Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tukar Coil Aircond Baharu

Tukar Coil Aircond Baharu : Almera

Imej
Tukar Coil Aircond Baharu : Almera. Memang dah ready sebenarnya. Kena bulan 12 ituhari lagi. Masa nak ke kenduri kahwin kat Kampung Melayu. Tetiba kereta panas. Berenti. Tokei suruh topup gas aircond dulu. Kalau dalam 3 bulan jadi benda sama, maybe bocor. Sekali. Semalam. Tetiba panas semula. Sahih la. Memula ingatkan nak hantar esok. Sekali fikir balik. Sian pulak mama nanti. Terus cari kedai jap. Maka. Tibalah kami ke Hong Tat ni. Kedai Aircond kereta kat Taman Nusantara. Masa sampai aku borak ngan Ah Seng. Borak nyer borak sambil dia ngetest dia kata kebarangkalian besar memang coil bocor ni. Hmmm. Lepak jap. Aku terus mintak harga. Siap semua. Dia gi call bos dia, borak ngan Ah Chin. Dia kasi aku RM680. Hmmm. Lepak jap mikir. Tangan dok search pocips google. Dalam tenet pun tengok around RM500 barang sahaja. Jalan aje la Seng. Hehehe. Maka. Bertapa la aku kat sini hampir 3 jam setengah jugak di petang Thaipusam yang hening ni sambil layan borak ngan dedua mekanik ni. Dia buk