Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mama's Operation

Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux

Imej
Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux. So. 21 November tu ada pemeriksaan khas oleh Dr. Noor pada mama. Pembedahan Dr. Kadir ditunda untuk memberi laluan khas pada Dr. Noor untuk pemeriksaan lanjut. Sampai ke petang akhirnya keputusan dibuat. Pembedahan untuk pundi hempedu dijalankan dahulu sebelum seterusnya pembedahan ovari pula dibuat. Alhamdulillah. Semua urusan berkaitan insuran selesai. Mama juga akan ditempatkan di ICU selepas pembedahan untuk rawatan dan tinjauan susulan selepas pembedahan tu. 22 November. Seawal jam 8.30 pagi mama dah disiapkan dan mula dimasukkan ke wad pembedahan. Alhamdulillah. Dalam 11.45 pagi semua selesai. Keadaan mama stabil. Jadi, terus dimasukkan semula ke wad biasa. Sedikit berkejar aku hari ni. Gerak ke STF untuk ambil barang-barang Iqa. Pastu terus balik ke hospital. Petangnya balik ke Gelang Patah amik angah untuk duduk jaga mama di wad malam tu memandangkan polisi tiada lelaki selepas jam 9 malam. Terima kasih pada mommy lee

Pakar Puteri : Mama's Operation Process

Imej
Pakar Puteri : Mama's Operation Process. Pagi esok isteri saya akan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedu dan dermoid cysts. Bukan niat kami merahsiakan perkara ini, cuma tak nak menimbulkan kerisauan semua. Doakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian serta semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Mungkin kisah kali ni lebih panjang sebab aku akan cerita daripada awal apa yang selama ni kami simpan aje dalam dropbox. Heee... Asalnya 26 September, mama sakit perut. Sekali ke Rozikin, doktor terpegang di satu tempat yang menyebabkan mama terasa sangat sakit. Lepas scan doktor cadangkan untuk berjumpa dengan pakar. Maka. Pada 27 September, kami ke Pakar Puteri untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang ada adalah Doktor Kadir. Dia cadangkan buat scoop dan scan. Memandangkan perlu berpuasa sebelum pemeriksaan dibuat maka sekali lagi kami datang ke hospital pada 28 September. Hasil. Hmmmm... Susah dah nak kata apa. Ada batu dalam pundi hempedu mama. Tiada ubat selai