mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label helmet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label helmet. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Unboxing xBase SJ4000 Helmet Sports Camera Camcorder DV1080P Full HD 12MP Waterproof


Unboxing xBase SJ4000 Helmet Sports Camera Camcorder DV1080P Full HD 12MP Waterproof. Akhirnya. Sampai jugak akhirnya. Cuma mood aku masih tarak lagi untuk terus test. Nanti aku cerita la masa aku dah mula snap nanti. La ni. Mood aku hanya untuk unboxing saja dulu.

Rasanya. Orang yang rapat ngan aku semua tau peel aku bila aku nak beli kamera. Aku akan amik masa yang lama untuk study apa yang aku akan beli. Kadang-kadang sampai dua tiga bulan. Just study mender tu ngan pesaing-pesaingnya. Ramai yang tanya apasal aku tak beli gopro ajer. Jawap dia. Aku boleh dapat mender yang hampir sama level just dengan harga 1/5 dari gopro. lagi pun aku nak guna ni untuk jenjalan lasak ngan mandi manda ja. So, apa salahnya aku beli yang ni ajer kan. Apa pun nanti aku akan buat review khas pasal mender ni nanti. La ni. Yok kita tengok apa yang ada dulu.

Isnin, 12 Januari 2009

Lepas satu, satu


Pening dengor berita semalam. Lepas tali pinggang belakang, la ni nak kena beli helmet baru la pulak. Aku rasa aku pakai helmet tu dah lama. Jatuh dah berkali-kali. Idak ler pulak pecah, paling koman pun pecah. Cuma sekali la aku beli helmet dah retak. Itu pun pasal aku tensen helmet aku kena curik. Jalan satu Ipoh, mencari helmet untuk aku boleh bawak moto balik ke hotel. Kena curik kat Ipoh Parade. Menapak sampai satu Ipoh. Tuhan je yang tahu betapa azab aku menapak tu. Sib baik aku bawak dua helmet. Satu kena curik, ada satu lagi spare. Yang aku beli tu baru RM10. Humban lam tong sampah jer. Memang tak bagus pun.

Cerita pasal helmet yang kena curik tu. Aku beli helmet tu tahun 1997. Jenama LTD. Apek tu letak RM100. Puas pujuk, punya pujuk, last-last dapat RM70, tu pun pasal beli banyak. Seingat aku, kitaorang tapau sampai 5 bijik. Satu rumah punya pakai. Sampai ke la kembar yang tak kena curik tu masih ada. Aku rasa takde cacat cela lagi pun. Walau dah jatuh berkali-kali. Alhamdulillah.. Kalau nak kira dah berapa dah tu umur dia tu. Haa... dah dekat 12 tahun tu. Sama ngan umur anak murid aku yang darjah enam dah tu.

Penukaran helmet setiap 5 tahun ni nampak cam membebankan sikit. Biasanya penunggang motor ni bukannya orang senang. Orang-orang susah. Beli helmet pun takde la yang memahal. Yang biasa-biasa saja. Bawak moto pun biasa-biasa saja. Yang bawak cam pelesit ni biasanya orang yang berada sikit. Kalau tak pun bebudak terejal perasan moto bagus.

Sebenarnya bagi aku la, benda ni semuanya dari sikap. Peralatan yang baik memang satu bonus. Tapi ianya bukan menjamin sangat pun jika sikap pengguna tu terejal. Daripada dok suruh orang tambah itu tambah ini, beli itu beli ini. Baik kerajaan fikirkan satu cara supaya sikap orang-orang Malaysia ni dapat diubah. Misalnya, tengok cam Jepun. Kalau langgar orang. Orang yang langgar tu kena tanggung orang tu sampai baik. Kalau seumur hidup camtu, tak ke naya nak tanggung orang. Baru orang berfikir sikit.


 Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com