Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KL GM1M4VLE Getaway

KL GM1M4VLE Getaway : Murtabak Singapore, Ayer Hitam, Johor

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Murtabak Singapore, Ayer Hitam, Johor. Singgah jap kat sini. Selalu aku lalu sini. Cuma tak singgah sebab aku sorang ja makan daging. Hari ni sebab semua pemakan daging kira on aje ler. Portion satu sangat besar. Cukup untuk dimakan bertiga. Marbeles.

KL GM1M4VLE Getaway : Settling down

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Settling down. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Selesai semuanya. Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

KL GM1M4VLE Getaway : Senarai Penerima Anugerah GM1M4VLE Kebangsaan 2015

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Senarai Penerima Anugerah GM1M4VLE Kebangsaan 2015. Berikut merupakan keseluruhan senarai pemenang dalam bentuk foto. Tahniah pada semua.

KL GM1M4VLE Getaway : The Main Event

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : The Main Event. Majlis bermula. Nasran suruh nengok the flow. Dia kata ada kelainan. Tak sabo nunggu something new. Bila sampai ke gimik pelancaran. Oooppss... Macam pernah ku buat sebelum ni. Twice. One for the TMJ using Galaxy Tab ni tahun 2011 dulu and one for the KPPM himself using kiosk tahun 2015. Both live. Alamak. Ingatkan dapat lihat something new. Takpe. Apapun. Quite nice. Lepas lancar terus keluar video pasal VLE. This video is nice. Modern stylo style. Ada pembaharuan.

KL GM1M4VLE Getaway : Before the main event

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Before the main event. K. Semalam hanya dengan ketua penggerak. Hari ni hampir semua penggerak hadir sama. So. A bit havoc sikitlah kan. Memasing gembira, berborak, lama tak jumpa. Sesekali dapat peluang cengggini. Apa lagi kan. Apapun. Aku memang tak larat nak jalan pagi ni. Just jalan masuk. Daftar. Jenjalan sikit. Nengok booth-booth gegitu. Bantu setup # tv. Terus lepak lepas ambil gambo bersama atas pentas. Apapun memang aku cari lokasi dengan view terbaik untuk capture all the main event nanti.

KL GM1M4VLE Getaway : On the way to the event

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : On the way to the event. OK. Pagi tu terus checkout pepagi. 6.15 pagi dah siap checkout. Mulanya ingat nak sarap area ni aje. Cikgu Ann ajak terus ke Bukit Kiara untuk sarap. Senang sikit. So. Terus gerak. Alhamdulillah jalan clear. Lepasi BTP, terus ke Bukit Damansara untuk sarap. Selesai. Terus ke parking Pusat Sains dan naik coaster yang disediakan untuk event di Bukit Kiara. Jom.

KL GM1M4VLE Getaway : Taklimat Pemenang Anugerah dan Mesyuarat Ketua Penggerak GM1M Kebangsaan

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Taklimat Pemenang Anugerah dan Mesyuarat Ketua Penggerak GM1M Kebangsaan. Tepat jam 8.30 malam taklimat dimulakan. Penerangan dan tips diberikan oleh urusetia dan team FrogAsia. Selesai taklimat, mesyuarat Ketua Penggerak dimulakan. Banyak isu berbangkit diutarakan untuk penyelesaian terbaik. Around 12 jugak baru selesai. Habis ja terus gi cari makanan. Lapo beb. Mihun celup tadi dah abis dia punya part. Maggi sup pulak kena kasi masuk. Hehehehe.

KL GM1M4VLE Getaway : Suraya Seafood, Kampung Baru Kuala Lumpur

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Suraya Seafood, Kampung Baru Kuala Lumpur. Sebelah malam menjelang. Gerak ke Kampung Baru dari BTP Bukit Kiara. Makanan tak disediakan. So. Kena la pandai cari makan sendiri. Aku pulak dah kemaruk nak bihun sup utara. Nasran cadang sini. Belasah aje ler. Sayang bihun sup utara tadak sini. Bihu sup celup ada katanya. Try ajer ler. Sesambil nunggu tu cikgu ann dah mula merayap ke depan nengok apa yang ada. Aku cakap nak follow. Nak nengok pulut mangga. Of coz la nak ngambik gambo. Dah dibelinya. Juga beberapa jenis kuih lagi. Makan sikit. Tak kena pulak aku rasa. Manis lawan super manis. Sampai aje bihun celup terus kami makan. A bit tak cukup celur la pulak rasanya. Tapi kuah dia quite marvelous. Kalau bihunnya kena gaya. Memang da boom. K. Jom pulang ke hotel. ada taklimat dan mesyuarat sekretariat ini malam.

