mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Breast Pump. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breast Pump. Papar semua catatan

Khamis, 8 Januari 2015

We did it in 10 days


We did it in 10 days. Alhamdulillah. Pada hari kesepuluh, Fiqri berjaya disahkan tidak perlu lagi hadir ke klinik untuk susulan jaundice. Kami mengamalkan kaedah standard yang sepatutnya. Susu ibu sahaja. Memang pengalaman bersama Ziqri dulu banyak mengajar. Yang penting adalah susu ibu konsisten. Penat memang penat. Tapi itulah sahaja caranya. Takde cerita ubat mandi singseh, takde cerita susu kambing, takde cerita anggur hijau. Kaedah tu semua hanya beri kesan jangka pendek sahaja. InsyaAllah. Susu ibu berterusan ikut time memang cara yang terbaeekkk!!!!. Tapi penat la. Memang terpaksa pam susu untuk stok malam. Macam Fiqri, bila dah dilatih untuk minum setiap 3 jam, memang dia akan bangun on time. Siang OK lagi, bila malam dan pagi buta; memang menguji kesabaran dan iman untuk meneruskan. Yang kes naik jap tu sebab kami miss jam 3 pagi punya slot. Ngan aku, ngan mama, ngan Fiqri, semua tertido sebab penat. Hasilnya... naik la sikit sehari kan. Yok layan...

Rabu, 17 Mac 2010

Pureen's Battery Operated Breast Pump

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAntara semua, benda ni la yang paling susah aku nak cari kali ni dan pencarian aku dikira paling berjaya membuatkan aku tersenyum balik hari ni.. Kenapa?? Terukan membaca entri ni.

So, tapi dah puas aku membebel kat cytech. Tapi memang tuhan nak bagi rezeki kat aku agaknya, sampai aku leh tergerak hati untuk mencari jugak benda ni walau aku dah giveup tadi. So aku terus ke jusco, dan pencarian aku berjaya menemukan 2 model. First adalah tolly joy ke apantah kenama dia. Masa inaz aku beli yang ni la.. harga dia RM 90.. puas aku dok belek.. aku terpandang lak pureen punya ni.. Harga dia mahal sikit RM120. Check punya check, pureen ni boleh masuk power elektrik. so aku tanpa toleh lagi terus amik yang pureen nih.

Kegunaan, alatan, accessories semua sama, cuma yang lebihnya, pureen ni leh pakai elektrik. Tapi adapter kena beli sendiri la.. ala.. baru RM10 jer kan.

So, aku beli la penyangkut sekali pasal mama dah pesan beli penyangkut baju sekali. Masa baya aku tanya la.. leh pakai kad tak..? Boleh.. OK.. Sekali lepas scan, minah tu leh nengok balik muka aku.. betul ka nak pakai kad nih.. kenapa?? baru RM15 cik.. Yeker.. Jalan jer la.. Hari ni kira rekod aku la pakai kad kedit nak bayo barang harga RM15 jer.. Perrggghhh.. Sekali aku check balik.. rupernyer harga yang tertampal kat breast pump tu memang RM7 jer.. sama harga ngan penyangkut baju.. Wahlaoweiii... Teringat lak cerita norman beli tv ngan harga RM1.50 satu ketika dulu..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ler barangannyer...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah bayar baru perasan.. gilakkk.. memang rezeki aku hari ni.. tuhan kesian kat aku agaknya.. dah dua hari mencuka jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aksesori yang ada.. sebijik sama.. lebih dia cuma leh sambung adapter


Slideshow penuh





Enjoice...Sharing is power!!!