepak petang krismas. Lepak sri skudai. Majlis pertunangan along anak pak utih.

Ahad, 18 Ogos 2013

Rumah terbuka Atuk Uteh


Rumah terbuka Atuk Uteh. Malam ni pakat gi beramai-ramai ke rumah atuk uteh kat skudai. Dia buat open house. Atuk uteh buat mee kari dan dia punya sepesel udang masak apa aku pun tak tau. Ekekeke... Makan open air gitu. Punya la syiok makan reramai cenggini. Luar dalam penuh ngan orang. Read on...

Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Konvokesyen kali ke50 Universiti Teknologi Malaysia


Pesta Konvokesyen kali ke50 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah berlangsung bermula 7 sampai 11 Mei kalau aku tak silap. Pasal aku sendiri tak dapat joli sangat kali ni. Kena pow banyak. Ahahaha... So, hari last kami pakat pi lagi. Makan makan, ronda ronda. Ni la kebiasaan kami setiap tahun. Maybe mama yang paling terasa kot. Pasal biasanya dia dan kengkawan dia boleh kata setiap hari ronda kalau ada pesta konvo utm nih.. Tahun ni dah tukau sekolah baru. So, mengharap aku ajer la yang sentiasa sibuk nih. Apa pun masih leh gi, cuma tak kerap la kan. Read on...

Rabu, 22 Mei 2013

Restoren Azinur, Skudai


Restoren Azinur, Skudai.  Lama tak singgah sini. Bukan sebab sibuk sangat sampai tak lalu skudai. Dah beberapa kali ke skudai dah pun. masalah dia, kedai ni berpindah lokasi. Terus tak jumpa. Sekali tadi boleh pulak jumpa alamat baru dengan foto sekali lam tenet. Apo laie... terus makan tengahari kat sini. Caiyokkk...

Khamis, 22 November 2012

Lawatan Khidmat Bantu

Petang semalam, gerak ke dua sekolah. Kebetulan, pagi tadi call; so, attend aje la kan. 1st is sjkt ladang rini. Sekolah ni dah berpindah lokasi ke tapak baru, sebelah smk taman mutiara rini 2. So, attend, take coordinate, cerita apa yang perlu dilakukan. Setel. Next is sk taman tun aminah 2. Pasal 1Bestarinet. Dah masuk schedule dah pun. Just kena wait a little bit. Pastu, dah alang alang kan. Strooling around. Jengjalan tengok projek 1Bris yang tergendala.

kerani dan gb sjkt ladang rini

bangunan baru sjkt ladang rini

lokasi pun baru bagi sjkt ladang rini

pandangan hadapan sjkt ladang rini

next target sk taman tun aminah 2

makmal dan laluan ke padang

bangunan utama

sekali pandang cam kubur la pulak

ni kalau dah leh jalan semula kejap aje ni

hehehe memang cam kubur kan

kerosakan yang tak dibetulkan

tapau makanan sebelum pulang...


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 18 November 2012

KIP Mart Tampoi

Berenti jap. Amik duit kat Maybank. Beli mempelam. Beli ikan bilis. Dan beli penyangkut. Sempat lagi ushar tudung.







Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 13 Mei 2012

Program Bimbingan IT CICT 2012

Kelab IT, Biro ICT dan Media, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9 dan 10 dengan kerjasama CICT telah menganjurkan Program Bimbingan IT untuk 35 orang pelajar dari SMK Damai Jaya. Program ini telah berlangsung selama 2 hari di UTM Skudai. Antara lain pelajar didedahkan dengan Photoshop dan Blogging.
Jadi, aku dijemput untuk merasmikan program ni tadi di Dewan Sultan Ismail, UTM Skudai; wakil kepada Ketua Sektor yang perlu menghadiri satu program lain.

Bagi aku memang terbaeekkk!!!! program ni. Jawatankuasa pelajar yang menggerakkan program ni wajar diberi pujian atas usaha mereka. Lepas ni diharap lagi banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan; disamping program sedia ada diselia dan dipantau. Apa pun... Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah pada semua yang terlibat.



Semua peserta bergambar kenangan. Memang aku dah semakin menggebu sejak masuk jabatan..



Sempat ambik sedas dua foto... lama tak singgah dsi ni



Dulu, kat sini masa jemaat port biasa aku semestinya di aras dua... Terbaeekkk!!!!



Buku program, simple but nice. Keep it up.



Posted via Blogger PC edisen


Sabtu, 5 Mei 2012

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 - PHOTOSHOOT

Sesi fotografi untuk semua peserta dan petugas telah dijalankan pada pagi hari kedua. Peserta, dijamin la semua kena ambil. Wajib. Sama ngan petugas. Aku.. aku sendiri takde. Masih di STAR1. Lam kul 10.00 pagi baru sampai. Pastu ke Kota Iskandar, untuk tengok persediaan dewan kat sana. Layannnzzzz..





































Posted via Blogger PC edisen