KL GM1M4VLE Getaway : BTP Bukit Kiara Site Visit

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : BTP Bukit Kiara Site Visit. Petang tu. Sesambil nak keluar untuk dinner, alang-alang kita survey sekali jalan untuk ke BTP esok. Kebetulan Nasran pun ada, so senang sikit. Orang KL dah ada sekali kan. Yang bestnya, mulanya nak riki jalan ja. Dah sampai ke BTP alang-alang terus masuk. Leh tengok sekali lokasi pa semua. Layannn... Kat sini baru la terserlah kekurangan aku selfie pakai henpon. Sib baik ada Hairil yang terer berselfie guna henfon. Tapi gambo utama ni of coz la aku nyer guna SJCAM. Haaa.. part SJCAM aku tak kekok. Aku tulis aku kekok selfie pakai henpon kan...

KL GM1M4VLE Getaway : Hotel Vistana Titiwangsa, Kuala Lumpur

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Hotel Vistana Titiwangsa, Kuala Lumpur. Hmmm... Sampai jugak aku ke sini. Penginapan disediakan untuk semua Ketua Penggerak dan penerima anugerah. Layan jap nengok sesi pendaftaran tu. Aku pulak. Daftar biasa. Hari Sabtu lagi aku dah book thru Agoda, cam biasa. Quite OK. Cuma scenery yang aku dapat kurang menarik sikit la. Masuk bilik. Terus kemas gajet dulu. Mana yang kurang caj, dipenuhkan. Tu yang leh kuar gambo ni. Sambil sembang pun aku dah snap thru Cubic aku. Hehehe.

KL GM1M4VLE Getaway : Our Misterious Journey

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Our Misterious Journey. Hahaha. Tajuk a bit menakutkan. Tapi sebenarnya tadak pa pun. Masa kami sampai ke pintu KL, yakni Plaza Tol Sungai Besi; cikgu ann dah mula pecah keheningan petang tu. Ko tak rasa pelik? Pelik? Apsal? Ko tak rasa lain macam ka? Hari ni hari apa aaa.. Kereta tak banyak. Hmmm.. Baru terperasan. Masuk ke dalam lagi. Siap kedai pun tutup. Pergghhh... Makin pelik terasa kat kepala ni. Cikgu ann pecahkan lagi suasana kebingungan masing-masing. Camni la suasana KL yang aku nak. Best wooo.. Takkan cina dah mula cuti? Makin puas aku mikir. Sampai depan Tabung Haji baru aku terfikir dan ucapan yang keluar dari mulut aku menyebabkan yang lelain baru tersedar. Kan hari ni hari wilayah! Cis. Tertipu tul kami ngan suasana ni. Tu lah.

KL GM1M4VLE Getaway : Restoren Maulana, Serdang

Imej
KL GM1M4VLE Getaway : Restoren Maulana, Serdang. So. Bermula la kisah journey aku ke majlis ini. Slow slow ye. Foto punya la banyak. Pelbagai kisah pahit manis ada. Tungguuu... Kita mula dengan kisah mula bertolaknya kami dari bumi Johor. Aku, Cikgu Ann dan Hairil bertolak sama sebab kami ada taklimat dan meeting khas hari sebelumnya. Alhamdulillah. Lancar perjalanan hari tu. Banyak tempat asal nak singgah untuk makan tapi asyik terlepas aje. At last cikgu Ann cadang kita makan kat port lama dia masa belajar kat UPM dulu. Restoren Maulana. Apa yang aku boleh kata. Memang terbaeekkk!!!! Portion ayam dia sangat besar. Aku nyer makanan only cost for RM5. Tak tau la sebab aku amik gambo dia gamaknya. Hehehehe. Ketawa dia bila aku soh letak kuah banjir sampai melimpah. Tanya sayur taknak. Lauk pun taknak eehh disakatnya aku balik. Ehehehe. Apa pun memang best la makan kat sini. Two thumbs up. TQ cikgu Ann sebab bawak kami ke sini.