Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dan

Pemakluman Kebenaran Guru dan Kakitangan Sokongan makan di Kantin Sekolah

Imej
Pemakluman Kebenaran Guru dan Kakitangan Sokongan makan di Kantin Sekolah. KPM telah mengedarkan surat makluman mengenai kebenaran untuk guru dan kakitangan sokongan makan di kantin sekolah. KPM sentiasa memantau rapi situasi semasa mengenai pandemik COVID-19, termasuk perkara berkaitan vaksinasi dan garis panduan pengoperasian sekolah. Kebenaran untuk makan di kantin pastinya memberi kelegaan kepada guru dan kakitangan sokongan di sekolah. Dalam masa yang sama, keputusan ini tentunya dapat turut membantu pengusaha kantin sekolah. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan guru dan kakitangan sokongan serta seluruh warga sekolah, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya, hanya guru dan kakitangan yang telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan makan di kantin sekolah. Selain itu, pemantauan oleh Pengetua dan guru besar juga perlu dilaksanakan sebaiknya.

Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya

Imej
Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya. Pagi ni gerak ke PPD Pasir Gudang. Sekolah baru. Paling cepat dibina. Lengkap semua peralatan. Selesai mesyuarat. Terus ke sekolah. Memang terbaik. Awal tahun takde apa apa kat sini. Sekarang. Setel semua. Singgah minum jap kat permas jaya. Hilang haus.

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Selesai urusan awal di Sutera Mall, terus bergegas ke SK Taman Nusa Perintis. Around 11.30 pagi juga baru aku sampai. Dah mula lama dah majlis dia. Alhamdulillah. Seramai 28 orang murid memperoleh keputusan 5A, manakala 21 orang murid lagi memperoleh 4A. Tahniah pada semua murid, guru dan ibu bapa yang terlibat. Alhamdulillah.

Salam Maal Hijrah 1437 : Doa Akhir dan Awal Tahun

Imej
Salam Maal Hijrah 1437 : Doa Akhir dan Awal Tahun ~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~ (Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau m

Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016

Imej
Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015 . Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015 . Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my ataupun https://sptv.moe.gov.my . Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067. Program yang ditawarkan : a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun. M

Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M

Imej
Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M. Selesai majlis pagi ni di Surau Al-Ghazali. Tahniah pada bakal haji; KS SPS, En Abd Aziz Redzwan, En Amizan, En Amiruddin dan Hj Mohamad Aman. Tahniah dan semoga memperoleh haji yang mabrur.

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

Imej
PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016 KENYATAAN MEDIA    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi. Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di

2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015

Imej
2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015. Keputusan telah diumumkan. Seramai 33 orang pelajar tahun 6 telah menerima Sijil Kepujian dan 2 menerima Pingat Gangsa dalam Kangaroo Math Competition 2015 yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semua. Tahniah juga pada Syafiqah yang menerima sijil kepujian. Semakan boleh dibuat di sini : Penerima Pingat   Penerima Sijil Kepujian Senarai penuh peserta Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ujian Lisan dan Hafazan SDEA dan SDKA negeri Johor 2015

Imej
Ujian Lisan dan Hafazan SDEA dan SDKA negeri Johor 2015 Ujian Lisan dan Hafazan bagi peperiksaan bersijil Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) negeri Johor 2015 akan bermula seperti ketetapan berikut : SDEA 2015 Bil Tarikh Sesi Pagi Sesi Petang 1 9 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 2 10 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 3 11 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 4 12 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 5 13 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang SDKA 2015 Bil Tarikh Masa 1 5 September 2015 8.00 – 12.00 tengah hari 2 12 September 2015 8.00 – 12.00 tengah hari Calon diwajibkan hadir semasa ujian ber

DOKUMEN PANDUAN PENTADBIRAN, JADUAL KERJA DAN JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Imej
DOKUMEN PANDUAN PENTADBIRAN, JADUAL KERJA DAN JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) Sila muaturun dokumen mengikut pautan di bawah : PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN PT3 PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN BERTUTUR PT3 PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR PT3 PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS PT3 PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PT3 JADUAL KERJA PELBAGAI INSTRUMEN PT3 JADUAL KERJA UJIAN BERTULIS PT3 JADUAL KERJA UJIAN LISAN PT3 JADUAL WAKTU PT3 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Solat Terawih Asrama Negeri Johor peringkat daerah Kota Tinggi 2015

Imej
Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Solat Terawih Asrama Negeri Johor peringkat daerah Kota Tinggi 2015. Semalam berkesempatan ke SMK Tanjung Datuk, Pengerang, Kota Tinggi untuk majlis ini. Sempat berjalan meninjau keadaan Pengerang yang dalam proses naik taraf. Sampai aje majlis tadarus sedang berjalan. Terus join bersama. Majlis berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Cuma tak tahan sikit berjalan dari surau ke dewan makan asrama yang memang tak dijangka agak jauh ke belakang. Sekali pandang dari jalan besar tak nampak betapa besarnya sekolah ni. Selesai solat terawih sekali lagi kena bergerak ke dewan makan dan masa ni aku memang dah mula tak tahan. Balik. Sampai rumah sama cam semalam. Around 12.30 am. Sakit terasa tapi abaikan dulu. Sengal kaki dah mula terasa masa sahur. Nak tak nak kena la makan ubat, kalau dah bengkak tak guna.

MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF #43 PPPM PENGINTEGRASIAN DATA DAN PENAMBAHBAIKAN DASHBOARD BERSAMA BAHAGIAN SEKTOR PELAJARAN KPM

Imej
MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF #43 PPPM PENGINTEGRASIAN DATA DAN PENAMBAHBAIKAN DASHBOARD BERSAMA BAHAGIAN SEKTOR PELAJARAN KPM. A little bit of picas on the meeting @Hotel Armada, Petaling Jaya. A lot of improvement will be done.

Majlis Tahnik dan cukur kepala Baby Aiman

Imej
Majlis Tahnik  dan cukur kepala Baby Aiman. Semalam. Majlis tahnik dibuat untuk Aiman di Skudai Baru. Tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (kurang dari 7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam. Di antara hikmahnya adalah untuk menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu; dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa kelak. Setel part tu, sambung ngan cukur kepala Aiman.

Harga baharu RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015

Imej
Harga baharu RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015. Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter, RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter dan diesel diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter, berkuatkuasa 1 Feb 2015. Harga baru : Ron95 - RM 1.70 Ron97 - RM 2.00 Diesel - RM 1.70 ***what is the best part..? Harga turun, harga barang Jamin kekal. Bila naik semula, of coz naik sebelum harga minyak tu Naik lagi pun. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Full revised : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah

Imej
Full revised : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah. Here come the boom!

Late live blogging : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah

Imej
Late live blogging : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah

Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Nusa Perintis

Imej
Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Nusa Perintis. Ngantor iqa ke sekolah jap pagi ni. Ada kursus. Good luck! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Tunku Ismail Dan Khaleeda Bustamam selamat dinikahkan

Imej
Tunku Ismail Dan Khaleeda Bustamam selamat dinikahkan. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 telah selamat dinikahkan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21 di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari ini. Tahniah pada pasangan di Raja. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Salam Maal Hijrah 1436 : Doa Akhir dan Awal Tahun

Imej
Salam Maal Hijrah 1436 : Doa Akhir dan Awal Tahun ~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~ (Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau

Abang Ziqri dan plastisinnya

Imej
Abang Ziqri dan plastisinnya. Pagi ni pergi tadika. Orang ada tiga ja. Mama minta balik rumah aje. Kat rumah apa lagi. Sambung main plastisin dia la. Apa lagi.