Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menteri Besar

OSMAN SAPIAN MENTERI BESAR JOHOR KE-16

Imej
OSMAN SAPIAN MENTERI BESAR JOHOR KE-16. Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 3.06 petang tadi (12 Mei). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan paduka-paduka anakanda serta suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah. Tuanku Sultan Ibrahim dalam titahnya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan memberi nasihat dari masa ke semasa. Baginda turut mengingatkan Datuk Osman agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu. Osman, 67, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin se

Mukhriz Menteri Besar baharu negeri Kedah

Imej
Mukhriz Menteri Besar baharu negeri Kedah. Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, sebentar tadi. Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar sekiranya PAS dan BN bergabung di negeri ini.